Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

:: Being a mother.. ::

Salam








with

May Allah bless ALL MOTHERS out there with the best rewards...! :)

Thursday, January 24, 2013

:: 'Ibrah yg terkesan ::

Salam'alaik..

Alhamdulillah.. masih Allah kurniakan kehidupan di tahun 2013 ni..

Moga2 permulaan yg baik untuk tingkatkan amal2 soleh kita semua dari masa ke semasa..

Alhamdulillah..thn baru, kerja baru.. suasana yg baru.. pengalaman baru juga.. Diberi t/jwb utk mengajar Islamic Studies dan HAfazan Quran.. Rasa cam x percaya pulak diberi subject tu sedangkan apply for Subject Math or Sains..

Kadang2 kita tak faham kenapa Allah tentukan sesuatu perkara tu begitu dlm hidup kita.. Rupanya ada hikmah yg besar yg Allah nk tunjuk.. Benar la kata sebuah hadith Sahih bahawa jika Allah nk kan kebaikan pd seseorg itu, Dia akan berikan kefahaman Islam kpdnya.. Share sikit mengalaman saya di sekolah..

case 1
Mengajar bdk primary 3 for their hafazan class.. According to the syllabus they should memorize surah Al-Buruj, Al-Inshiqaq and Al-Mutaffifin in first semester..  Mudah je, dengar diaorg hafaz one by one and do grading in their record book.. 
As usual saya pun bukak la quran sambil cek bacaan diaorg.. Ada sorang student ni dengan selamba je dia tanya, " Teacher, why do u look at the quran? surely u had hafaz all surah right..." Zass! Sentappp habis.. 
Lesson learnt : sambil2 mengajar tu baik la saya sama hafaz sekali.. Allah nak saya dpt pahala lebih melalui pelajar saya..Allahu Akbar! Unik cara Allah mentarbiyah kita.

case 2
Another class is, qiraati class (Bacaan) for special kids.. tak ramai, dlm 6 org je, so saya bleh fokus utk bantu bdk special ni (slow learners) dengan lebih teliti.. 1st day of kelas, saya amik nama sorang2.. Saya tanya nama sorang student ni, " What's your name, boy?" He replied " Mohd zaim yusof" " How to spell? M--O--H--D rite? ok..zaim bin yusof ya.. Yusof tu Y-U atau  Y--O? Double F ke?" Dia diam kejap. Pastu dia jawab, "Ntah la teacher.. I dont know exactly my father's name.." I was surprised, "eh, why???" " He left me,  my parents dah bercerai.." I was like..... "o--okkk.. tak pe2, teacher tulis biasa je ye.."
Lesson learnt: Penceraian sesuatu perkara halal yg paling dibenci Allah.. terlalu byk membawa mudharat berbanding kebaikan.. Cerai adalah jln keluar paling terakhir sekali.. ibu bapa mungkin tak kisah apa, tp ANAK2 yg akan menerima akibatnya.. Tak smua, tp kebanyakkan, attitude negatif anak2 remaja sekarang comes from a broken family.. Bila melihat anak2 yg terlibat dengan gejala sosial ni, bukan 100% salah mereka.. Oleh kerana institusi keluarga tu dah musnah, tumbesaran anak2 psti sedikit sebanyak terganggu.. tak seimbang.. Pilunya hati saya jika anak saya sendiri tidak mengingati saya langsung apatah lg nama pun tak pasti! Nauzubillah min zalik.. 

case 3
Recently Arsyad batuk n selsema.. kejap baik, kejap sakit blk.. sampai tahap batuk2 and then muntah.. keluar kahak.. dia tak pandai nak ludah.. penat sgt menguruskan dia especially after balik sekolah.. asyik meragam nangis2.. serba tak kena.. pastu batuk2.. muntah.. salin baju, basuh bdn, lap tikar... 4,5 kali dalam sehari tukar baju.. letih sgt.. rasa berat betul ujian Allah bagi tambah2 bila hubby takde kat rumah.. Satu hari, ada member share video kekejaman yg berlaku di Syiria.. kejamnya pemerintahan Basyaar Assad Laknatullah.. anak2 kecik terbunuh dan menderita.. sayu sekali melihat mereka yg tidak berdosa diperlaku begitu.. They don't deserve to be treated like that..Childhood should be very happy and full of joy.
Lesson learnt: Bila kita rasa ujian kita hadapi berat, saudara Islam kita diuji dengan lebih hebat lg.. Malah, ibu2 di sana juga tanpa suami disisi.. bukan meninggal kan isteri utk sehari dua je, bahkan utk selama2 nya! moga sabarnya mereka ini kelak akan di ganjari syurga! 

Just a sharing of my 2 cents.. Setiap hari sifat bersyukur msti menjadi pegangan kerana baik buruk sesuatu tu semua berlaku dengan izinNya.. we just have to make the best of it with what we have for the sake of Allah to get happiness in Dunya and Akhirah.. 

Wallahu'alam.. May Allah shower His blessing upon us.. Amiin.. Have a good day!






Sunday, December 9, 2012

:: tips mendidik anak ::

Salam'alaik..

Saya jumpa info ini di fb kawan.. moga2 bermanfaat utk para ibu bapa dan bakal bapa ibu bapa kelak.. Mudah2an Allah membantu kita mendidik amanah yg berat ini dengan sebaik2 dan seterusnya membawa kita bersama2 ke JannaahNya insyaAllah..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Wallahualam

Tuesday, October 9, 2012

:: Kisah teladan ::

Salam'alaik..

Suka untuk saya share disini kisah yang terkesan kedalam hati saya..

Sumber dari Ustazah Hafizah Musa.. Ustazah mengajak kita muhasabah kembali diri dengan mengingatkan agar kita haruslah sering bertaubat kepada Allah swt samada melalui istighfar, solat sunat ataupun qiamullail.. kerana kita mungkin melakukan dosa2 tanpa kita sedar.. dan dosa2 ini boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita dan menganggu amal soleh kita yang lain.. 

Suatu kisah, Sufyan Ats-Tsauri merupakan seorang tabi'in.. abid (org kuat beribadah) yang sentiasa bangun malam mengerjakan solat tahajud dan berqiamullail. Suatu ketika, ditaqdirkan selama 5 bulan dia tidak terjaga dari tidur untuk bgn bertahajud.. Sufyan Ats-Tsauri berasa nikmat bangun malamnya itu telah ditarik oleh Allah swt..

 Lalu dia berfikir, dosa apakah yang dilakukan sehingga Allah menarik kembali nikmat dia untuk melakukan ibadah malam.. Rupa2nya, atas ilham dar Allah, dia tersedar bahawa dia pernah melihat seorang manusia yang menangis ketika solat, lalu dia berkata " Dia adalah orang yang riya'!" di dalam hatinya.. Kerana lintasan hati (dosa bersangka buruk) itu lah Allah menjauhi kan dia dari amal soleh berqiamullail.. Maka terus Sufyan Ats-Tsauri pun bertaubat!

Subhanallah! Tabarakallah.. wlaupun hanya sedikit lintasan hati Allah telah 'menegur' hambanya dengan peringatan begitu.. Apatah lagi kita di zaman ini yang penuh dengan bercakap yang buruk dalam hati, mengumpat, menfitnah dan sebagainya... Makin jauh lah hati kita ini kearah amal-amal soleh.. Lama sungguh saya juga tidak berqiamullail.. :( Moga Allah ampunkan kita..

Kisah kedua, 
Ada seorang ulama' di zaman silam, (tak ingat nama ustazah sebut) menceritakan, kuda tunggangan nya meliar, x mau dengar arahan tuannya, dan isterinya di rumah melawan kata/meninggikan suara kepadanya.. Melihat keadaan ini, lalu dia berfikir, pasti ada sesuatu dosa yang dilakukan yang masih belum dia bertaubat.. 

Mulia sungguh hatinya.. kalu kita pada hari ini pasti akan menyalahkan kuda tunggangan, atau marah pada isteri yang kurang ajar. Kita lebih meletakkan kesalahan pd orang, dan bukan pd diri kita.. 
Astaghfirullah..
Moga selepas ini kita banyak melihat kedalam diri kita kembali.. yang tak kena tu bkn org lain, tp dosa kita sendiri..

Mudah2an menjadi peringatan buat diri yg banyak kekurangan ini...

T.kasih ustazah atas perkongsian..

Friday, July 27, 2012

:: like!::

Salam'alaik..

Sekarang semua sahabat2 ada facebook..
moga media sosial ni digunakan untuk memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.. 

Alhamdulillah, bagus tindakan kita memberi peringatan/nasihat2 kebaikan di status fb kita, tp jangan lupa pula untuk mengamalkan apa yang disampaikan  :)
Sesungguhnya mata kita lah yg paling hampir membaca dan melihat jari jemari yg menaip kata2 nasihat itu.. 

Dan Al-Quran jua lah sebaik2 pemberi peringatan dan khabar gembira kepada manusia yang berakal..



Moga amal kita diterima Allah dan diganjari pahala..Amiin







Thursday, May 17, 2012

:: Baiti Jannati ::

Salam'alaik...


Ups and downs in a relationship of husband and wife are normal.. 
Hablum minaLLah harus dijaga barulah hablum minannas sempurna.. :)
Moga Allah sentiasa meredhai dan merahmati Baitul Muslim kami..


Wassalam

Wednesday, May 9, 2012

:: Tadabbur::

Salam'alaik..

Surah Al-Kahfi banyak pengajarannya..moga bermanfaat untuk sahabat2 juga..

Surah Al Kahfi, ayat 60 - 82 : kisah kembara ilmu Nabi Musa AS & Nabi Khidr. 

Lessons learnt - 
(1) Sabar itu sukar kerana kita tak punya pengetahuan apa hikmah disebalik ujian/cubaan. 
(2) Hanya iman shj lah yg mampu mendidik jiwa utk sabar- utk yakin adanya hikmah yg tersembunyi. Tu sebab `sabar adalah separuh dari iman!' 
(3) tanpa pengetahuan ttg apa yg tersembunyi, kita amat mudah buat judgment, jump into conclusions, sangka buruk dll bila tengok sesuatu di depan mata [ dlm ayat 71, 74 & 77 - Musa buat kesimpulannya sendiri atas semua tindakan Khidr) 
(4) seorg nabi ulul azmi macam Nabi Musa pun mendpt didikan Allah utk sabar, apatah lagi manusia biasa macam kita. Aduhai jiwa, belajarlah utk sabar - bukankah Allah SWT tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya???

Moga Allah beri kekuatan hati dalam menempuh ujian hidup di dunia.. 


Thursday, April 19, 2012

:: No TV before age two! ::

Salam'alaik...

 A close friend of mine share this info with me.. May this knowledge helps us in nurturing our kids positively..

Bahaya TV kepada bayi dan anak kecil
NO TV BEFORE AGE 2!!
-------------------------
Zaman kini TV, internet, Ipad, tab, PSP menjadi kegilaan masyarakat kita. Bukan saja dewasa, malah kanak-kanak pun turut terlibat. Tidak pelik jika sekarang kanak-kanak kecil pun sudah biasa dengan TV, ipad, internet dan seangkatan dengan. Ada juga ibu atau penjaga yang menggunakan TV untuk memudahkan mereka membuat rutin harian. Membiarkan TV ditonton oleh bayi dan anak kecil supaya anak kecil tersebut tidak menangis dan leka menontonnya supaya mereka dapat membuat kerja rumah yang lain.

Antara buku yang saya sangat sukai dalam mendidik anak adalah buku Brain Rules for Baby by John Medina. Bagusnya buku ni kerana setiap hujah disokong oleh kajian yang menyeluruh.

Bagaimana nak membantu perkembangan otak bayi menjadi bayi yang bijak? Salah satunya ditekankan bahaya TV kepada bayi dan anak kecil kerana mengganggu konsentrasi / tumpuan dan kebolehan untuk fokus. Mengikut kajian, setiap tambahan 1 jam TV yang ditonton oleh anak kurang daripada umur 3 tahun, kebarangkalian masalah konsentrasi akan meningkat sebanyak 10% apabila berumur 7 tahun. Murid Pra sekolah yang menonton 3 jam TV setiap hari pula mungkin akan 30% lebih mengalami masalalh konsentrasi/ tumpuan daripada kanak-kanak yang tidak menonton TV.

Bagaimana jika hanya membiarkan TV terpasang tapi tiada yang menontonnya? - 2nd hand exposure - Masih dikira bahaya kerana 'distraction'. Dalam kajian makmal, menunjukkan 'flashing images' dan 'booming soound track' akan menggangu pemikiran dan tumpuan anak kecil termasuklan imiginasi mereka yang sangat hebat.

Saranan daripada American Association of Pediatrics:
" Pediatricians should urge parents to aoid televisions viewing for children under the age of 2. Although certain television programs may be promoted to this age group, reserach on early brain developments shows that babies and toddlers have a critical need for direct interactions with parents and other significant caregiver for healthy brain growth and the development of appropriate social, emotional, and cognitive skills"

Walaupun di pasaran terdapat banyak rancangan TV, internet, CD dan DVD serta game yang kononnya untuk 'educational' dan dapat meningkatkan IQ bayi, tapi kesan yang berlaku adalah sebaliknya.

Antara pertimbangan lain sebelum membuat keputusan untuk membiarkan anak kecil kepada 'screen world' dan TV adalah CONTENT (pengisian) yang akan anak anda dapat daripada menontonnya. Bayi dan anak kecil sangat hebat MENIRU apa yang dilihat. Bayi 13 bulan boleh mengingat sesuatu yang dilihat selama seminggu hanya dengan sekali tontonan. Dan apabila dia berumur setahun setengah dia dapat meniru selama 4 bulan hanya dengan sekali tontonan.

Tapi tidak semua tentang TV adalah buruk. Ia terpulang kepada kandungan rancangan TV yang ditonton serta mengikut umur bayi / anak kecil tersebut. Jadi saranannya:
1- Jauhkan TV daripada anak yang berumur 2 tahun ke bawah. Memang diketahui ia nya sangat sukar untuk dilakukan. Tapi sekurang-kurangnya limit exposure meraka kepada TV - seboleh mungkin.

2- Selepas umur 2 tahun, bantu anak anda memilih rancangan yang hendak ditonton. Fokus kepada rancangan TV yang membantu perkembangan intelektual mereka.

3- Tonton bersama rancangan TV yang anda pilih bersama anak anda akan membantu mereka untuk menganalisa dan berfikir secara kritikal apa yang mereka tonton. Jangan biarkan TV di bilik anak anda kerana itu boleh memburukkan keadaan.

Sumber: Brain Rules for Baby by John Medina

(Copyright Breastfeeding Zone)

Thursday, April 12, 2012

:: Ibu sebagai Pendakwah ::

salam'alaik..

Tajuk entri diatas adalah tajuk rancangan Tanyalah Ustazah di TV 9 yang saya tontoni beberapa  minggu yang lepas.. Rasa agak menarik juga kalau saya kongsikan dengan sahabat2.. Yang baik ambil sebagai bekalan, yang buruk sebagai peringatan... :)

Tajuk episod kali ini agak berat dengarnya kan.. sememangnya ia hadir dengan tangungjawab yang besaaarrr.. :) mencorak nilai diri seorang insan yang suci bersih ketika dia di lahirkan.. 

Kenapa dikatakan pendakwah? Pendakwah ini atau dai'e bermaksud orang yang menyeru atau mengajak manusia kepada kebaikan.. kepada Islam, mentauhidkan Allah yang Esa.. DAN menjauhi larangan2NYA.. Peranan ini ada wajib keatas semua manusia selaku khalifah/pemimpin di bumi ini.. Sebab tulah wujudnya golongan manusia yang menjalankan kerja pengislahan (pembaikan) ini di Malaysia.. antaranya seperti ustaz/ah, tabligh, NGO-NGO Islam, Protaz dan sebagainya yang rata-rata membawa mesej yang sama, iaitu menyebarkan Islaam sebagai cara hidup kepada semua lapisan masyarakat.

Ok, itu lebih kepada definisi,.. dalam konteks saya sebagai ibu, tidak lari dari memikul tangungjawab sebagai pendakwah. Di akhirat kelak Allah akan tanya semula amanah yang diberi ini. Oleh itu sejak dari dalam kandungan lagi sudah bermula didikan tentang Islam kepada anak.

Ibu lah guru pertama bagi anak.. Ibu adalah madrasah (sekolah) pertama mereka.. Sedari kecil, seawal umur setahun, perkenalkan kepada anak tentang Allah dan Rasul.. Lazimkan membaca dan memperdengarkan  ayat2 Al-Quran kepada mereka.. Bukan sekadar nak bagi kenal huruf, atau baca Quran tetapi kalam dari Tuhan mampu melembutkan hati anak agar lebih mendengar kata dan jauh dari gangguan syaitan. 

Dedahkan dengan kisah2 Nabi dan para Sahabat berbanding cerita2 dongeng fantasi.. Anak akan merakam segala ilmu2 itu dalam kotak fikiran mereka walaupun dia kelihatan seperti tidak faham dan belum boleh bercakap.. Tapi bila dia menganjak usia, ilmu2 itu akan 'terkeluar' kembali dalam bentuk perkataan/ucapan dan perbuatannya (amal soleh). Kerana itu ibu bapa perlu menunjukan contoh teladan yang baik kerana tanpa sedar  secara tidak langsung mereka akan mengikut tingkah laku kita.. :)

Tidak dinafikan didikan agama perlu sabar dan konsisten kerana ia memakan masa yang lama..kelak kita sebagai ibu bapa akan sendiri melihat hasilnya.. Ia perlu lah di didik secara bertahap dan perlahan2 sesuai dengan umurnya.. Jangan letakkan peranan membentuk jiwa Islami anak di tangan pusat asuhan dan sekolah taska/tadika semata2.. Ia bermula dari kita, yang membentuk anak mengikut acuan Islam... 


Mungkin ada suara Muharikah (penggerak wanita) Islam di luar sana yang menyatakan kebimbangan untuk berumah tangga kerana  risau akan "syahid" dari medan dakwah kerana sibuk menguruskan keluarga.. Beranggapan bahawa berumahtangga akan merencatkan kerja dakwah mu kepada masyarakat.. 
Anda silap! Untuk mencapai masyarakat yang mengamalkan Islam sepenuhnya, salah satu cara ialah dengan membentuk sebuah keluarga Islam (Baitul Muslim). Perlu diingat, mentarbiyah/mendidik anak adalah satu relung dakwah yang tidak harus di pandang enteng! Bukan kah anak itu kelak yang akan membela dan menegakkan syariat Islam di masa hadapan ketika kita sendiri sudah tidak ada lagi di dunia?? Jangan hanya memandang dakwah dari satu sudut sahaja, ia lebih luas lagi ruang lingkupnya..

Wahai muharikah, lumrah perasaan wanita gembira menceritakan perkembangan anak pada kenalan2nya, bukan perasan, sekadar berkongsi kegembiraan.. anda tidak akan mengerti perasaan itu sehingga anda sendiri yang menjadi ibu suatu hari nanti.. 

sekian, terima kasih kepada Tanyalah Ustazah yang sudi mengupas tajuk tersebut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat itu.. Wallahu 'alam.. Jumpa lagi! 

Wednesday, February 8, 2012

:: Short note ::

Salam'alaik,..

Salam hari Jumaat!

A short note to ponder:

Tahukah anda bahawa antara amalan yang menggugurkan dosa ialah bersalaman atau berjabat tangan dengan orang yang anda temui?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah." 

(Riwayat Abi Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah)

 

Sunnah Ar-Rasul yang mudah diikuti.. Jom amalkan bersama! Selain merapatkan ukhwah, pahala pun dapat insyaAllah.. :)

Wassalam

Friday, January 27, 2012

::Dunia isteri dan ibu::

Salam'alaik..


Kadang kala dalam melayari kehidupan sehari2, terasa juga keletihan dan kelelahan menguruskan rumahtangga.. Kita perlu renungi kembali sirah kehidupan wanita solehah dahulu.. mereka juga wanita biasa yg tidak terlepas dari rutin rumahtangga.. Hadith Rasulullah ada menyatakan :

"Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." ( Riwayat al Hakim )


Kecekalannya mengurus rutin harian rumahtangga hingga melecet kulit tangan, sakit dadanya mengangkat air, kotor bajunya menguli tepung untuk dijadikan roti dan hitam wajahnya memasak di dapur arang, sudah cukup menjadi contoh kepada wanita akhir zaman ini agar tidak terlalu beralasan dalam melaksanakan kewajipan.

Tidak terbayang sukarnya menggiling tepung dengan pengisar tangan berbanding pengisar eletrik ( blender ) yang ada di setiap rumah pada hari ini. Apalah sangat susahnya membersihkan lantai rumah yang berdebu menggunakan pembersih hampagas ( vaccum cleaner ), membasuh baju menggunakan mesin basuh automatik dan lain-lain lagi.



Berbanding wanita mulia ini, apa lah sangat kepenatan kita! Pernah dengar kan kawan2 kisah Fatimah mengadu pada ayahanda nya Rasulullah saw akan kesempitan hidup yg di laluinya?
Jom kita hayati bersama..

Sabda Baginda:

(أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًاوَثَلَاثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ)
Maksudnya : “Mahukah ayahanda tunjukkan kamu berdua kepada apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu.” ( Riwayat al-Bukhari )

Tidak salah jika kita mampu memiliki pembantu rumah, tp mesej yang ingin disampaikan ialah Rasulullah mengajar kita penawar/ubat untuk kita terus kuat melaksanakan rutin kerja seharian. Berzikir itu sebagai sumber kekuatan dan mampu memberi kita keupayaan luar biasa! Subhanallah! :D

Oleh itu berjuang lah wahai isteri! Kata2 indah dari zaujah Ustaz Zaharuddin yang saya petik dari blognya:

"Seandainya kita tidak mengetahui kebaikan berbakti sebagai suri, nescaya kita menemukan betapa menjemukan rutin sehari-hari.

Seandainya tidak tersisip iman dihati nescaya akan terasa beban menjalankan semua ini. 

Seandainya tidak menggunung harapan kepada permata hati tercinta untuk tumbuh menjadi generasi soleh dan solehah, nescaya kita tidak akan sanggup menjalani hari-hari tanpa upah dan gaji.

Seandainya bukan kerana ingin meraih reda ILAHI, nescaya kita akan mensia-siakan bakti kepada suami. 

Dan, seandainya tiada bidadari syurga yang cemburu kepada isteri yang solehah, nescaya tidaklah seorang wanita itu bersusah payah."

Sekian, salam Jumaat yg penuh barakah!

Wassalam :)









Tuesday, November 15, 2011

::Tazkirah Tuesday::

Salam'alaik..

Entri untuk hari ni ialah gambar dari doodle dakwah.. so cute n creative, they use comic as a tool for dakwah, a medium to spread message of Islam.. Usually orang buat entri Wordless Wednesday, so saya pilih Tuesday la pulak.. heheh



Sisters,
sometimes we tend to give so much attention on our appearance, our looks.. but what most important is, the inner beauty, we must take care of our Iman.. Asasnya adalah aqidah yang jelas.. Bila kita meletakkan Allah dalam segala aspek urusan kehidupan, insyaAllah iman akan sentiasa terpelihara.. Iman yang akan mempagari nafsu daripada cenderung kepada hal2 maksiat, lagho dan lain2..

Jangan biarkan hati kosong, sebaliknya penuhkan dengan perkara kebaikan, ilmu bermanfaat/ilmiah agak hati sentiasa hidup untuk mudah menerima hidayah/petunjuk Allah.. Dalam sehari berapa kali kita minta petunjuk dari Allah? dlm bacaan solat kita "Ihdinassiratol mustaqim.." Tunjukkan kami jalan yang lurus.. banyak kali kan? Moga bukan sekadar lafaz dibibir tapi pengharapan kita agar Allah sentiasa pimpin langkah kita ke jalan yang lurus..

Wallahu'alam.. sesungguhnya peringatan diatas adalah lebih dituju untuk muhasabah diri ini yang membaca dan jari jemari ini yang menulis..

Wassalam

Saturday, August 27, 2011

Suratku kepada suami muslim yang mulia

Salamun'alaik..

Satu pengisian yang menarik nak dikongsi.. Jom baca bersama, walaupun agak panjang, tapi amat terkesan di jiwa.. sama2 lah sampaikan kepada suami kita, atau bakal suami anda... :) Dipetik dari blog ketua wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, ustazah Maznah Daud

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.


Wednesday, August 17, 2011

We need Ramadhan..!


Salam'alaik..

Just a thought that I would love to share with others.. Let's muhasabah our amalan/ibadah together, may He lead the way, nsyaAllah.. :) HeppY Ramadhan Kareem everyone!

Ramadhaan is a month of Forgiveness.

Ramadhaan is a month of Rahmah.

Ramadhaan is the month of generosity.

Ramadhaan, the month that Allaah subhaanahu wa ta’ala accepts the Tawbah of the servants, and the month that Allaah blesses His servants.

We are in need of Ramadhaan to correct ourselves, for we have forgotten Allaah tabarak wa ta’ala for the majority of the year.

To correct ourselves for we have been neglectful.

To correct ourselves for we are not upon the remembrance of Allaah.

To correct ourselves because our hearts have gotten hard, some hearts are dead, some hearts are sick, some hearts are stone-cold, some hearts are black, getting no benefit whatsoever. Some hearts are so bad, and so ill that they see a good as a Munkar, (as an evil), and they see an evil as a good. These are not as they should be.

We need a Ramadhaan. We need a Ramadhaan because our connection with Allaah tabarak wa ta’ala is not correct.

We need a Ramadhaan because we do not have any Khushoo or devotion in our Salaah.

We need a Ramadhaan because our Qura’an has dust and is sitting o­n a shelf.

We need a Ramadhaan because we never read the books of Sunnah.

We need a Ramadhaan because we don’t fast, and if we fast physically without food or drink, we don’t fast with our eyes by lowering them and our tongue by not slandering and our tongue by not lying and back-biting. We need a Ramadhaan to get ourselves back in order, to work for the Hereafter, to connect ourselves to Allaah tabarak wa ta’ala.

We need a Ramadhaan because relationships brother to brother and sister to sister is in a miserable condition.

We need a Ramadhaan because we have bad thoughts about o­ne another.

We need a Ramadhaan because of dhulm, injustice to o­ne another.

We need a Ramadhaan because there is backbiting, there is envy, there is jealousy, and there is slander.

We need a Ramadhaan because we are despicable, because we are sick, because we are ill. (All these are diseases of the heart)

We need a Ramadhaan because we don’t believe in the promise of Allaah tabarak wa ta’ala, or if we do, we do not implement it.

We need a Ramadhaan, full of love and the Mercy of Allaah tabarak wa ta’ala..

Credit to: AkuIslam

Wassalam

Thursday, March 10, 2011

:: Al-Insaan ::

Salam'alaik..

Sedikit sharing..



Ya Allah,
moga2 zuriat yg bakal lahir ini memilih jalan yg Engkau redhai..
Bantu lah kami mendidik anak kami dengan ISLAM sebagai cara hidupnya.. [di zaman yg penuh dengan godaan duniawi..]
Moga amanah yang Engkau titipkan ini mampuku laksanakan sedaya upaya ku..
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan dariMu jua Ya Rabb..

Mode: Berazam moga mampu menjadi ibu [yang merupakan madrasah pertama] untuk anakku dalam mengenal Pencipta Yang Maha Agung dan Ad Deen yang suci ini.. Ameen~

~Rabbi Habli Minassolihin...~
18 days more..insyaAllah..

Wednesday, November 24, 2010

::Sedekah::

Salam'alaik..

Tetiba saya dan suami terfikir tentang planning jangka masa panjang untuk menambah sumber pendapatan kami untuk kehidupan akan datang.. Ehm, bagaimana agaknya kita membelanjakan harta/duit yang Allah telah tentukan buat kita sehari-hari? Setiap orang rezeki kewangan berbeza2, ada yg melimpah ruah, gaji besar, ada yang sekadar cukup2 makan je.. Apepun, bak kata orang, it's how u spend that matters, rather than how much u have..

Kalu kita sendiri yang tidak bijak menguruskan kewangan, memang hujung bulan x sempat ler jawabnya nak menyimpan.. Bagi saya, since kawin nilah makin mencabar nk menguruskan kewangan dengan baik.. Dulu single2 boleh la guna duit totally 100% untuk diri sendiri.. huhu. Bila dah kawin, a few things need to be considered, tak semua boleh ikot kepala sendiri je.. It's true our money belong to ourselves, tapi toleransi dalam rumahtangga tu sangat la perlu.. Kenalah belajar to support cost of living together.. Most importantly, save some amount every month, in case we need to use extra money in an unexpected circumstances..

Dalam pada kita nak manage kewangan dan plan side income kita tuh, saya mengingatkan diri dan kawan2, jangan lupa untuk menginfakkan/sedekah sebahagian harta kita kepada yang lebih memerlukan.. Besar atau kecik jumlah itu tidak penting, yang utamanya ialah keikhlasan memberi itu yang dinilai Tuhan.. Sedekah ini bukan sahaja membersihkan harta kita, malah mendidik hati membersihkan jiwa dari sifat kedekut, possesif, tamak, dan sifat terlalu sayangkan harta dunia..

Bukan tu aje, menurut sebuah hadis sedekah dapat memanjang umur [dengan niat bertambah la amal ibadat], dijauhi bala bencana dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk..

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

Kita pun yakin kan sesungguhnya lebih banyak kita memberi, lebih banyak rezeki kita akan terima kembali.. Allah juga menjanji apabila kita bersedekah, rezeki akan berlipat ganda dan Allah ganti kan dengan yang lebih baik lagi daripada apa yang kita berikan itu.. Hebat kan offer Allah pada kita? Tinggal kita je nak sedekah or tidak... ^____^

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". ( Saba' : 39)

Memberi apa yang kita sayang [duit, harta benda] tulah yang susah, tapi itu lah yang besar pahalanya..

PS: Em, duit insuran saya bayar setiap bulan tu boleh dikira sebagai sedekah la kan? hee.. [since saya tak pernah claim pun lagi]

Wallahu'alam