Tuesday, December 28, 2010

::90 days to go~ I'Allah::

Salam'alaik..

Wah.. sudah semakin hampir.. lagi 90 hari nak deliver.. kalu betul lah tepat2 pd 28 mac 2011.. Kalu lebih awal or overdue, wallahu'alam.. bila2 pun, pasti waktu yg terbaik yg telah Allah tentukan...

dalam hujung 2nd trimester ni baru rase really2 pregnant.. eheh. Sebelum ni rase dan sedar la dah pregnant, tp boleh naik turun tangga dgn lajunya lagi mcm biasa... tp sekarang rasa byk pula limitasinya.. current weight is 53.5kgs.. tak tau bila dah full term, brapa agak2 nya naik..? 60kgs cukup la ek.. Baby jgn besar2 sgt tau... huhu.. :) Ya Allah mudahkan lah urusan melahirkan kelak.. Hanya dari MU sumber kekuatan ku.. Selain bacaan surah Al-Quran, saya ada amalkan bace doa ni... Doa utk anak dalam kandungan:

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Bace juga doa dari Al-Quran..:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:78)

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' 21:87)

Kita berusaha, Allah jua yang memberi rahmat kasih sygnya.. Saya dan suami dan start fikir nama anak.. hehe.. wait n see lah ye..

Last weekend, family gathering di Deruan Damai, Janda Baik.. Chalet kepunyaan sepupu abah.. so dapat la menginap dengan harga half price.. sangat seronok dengan environment yang nyaman dan mendamaikan.. lama tak rasa suasana begini..

Saya amik gmbr pemandangan di sana.. suka nak pegi lg tempat2 yang penuh dengan warna hijau macam ni..

Ni kawasan dapur... di tepi tu ada set masak BBQ.. dinner dan lunch makan BBQ; ayam, dagingnya telah siap diperap dan dibawa dari rumah

Istirehat ditepi tasik.. Ada beberapa ekor itik berenang2 di sini.. Ikan pun penuh, dia bagi kita memancing kalu mau.. ada joran disediakan...

Ni ruangan rehat, mak abah sedang tgk tv..ada recorder Astro, just bawak kita punya smart card and slot in dalam recorder tuh.. wifi streamyx pun disediakan.. best!
Sungai dibawah jambatan kecil tu sejukk sgt airnya.. anak2 buah saya bermandi manda disitu pagi2.. saya juga berendam sekejap.. baby pun suke! hee

tu lah chalet tempat penginapan.. selesa dan kemas.. ada 4 buah semuanya..

Ni di dapur, tempat memasak.. Pagi2 breakfast nasi goreng dan telur.. Roti bakar dan air teh panas.. Semua peralatan masak disediakan, tinggal bawa bahan mentah je..

Ni katil dalam rumah besar.. Khas utk mereka yg berkeluarga dan ada anak2.. chalet tadi kecik je..

comel kerusi dan meja nih.. rase nk beli satu letak kat rumah..eheh

di luar rumah besar tu.. comel jugak kerusi dia.. pandai lah mereka hias resort nih.. penuh dengan ukiran kayu dan rotan..

Toilet pun cantik..

Katil dalam chalet.. kecil tapi selesa..

Okeh, tu dulu.. next wik nak pegi Ulu Tamu, Batang Kali pula.. tempat adik2 MHi berprogram.. dengarnya ada sungai jugak..
haaa.. x sabar tunggu weekend nih!

Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

::cuti tahunan::

Salam'alaik..

Bulan 12 ni semua staff sibuk menghabiskan cuti masing2.. cuti saya tnggal 2 hari je, so habiskan dgn pulang ke kampung Ipoh untuk majlis perkahwinan kakak ipar ku, kak maslia ismail dengan pasangan nya (birasku itu) yg idok ler tinggal jauh mane.. belakang rumah je.. huhu..

Share sikit gmbr2 lepas majlis.. pelamin ni isteri abg ipar saya yg design.. buat sendiri je, tp cost rm1k la jgk utk bhn2 nye.. nice n sweet.. ramai la yg dtg rumah puji cantik... huhu
Dikongsikan beberapa gambar..


Ini si cilik Iman.. Hafizul Iman nama dia.. anak buah sulong keluarga belah hubby.. sgt la cumel.. suke posing tuk amik gmbr.. tu saje menyorok belakang saya dgn aksi cumeel.. ehhe

Ni kak maslia dan suaminya.. mak mertuaku dok di tgh2 dan saya bersama adik2 ipar dan biras (d girls in the family) ^___^

One whole happy family... ^___^ (malu2 saya bergambar sebelah ayah.. hee)

Mulai bulan ni, company bagi travel allowance.. rm150 sebulan.. tp allowance will be deducted 33.3% which equivalent to RM 50 bagi setiap cuti yg diambil.. (medical leave pun included tau, aisey..) so maknanya, kalu amik cuti 3 hari dlm sebulan, mmg confirm la x dapat allowance tuh.. yaaa.. memang pandai management merancang supaya staff tak boleh selalu amik cuti kann.. huh..

Yg pastinya, bulan April 2011 nanti dapat la saya cuti lama.. hahaa.. cuti bersalin.. tp swasta ni bg cuti bersalin 2 bulan je.. adeeh.. ni wat rase nk cpt2 je tuko keje kerajaan.. >___<

mode hujung thn: heppy, cuti krismas --> family gathering, akan ke janda baik untuk rekreasi.. aaaa... x sabar nk main air! ^___^ baby pun excited nak bercuti!

26 weeks already.. counting days~~ ritu scan kepala baby dah kat bawah, Alhamdulillah.. tp still dia boleh pusing2 lagi.. moga di hari akhir2 nanti baby mcm dlm position sekarang... terus berdoa pd MU ya Rabb!

Wassalam

Thursday, December 2, 2010

::Best WiShes to my dearies!::

Salam'alaik..

Oww, December already, we are now towards the end of this year.. Ramai yang menyambut peristiwa penting dalam hidup mereka bulan Disember nih.. huhu.. Biasa la kan, bulan 12 pun sinonim dengan kenduri kawin di sana sini.. Antara peristiwa bulan ni ialah..

1. Birthday Abah - 1 Disember 2010.. Genap umur abah dah 71 tahun..! Abah maintain sihat, cuma sekali sekala kalu tak jaga makan, sakit gout.. huhu.. Moga abah terus diberi kesihatan yang baik, menjalani kehidupan pencen dengan bahagia.. Saya bangga dengan abah yang mendidik saya selama 23 tahun.. bersyukur kerana sehingga dah kawin pun saya masih berpeluang tinggal bersama abah, Alhamdulillah.. [tu bagus jadi anak bongsu, haha] Tak pasti akan berapa lama lagi tinggal bersama di hari mendatang, yang pasti sekarang saya bahagia melihat abah tiap2 hari depan mata.. Abah memang tak pandai menunjukkan kasih sayang, tapi segala keperluan hidup saya takde yang kurang dari kecik sampai la habis belajar.. Thank you Allah! Orang kata susah nk bela/jaga anak perempuan nih, huhu.. Memang saya akui, macam2 hal jgk saya buat perangai dari alam kanak2 hingga ke remaja, tapi abah tabah mendidik dengan sabar.. Moga ganjaran syurga buat abah! :')

2. Pernikahan Basyirah Abd Rahman - 3 Disember 2010. My dear roomate masa first year di 3rd College, UM.. Basyi, Laila dan saya.. ouh.. cukup pantas masa berlalu, kamu juga sudah mahu kawin sekarang... Antara kami bertiga, tinggal Laila punya turn la pulak lepas ni..heheee
Terima kasih basyi atas persahabatan ini.. Amat bersyukur pada Allah kerana temukan saya dengan kamu.. Lepas ni dah jadi isteri orang, pandai2 bawak diri yea.. Maratib amal kedua memang akan diuji dengan pelbagai cabaran, insyaAllah Allah akan bersama dalam setiap langkahmu andai kita meletakkan Allah paling tinggi atas segala sesuatu.. Mudah-mudahan bait muslim kamu menambahkan lagi ketaatanmu padaNYA.. Semoga akan lahir mujahid/mujahidah kelak yang akan mendokong syariat Islam! Sama2 kita saling mendoakan.. Harap terus keep in touch!!

Sweetie Basyi masa first year.. di bilik kami A204.. Terus maintain comel ye! ahaha..

3. Pertunangan Shakina Farhan - 18 Disember 2010. Owh, cik Shakina ni coursemate ku di UM.. Merangkap klik study skali bersama2 cik Linda, Janna, n Zana.. Buat projek tu kadang2 satu group.. Tiru assignment tu tak yah cakap la, memang saling kongsi2.. hehe.. Share nota for final exam jugak.. Haih, banyak tul kenangan time belajar.. :) Time saya bertunang dulu dia datang.. Sekarang tiba masanya giliran dia pula.. Saya cuba la bantu dari segi persediaan tunang apa yang boleh yek... Nak datang ur engagement, tapi macam tak mampu je, tp saya janji (dengan izin Allah) pasti akan datang kenduri anda tahun depan k! ^____^ [bersama2 baby ye,ehehe]

Masa pertunangan saya, 22 Nov 2009.. T.kasih datang.. :) Baju tunang color peach, hantaran bakul rotan lace warna maroon, alas dulang color gold.. Hah! aduyai, colorful la sgt... [Ni namanya tak berapa prepare.. janji dah selamat majlis..ehhe~]

Okeh, Next week akan bermula tahun baru dalam hijrah.. mari kita sama2 pasang azam untuk berhijrah ke arah kebaikan dan istiqamah/konsisten dalam amal2 kebaikan selalu... Ameen~

Selamat hari Jumaat yang penuh barakah semua! :)

Friday, November 26, 2010

::Pregnancy cartoons!::

Salam'alaik..

It's been 22 weeks already.. half way through.. Ya ALlah, moga terus di beri kekuatan.. I come across these funny cartoons.. haha.. Ada banyak lg, ni sebahagian je.. Share kan kat sini untuk semua..

Sumber dari Baby Gaga

Jangan la pegi shopping baju dengan org yg slim2.. buat anda rase diri gemuk..huhu :p

Ouh! saya lah nih... mood selalu jadi sensitif, wlaupun hal yang kecik2 aje.. hormone changes..

hihi... preggy mum selalu mcm ni kot.. in my case, saya mkn sikit je, tp secara kerap..


Hahaa.. b'tanya lah doc selalu jika ada sebarang kemusykilan.. dah 1st time, byk ler kena belajar..


True indeed! Kalu org tanya memang tu jwpn saya.. IF ONLY i could just ignore all the...............

hehe.. Alhamdulillah, my weight gain accordingly.. Tak lah terlalu banyak atau terlalu sikit.. [suke jgk mkn chips2 nih]

Announcement to all parents and parents-to-be! There will be an exhibition this weekend in Mid Valley.. For first time mother like me, you are highly recommended to go to this exhibition.. Usually masa ekspo macam ni lah ada harga diskaun sikit untuk barangan keperluan ibu dan bayi.. Actually saya pun tak pernah pegi lagi, so tak tahu nak komen sangat.. Anyway, here's the details:

1st Malaysia Baby, Children & Parents Expo
26 - 28 November 2010
Halls 1, 2 & Atrium
The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd
Public - Free Admission

Next check up 8th Disember.. Risau pulak nak tau result blood test saya.. haih.. harap2 bleh tau baby's gender soon..! ^____^ Mohon doa kawan2..

Wassalam

Wednesday, November 24, 2010

::Sedekah::

Salam'alaik..

Tetiba saya dan suami terfikir tentang planning jangka masa panjang untuk menambah sumber pendapatan kami untuk kehidupan akan datang.. Ehm, bagaimana agaknya kita membelanjakan harta/duit yang Allah telah tentukan buat kita sehari-hari? Setiap orang rezeki kewangan berbeza2, ada yg melimpah ruah, gaji besar, ada yang sekadar cukup2 makan je.. Apepun, bak kata orang, it's how u spend that matters, rather than how much u have..

Kalu kita sendiri yang tidak bijak menguruskan kewangan, memang hujung bulan x sempat ler jawabnya nak menyimpan.. Bagi saya, since kawin nilah makin mencabar nk menguruskan kewangan dengan baik.. Dulu single2 boleh la guna duit totally 100% untuk diri sendiri.. huhu. Bila dah kawin, a few things need to be considered, tak semua boleh ikot kepala sendiri je.. It's true our money belong to ourselves, tapi toleransi dalam rumahtangga tu sangat la perlu.. Kenalah belajar to support cost of living together.. Most importantly, save some amount every month, in case we need to use extra money in an unexpected circumstances..

Dalam pada kita nak manage kewangan dan plan side income kita tuh, saya mengingatkan diri dan kawan2, jangan lupa untuk menginfakkan/sedekah sebahagian harta kita kepada yang lebih memerlukan.. Besar atau kecik jumlah itu tidak penting, yang utamanya ialah keikhlasan memberi itu yang dinilai Tuhan.. Sedekah ini bukan sahaja membersihkan harta kita, malah mendidik hati membersihkan jiwa dari sifat kedekut, possesif, tamak, dan sifat terlalu sayangkan harta dunia..

Bukan tu aje, menurut sebuah hadis sedekah dapat memanjang umur [dengan niat bertambah la amal ibadat], dijauhi bala bencana dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk..

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

Kita pun yakin kan sesungguhnya lebih banyak kita memberi, lebih banyak rezeki kita akan terima kembali.. Allah juga menjanji apabila kita bersedekah, rezeki akan berlipat ganda dan Allah ganti kan dengan yang lebih baik lagi daripada apa yang kita berikan itu.. Hebat kan offer Allah pada kita? Tinggal kita je nak sedekah or tidak... ^____^

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". ( Saba' : 39)

Memberi apa yang kita sayang [duit, harta benda] tulah yang susah, tapi itu lah yang besar pahalanya..

PS: Em, duit insuran saya bayar setiap bulan tu boleh dikira sebagai sedekah la kan? hee.. [since saya tak pernah claim pun lagi]

Wallahu'alam

Tuesday, November 16, 2010

Amanah - satu bebanan atau pengiktirafan?

Salam'alaik..

Alhamdulillah, masih di beri nikmat Islam dan Iman.. tanpa sedar, sudah menghampiri hujung tahun pun kita.. Dalam masa setahun, banyak taklifan yang saya pegang... Tapi sejauh manakah amanah yang diberi itu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya? em, perlu muhasabah kembali..

Amanah saya sebagai Khalifatul Ard, hamba Allah, anak, isteri, pekerja, semua nya akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.. mampukah saya memberi jawapan yg terbaik di hadapan Allah?

Taujih baru-baru ni daripada seorang murabbi benar2 mengesan di hati saya.. Di kala hati rasa agak lemah, down, dan tak semangat, tazkirah itu menyentak hati untuk kembali kuat..

Mari lihat kembali 'perjalanan kehidupan' ini, dimana 'destinasi' yang ingin kita tuju akhirnya nanti? pastinya sebagai seorang muslim, syurga Allah itu destinasi akhir kita.. Dan pastinya dalam perjalanan ke destinasi itu, pelbagai mehnah, masalah dan cabaran yang kita akan lalui..

Begitu juga bila mana kita berada di jalan dakwah, tanggungjawab/taklifan kita akan diselang seli dengan masalah dari faktor2 seperti kerjaya, belajar, kesibukan peribadi, keluarga, rumah tangga, [and the list goes on] yang kita perlu hadapi selayaknya sebagai hamba Tuhan.. Bukan menjadikannya sebagai alasan untuk mensia2kan/ambil lewa amanah yang telah kita pegang.. Jalan dakwah itu sendiri bukan kita orang pertama yang melaluinya, Rasulullah dan para sahabat telah pun memulakannya, kita hanya meneruskan rantai perjuangan mereka..
Seharusnya terima lah amanah itu dengan hati yang lapang, dan sebagai satu pengiktifan dari Allah.. Sedangkan kita sering berdoa sehari-hari pada Allah agar menjadikan kita pemimpin bagi orang2 bertaqwa, jadi mengapa amanah itu tidak diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin?

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al -Furqan:74

Mungkin kerana penat, letih, susah antara asbab mengapa kita lesu dalam meneruskan perjalanan di jalan ini.. tapi ingat lah tabiat ad deen ini bahawa laksanakan amal dahulu, dan ganjaran Allah akan menyusul selepas itu.. Yakin lah, itu janjiNya..!

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan Al - Fatihah:5

Solat dulu (iyyakanakbudu), pertolongan Allah akan datang selepas itu! (iyyakanasta'in)

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Surah At - Talaaq:2

Bertaqwa pada Allah dulu, kemudian Allah beri jalan keluar pada permasalah kita.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu Surah Muhammad : 7

Kita tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita kembali..

Nah, lihat begitulah aturannya.. Agama ini begitu sifatnya.. Tapi kita manusia sering tidak sabar dan mengharapkan balasan/pertolongan Allah itu serta merta.. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan kita pada tsabat jalan ini, ketaatan kita sebagai hamba.. Jalan ke syurga penuh dengan benda2 yang dibenci nafsu.. Kalu kita mampu mujahadah melawan hawa nafsu, insyaAllah kita mampu sampai ke destinasi syurga Allah..

Bagaimana untuk kuat melawan? Di sini lah terletaknya tarbiyah dzatiyah.. mutabaah amal yang kita harus selak dan revise kembali..

Bila kita sudah jelas matlamat destinasi mana kita nak pegi, semangat untuk pikul amanah itu kita akan gagahkan jua untuk laksanakan..
Kita singgap kembali kisah Ka'ab bin Malik dalam Perang Tabuk, di mana beliau tidak mengikuti Rasulullah berangkat ke medan perang dek kerana kelalaiannya menguruskan harta perniagaannya.. Beliau berusaha memberikan alasan yang terbaik kepada Rasulullah dengan harapan supaya tidak dimarahi oleh Baginda. Tapi beliau berasa sangat bersalah tidak ikut ke medan perang dan akhirnya mengakui akan kesalahannya..

Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi Allah. Aku sadar kalau aku berbicara bohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku khawatir Allah akan membenciku. Kalau kini aku bicara jujur, kemudian karena itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku. Ya Rasululah saw., demi Allah, aku tidak punya uzur. Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil disbanding tatkala aku mengikutimu itu!” Rasulullah berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”


Lihatlah mulianya kejujuran Ka'ab bin Malik.. Ibrah dari kisah ini, kita mungkin boleh memberi seribu satu alasan/dalil/hujjah kepada ketua kita, naqib, pemimpin atas tanggungjawab yang kita pegang, tapi kita harus ingat, Allah jua lah yang memberi balasan di penghujungnya kelak..

Moga menjadi peringatan buat diri yg selalu alpa..
Salam Eidil Adha~
:: Malam ni pulang ke Ipoh menyambut raya :) ::

Tuesday, November 2, 2010

::black and white pic!::

Salam'alaik..


opss..scan ni senget2 pulak.. :)

itu baby saya.. ^___^ sangat kecil kan? tu masa 10 weeks.. masih byk ruang utk dia pusing2.. ehehe..

ok, ni pula masa 15 weeks.. kepala dia kelihatan besar di situ ye.. :)

ok sekarang dh 19 weeks.. baby bumps getting bigger day by day...
blue or pink? masih belum tau.. next check up mungkin!
apepun, selautan kesyukuran hanya pdNya..
moga dipermudahkan semua..buat sahabat2 yang lain juga..


Wassalam

Wednesday, October 27, 2010

::Tragedi Oktober::

Salam'alaik..

Tajuk entri macam seram je.. hehe.. Bukan lah dasyat sangat peristiwa yang berlaku, sekadar berkongsi moga2 setiap kejadian yang menimpa kita dalam kehidupan sehari2 menjadikan kita hambaNya yang tabah dan kuat mengharungi kehidupan di dunia yang menjadi ladang amal untuk akhirat..

2 minggu lepas, ketika dalam kereta, semasa saya and hubby pulang dari Shah Alam, [gi makan ais kacang! ^__^] secara tiba2 ada bunyi letupan yang sangat kuat! AstaghfiruLLah, terkejut gak dengar.. Apa pulak yang meletup..?? Bunyi macam tayar belakang langgar something tapi tak tau lah apa bendanya... Kereta masih boleh je jalan, nk benti tengok pun, kami kat tengah2 hi-way federal.. aduyai, terus jela jalan hingga la sampai rumah.. [nasib baik dah tak jauh] Tengok2, memang tayar kiri belakang dah flat habis... sah2 bukan kena paku ni, apa benda ntah kat jalan tuh... Esoknya hantar workshop, memang dah tak leh tampal, besar gak lubangnya, so kena tukar tayar terus... Kena lah rm 160... Lepas tu bawak kereta still rasa tak sedap, so pegi workshop lagi n kena ganti break disk yang dah patah.. Bahaya la kalu break bermasalah.. Total cost rm350+..

Syukur Alhamdulillah, kami tak apa2, di buat nya kalu tayar depan, boleh terbabas kot.. kalu kena dlm keadaan pregnant camni, Ya Allah.. Allah dah selamat kan dari bencana yang lebih teruk.. Lebih besar nikmatnya..

Last week pulak, hubby pegi program di Serdang.. Balik sabtu tgh malam, tiba2 tengok keta tingkap sisi kanan [belakang seat driver] kena pecah.. Beg pakaian kat seat belakang pun hilang.. sah2 lah ada orang pecah nk curi barang.. tak de apa pun, beg pakaian+buku usrah n toiletries je dalam beg tu.. Moga orang yang curi tu dapat hidayah bace buku aqidah tuh.. hehehe.. nak wat camne kan,hilang lah semua tu.. Pegi lagi kedai untuk pasang tingkap, nasib baik tak la mahal sangat cermin sisi.. rm 95.. Total semua ada la sampai rm450+ sikit... Effect le jugak saving bulanan untuk bulan nih... Tapi takpelah, semua tu ketentuan yang Allah sudah rancang buat hambaNya.. Kita selaku hamba, perlu ada sifat redha dan berlapang dada atas musibah yang menimpa.. Mungkin rase sesak la sikit, tapi yakin lah, rezeki Allah ada di mana2..

Kelmarin, saya dinner dengan hubby di Kenny Rogers Roaster to celebrate our 4th month anniversary... hihi... Sementara tunggu makanan sampai, hubby share tazkirah sikit so that kami saling menguatkan antara satu sama lain dalam kita sama2 melayari kehidupan rumah tangga.. Bila reflek balik apa yang berlaku pd kita baru2 ni, hubby kata jom kita kena renung kembali kalam suci dari Allah..

[155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Surah Al-Baqarah ayat 155-157.. Next, surah Muhammad ayat 31.

[31]
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Dan yang biasa kita dengar juga surah Al-Ankabut ayat 2.

2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Banyak sekali peringatan dan khabar gembira dari Allah dalam AL-Quran yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.. So lepas ni, moga saya tidak lagi berkeluh kesah dengan ujian, malah bersyukur dengan nikmat2Nya yang lebih banyak melimpah ruah... TQ abg atas peringatan ini..

Makanan sampai dan kami pun makan sebelum bergerak pula ke Wangsa Maju untuk meeting.. Saya merasakan tidak salah untuk kita berasa sedih atas sesuatu musibah, kerana itu tabi'i sifat manusia, cuma bagaimana kita mengawal perasaan tu yang membezakan.. lebih2 lagi kita perempuan yang kaya dengan emosi nih.. huhu..

O ye, 25 Oktober 2010, genap lah siti sarah aisyah basri berusia 23 tahun.. sanah helwah sodiqati.. wah, sudah besar kamu.. huhu.. sejak tahun pertama di U perkenalan kita bermula, hingga lah bekerja sekarang, moga ukhwah kita yang terjalin terus kekal mekar.. Moga kamu terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan mendatang.. Teguran dan nasihat kamu kepada saya tanda kasih syg kita Lillahi Ta'ala semata-mata.. Kamu akhwat yg hebat, moga ketemu ikhwan yang hebat juga, hehehe [satu doa tuh]

Ok, sampai sini dulu coretan di akhir bulan... Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

MZ Showcase~

Salam'alaik..

ALhamdulillah, cerita sikit, Jumaat lepas saya n hubby berkesempatan ke Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA Shah Alam.. saya pegi on the 2nd day, 15 October.. Orang tersangat lah ramai.. Hubby dah ready kat sana since he is one of the committee for the showcase.. Balik kerja terus ikut Awanis ke Shah Alam, pastu Awanis and her parents tlg hantarkan saya ke Auditorium.. Thanks a lot dear! ^____^ Konsert MZ tahun depan bulan Feb saya pastikan kamu diberitahu tentang tiket ye! heheee..

SubhanaLLah, two thumbs up to Raudhatus Sakinah and team for all the efforts and hard work in making this showcase a success.. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat itu yang utama.. Save the Soul.. Melalui showcase MZ ni Raudhatus Sakinah diperkenalkan kepada masyarakat umum tentang peranan institusi ini dalam membantu remaja2 yang terjebak dalam kancah penzinaan.. Awareness tentang isu pembuang bayi, zina, bukan terletak di bahu NGO sahaja semata-mata untuk membanteras masalah ini, tapi masyarakat perlu prihatin dan turut sama berganding bahu membendung gejala tidak sihat ini daripada berlanjutan.. tak sanggup rasanya melihat masa depan remaja2 ni end up dengan mensia2kan masa muda di rumah perlindungan, sedangkan banyak yang mereka boleh terokai dalam hidup dengan perkara2 yang lebih bermakna! Saya petik dari sebuah hadis:

Daripada Ibnu Mas’ud daripada Nabi Saw bersabda : Tidak berganjak kaki anak Adam berdiri di hadapan Allah pada hari Qiamat sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara iaitu umurnya bagaimana ia dihabiskan, waktu mudanya bagaimana digunakan, hartanya bagaimana diperolehi dan bagaimana pula harta itu dibelanjakan dan ilmunya apakah ia telah amalkan ?
[Riwayat At-Tarmidzi ; Hadis Hasan Sohih]

Moga usaha pengislahan ini terus bersama dengan bantuan dari Allah.. sesungguhkan tiada daya dah upaya melainkan dengan kekuatan dariNya... May Allah bless~

Some pictures to share..

Blur la sikit gmbr nih..eheh..

MZ entertain kanak2 dengan lagu Insya Allah.. sweet je budak kecik tuh...huhu

Kak Hajar, Kak Izahana, Ibu Yus (org kuat RS,Pengerusi RS Selangor) dan saya selepas tamat showcase..

Kami.. ^__^ sian abg penat mlm tu sebab jadi runner..anyway, thank you so much dear! had a great time! love u!


Dengan umiroses... Pengarah RS.. Puan Rosmawati Zainal

Ok, tu dulu.. jumpa lagi!

Tuesday, October 12, 2010

::Primigravida::

Salam'alaik...

Coretan hati my darling baby, masa 15 weeks..

"Last week, umi went to the clinic for her 2nd prenatal check up.. uh oh! excitednya umi n abi saya! hihi.. This time around nurse cek umi punya urine and blood pressure.. Alhamdulillah, so far everything is fine.. Umi also gained 2 kgs in just 5 weeks..! ahaha.. sekarang berat umi 49 kg.. That's normal i guess.. Doctor kata ok lah tu..
Selera makan umi pun semakin ok.. harap umi x selalu stress or busy2 sgt.. Bila weekend Abi suke sgt bawa umi jalan sana sini, nasib baik saya ok2 je, x meragam... huhu.. Tak lama lg saya akan semakin besar n besar.. owhh dear, i hope i won't give umi a hard time and back aches so much...Skrg pun umi dah mengadu sakit2 bila duduk lama2 sgt... Time scan ritu, saya tendang2 dalam perut umi, tp umi kata x rasa pape pun, [sebab saya kecik lg dan lapisan uri yang tebal act as a cushion for me]"

Ehm, x dapat nk upload gmbr scan lg, laptop buat hal.. huhu.. pape pun, moga kamu sihat dan baik2 aje ye.. share sikit development baby in general daripada newsletter yang saya subscribe from babycenter.com


Your baby's about the size of an avocado now but in the next three weeks, he'll go through a tremendous growth spurt - doubling his weight and increasing his length. In the meantime, he'll be playing with his umbilical cord and practising breathing. You're going through a bit of a growth spurt yourself. Your uterus has expanded so much that the ligaments in your abdomen are stretching to make room for it. If you feel any twinges of pain now, that's why.

In or out of the womb, babies are playful creatures. Yours may already have discovered his first toy - the umbilical cord - which he'll enjoy pulling and grabbing. Sometimes he may even clutch it so tight that less oxygen gets through, but don't worry - he doesn't hold onto it long enough to harm himself. The circulatory system and urinary tract are in full working order, and he's inhaling and exhaling amniotic fluid through his lungs.

Sometimes, when you move suddenly, you may a feel a slight pain in your sides. Ligaments on each side of your uterus and pelvic walls are stretching as your baby grows. It's normal to feel some pain, but if it continues for a few days or escalates, talk to your doctor.

Ok, jom sekarang kita dgr bacaan Quran, by now dia dh boleh respon to light, sound and touch..
Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akbar!

Wednesday, October 6, 2010

::Tazkiyatun Nafs::

Salam'alaik..

Mahu berkongsi sedikit bacaan yg saya peroleh di Generasi Muslim. Menyentuh tentang keikhlasan kita dalam amalan sehari-hari.. Hanya Allah yg boleh menilai keikhlasan hamba-hambaNya, namun kita dapat juga melihat peribadi seseorang yg ikhlas itu dizahirkan melalui akhlaknya..

Berikut adalah tanda-tanda keikhlasan.. ada 8 semuanya. Sama-sama kita hayati bersama..

Ada delapan tanda-tanda keikhlasan yang bisa kita gunakan untuk mengecek apakah rasa ikhlas telah mengisi relung-relung hati kita. Kedelapan tanda itu adalah:

1. Keikhlasan hadir bila Anda takut akan popularitas

Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata, “Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan jabatan. Seseorang bisa menahan diri dari makanan, minuman, dan harta, namun ia tidak sanggup menahan diri dari iming-iming kedudukan. Bahkan, ia tidak segan-segan merebutnya meskipun harus menjegal kawan atau lawan.” Karena itu tak heran jika para ulama salaf banyak menulis buku tentang larangan mencintai popularitas, jabatan, dan riya.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika Anda mampu untuk tidak dikenal oleh orang lain, maka laksanakanlah. Anda tidak merugi sekiranya Anda tidak terkenal. Anda juga tidak merugi sekiranya Anda tidak disanjung ornag lain. Demikian pula, janganlah gusar jika Anda menjadi orang yang tercela di mata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah.”

Meski demikian, ucapan para ulama tersebut bukan menyeru agar kita mengasingkan diri dari khalayak ramai (uzlah). Ucapan itu adalah peringatan agar dalam mengarungi kehidupan kita tidak terjebak pada jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia. Apalagi, para nabi dan orang-orang saleh adalah orang-orang yang popular. Yang dilarang adalah meminta nama kita dipopulerkan, meminta jabatan, dan sikap rakus pada kedudukan. Jika tanpa ambisi dan tanpa meminta kita menjadi dikenal orang, itu tidak mengapa. Meskipun itu bisa menjadi malapetaka bagi orang yang lemah dan tidak siap menghadapinya.

2. Ikhlah ada saat Anda mengakui bahwa diri Anda punya banyak kekurangan

Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Ia merasa belum maksimal dalam menjalankan segala kewajiban yang dibebankan Allah swt. Karena itu ia tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, ia cemasi apa-apa yang dilakukannya tidak diterima Allah swt. karena itu ia kerap menangis.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang maksud firman Allah: “Dan orang-ornag yang mengeluarkan rezeki yang dikaruniai kepada mereka, sedang hati mereka takut bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina, dan para peminum minuman keras, sedang mereka takut akan siksa dan murka Allah ‘Azza wa jalla? Rasulullah saw. menjawab, “Bukan, wahai Putri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin shalat, berpuasa, dan sering bersedekah, sementera mereka khawatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam menjalankan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlomba.” (Ahmad).

3. Keikhlasan hadir ketika Anda lebih cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan

Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain. Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang tertutup tanah tapi menghidupi keseluruhan pohon. Ibarat rumah, mereka pondasi yang berkalang tanah namun menopang keseluruhan bangunan.

Suatu hari Umar bin Khaththab pergi ke Masjid Nabawi. Ia mendapati Mu’adz sedang menangis di dekat makam Rasulullah saw. Umar menegurnya, “Mengapa kau menangis?” Mu’adz menjawab, “Aku telah mendengar hadits dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, ‘Riya sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik. Dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, takwa, serta tidak dikenal. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenal. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gulita.” (Ibnu Majah dan Baihaqi)

4. Ikhlas ada saat Anda tak masalah ditempatkan sebagai pemimpin atau prajurit

Rasulullah saw. melukiskan tipe orang seperti ini dengan berkataan, “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya.”

Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin Walid saat Khalifah Umar bin Khaththab memberhentikannya dari jabatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Sebab, ia berjuang bukan untuk Umar, bukan pula untuk komandan barunya Abu Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat ridha Allah swt.

5. Keikhalasan ada ketika Anda mengutamakan keridhaan Allah daripada keridhaan manusia

Tidak sedikit manusia hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Bila orang itu menuntun pada keridhaan Allah, sungguh kita sangat beruntung. Tapi tak jarang orang itu memakai kekuasaannya untuk memaksa kita bermaksiat kepada Allah swt. Di sinilah keikhlasan kita diuji. Memilih keridhaan Allah swt. atau keridhaan manusia yang mendominasi diri kita? Pilihan kita seharusnya seperti pilihan Masyithoh si tukang sisir anak Fir’aun. Ia lebih memilih keridhaan Allah daripada harus menyembah Fir’aun.

6. Ikhlas ada saat Anda cinta dan marah karena Allah

Adalah ikhlas saat Anda menyatakan cinta dan benci, memberi atau menolak, ridha dan marah kepada seseorang atau sesuatu karena kecintaan Anda kepada Allah dan keinginan membela agamaNya, bukan untuk kepentingan pribadi Anda. Sebaliknya, Allah swt. mencela orang yang berbuat kebalikan dari itu. “Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembagian) zakat. Jika mereka diberi sebagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah.” (At-Taubah: 58)

7. Keikhalasan hadir saat Anda sabar terhadap panjangnya jalan

Keikhlasan Anda akan diuji oleh waktu. Sepanjang hidup Anda adalah ujian. Ketegaran Anda untuk menegakkan kalimatNya di muka bumi meski tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesulitan sudah di depan mata, amat sangat diuji. Hanya orang-orang yang mengharap keridhaan Allah yang bisa tegar menempuh jalan panjang itu. Seperti Nabi Nuh a.s. yang giat tanpa lelah selama 950 tahun berdakwah. Seperti Umar bin Khaththab yang berkata, “Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!”

8. Ikhlas ada saat Anda merasa gembira jika kawan Anda memiliki kelebihan

Yang paling sulit adalah menerima orang lain memiliki kelebihan yang tidak kita miliki. Apalagi orang itu junior kita. Hasad. Itulah sifat yang menutup keikhlasan hadir di relung hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mau memberi kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan yang memadai untuk mengambil bagian dari tanggung jawab yang dipikulnya. Tanpa beban ia mempersilakan orang yang lebih baik dari dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tak ada rasa iri. Tak ada rasa dendam. Jika seorang leader, orang seperti ini tidak segan-segan membagi tugas kepada siapapun yang dianggap punya kemampuan. oleh Mochamad Bugi (Dakwatuna).

Moga Allah hadirkan rasa keikhlasan dalam hati-hati kita agar semua amal kita diterimaNya, dan yang paling utama, untuk meraih Redha yg Esa..

Tuesday, October 5, 2010

~Oktober sudah..~

Salam'alaik..

Pantasnya masa berlalu.. how time flies~ sudah memasuki bulan Oktober.. awal2 bulan yg agak sibuk;

2-3 Okt : Ziarah ke Zon Utara [sgt2 exhausted, all the way from Kedah--Penang--Perak throughout the weekend..

4 Okt : Pindah ke ofis baru.. my first day in Phileo Damansara ^___^

5 Okt : Kan San dan A.Apek pulang bercuti ke Semarang.. [sunyi la rumah selama 2 minggu, huhu]

6 Okt : Usrah mingguan

7 Okt : Usrah adik2

8 Okt : Baby's monthly check up ^___^

10 Okt : Walimah Asma' dan Qayyim [barakaLlahu lakuma.. ^___^
: Meeting bulanan KNL

15 Okt : Showcase Maher Zain...!! hehee~

31 Okt : Walimah Kak Fadhilah [weekend saya akan gi jalan mkn2 nasi minyak aje.. :p]

Alhamdulillah, moga perjalanan kehidupan saya semakin mendekatkan diri pd yg Esa.. Got to be strong, physically, emotionally........ and spiritually.. masih jauh perjalanan di jalan ini..

Sentiasa lah berdoa agar dikurniakan redha, maghfirah dan rahmah dariNya dalam solat harian kita.. jgn pernah jemu meminta, kerana Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan dari hamba2Nya...

No matter how bad your day turns out, never forget He will always be there.. for those who really believe in Him..

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

Have a blessed day! Amiin~