Showing posts with label annoucement. Show all posts
Showing posts with label annoucement. Show all posts

Monday, December 24, 2012

:: Review di hujung tahun ::




Salam'alaik..

Dah nk hujung tahun dah.. review sepanjang 2012:

-seronoknya saya menjadi suri rumah..ahaha.. setahun lebih tak berkerja mengurus rumah dan saya menjaga anak sendiri.. penat yang amat..tp penuh senyum tawa.. benar lah kata org, anak itu penyejuk mata dah penwar hati ibu bapa.. :)
- Bulan Mac Arsyad genap setahun.. ada sebaya pulak dgn anak abg, apa lg wat celebration la satu keluarga.. anak sulung la katakan.. umi abi dia yg terlebih excited nk celebrate.. :p 
- Bulan April kami mula belajar hidup sendiri.. Mula berpindah dari tinggal di rumah mak ke rumah sewa dan berdikari hidup sendiri.. Bukan mudah rupanya mengurus kehidupan..berkeluarga! [walaupun baru anak sorang okehh..] kalu single x pe lg..huhu.. 
- Bulan Jun.. sambutan seperti thn lepas.. mkn2 je for our anniversary.. :)  Kejap sgt dh 2 tahun.. Moga Allah terus rahmati dan redhai perkahwinan kami hingga ke syurga!
-Bulan Julai birthday encik hubby.. :)
-Bulan September hubby pindah tempat kerja lagi.. Alhamdulillah, with a better salary..haha.. Syukur dpt offer cpt, kalu tak dua2 tak keje la jwbnya..huhu
-November abangku yang terakhir menamatkan zaman bujang.. busy jgk buat tempahan cookies and bantu persiapan nikah abang..
- And now DiSeMbeR...
1. Pergi ke kenduri Syazlina dan Azman di Taiping.. Sempat sekali bawak Arsyad gi Zoo Taiping.. Belajar tgk haiwan-haiwan kat sana.. He's very excited learning different kinds of animals.. hihi
2. Dapat offer interview kerja di sekolah kawan berhampiran rumah.. will become a teacher insyaAllah.. Interview mcm ok.. Mudah2an diterima.. It's been a looooong time dah tak keje.. Nak start engine balik rasa kekok pulak..huhu

Let's be a murabbi that does not only teach but guide them to be a practicing muslim and a muttaqin, insyaAllah..
3. Congrats to my sister and my friends who have 2012 babies.. :) May your life full with joy and delightful! I hope my turn is next year...ehehe..

Wallahu'alam.. May 2013 brings more rahmah and hasanah to all of us.. Ameen..



Monday, October 15, 2012

:: Kelas Roti terbaekkk! ::

Salam'alaik..

Tajuk entry mcm gempak je kan.. Kisahnya, saya attend ke kelas belajar wat roti di Gombak sabtu lepas atas sponsor dari suamiku.. ehehe.. so saya pun pegilah.. saya pun mmg minat baking, tambah lg kalu kita boleh buat sendiri, mengapa perlu beli di luar kan? 

Nak buat sweet bun ni tak susah tp perlu teliti dari segi sukatan bahan, timbangan, pemerapan semua.. kalu silap sikit, roti pun kurang jadi lah.. banyak tips yg saya pelajari dari kak Wan (pengajar) berkaitan ilmu roti ni.. so share sikit dgn kwn2 pictures yg sempat tangkap dr hp yg x seberapa ni.. 

Gambar sebelum masak...

 milk bun, sosej roll, sosej octopus

 red bean bun dlm bentuk bunga n stripe


selepas bakar... ini lah hasilnya.. tadaaa...!

 red bean buns

 sosej bunga, n cheese bun (sticks)

chicken floss

 milk bun, coconut bun, 
garlic bread, Mexican bun 

Memang best..! Arsyad n abi nya suka sgt.. dh mkn roti, nasi tak mkn pun x pe.. huhu.. lepas ni mesti rajin nk buat lg.. 

Terfikir nk gi kelas frozen food pulak pasni.. emm, insyaAllah mudah2an ada peluang lg..

Jumpa lagi!


Saturday, December 31, 2011

:: Cheerful December::

Salam'alaik...

Aduhai, lamaa sungguh tak menaip.. cukup sibuk bulan ni dengan beberapa urusan..
Alhamdulillah,  kongsi sikit dengan kenalan2 ku yg sudi membaca tentang beberapa peristiwa bulan Disember ni.. Taraaaa...~

One: Hubby start kerja tetap as mechanical eng.. agent rumah has become his part time job.. :)

Two: Saya start mengajar tuition awal bulan ritu.. Teacher Samihah.. Seronok mempunya anak didik nih! :D

Three: Arsyad genap 9 bulan pada 22hb Disember lalu.. Alhamdulillah, he's prominent development are; he can wave good bye to people and drink from a glass using a straw! pandai sedut..nyum2..tp gelas tu kita ler kena pegangkan..kang dia baling je! hehe. Ajar sebut ummi, tp "mam-ma!" jugak yg dia sebut.. Aiseyy.. (-.-)"
He try to stand on his own, tapi masih lemah.. just a few sec, then dah pegang balik furniture.. huhu.. never mind, good try!

 Laju je budak nih merangkak mengutip benda2 di lantai..huhu

Suka buat mata macam tuh.. acting cute la konon...heheh :p

Four: We have decided to move out..soon.. Januari ni InsyaAllah.. Sewa rumah yang dekat dengan tempat kerja hubby.. try to live independently.. ada pro and cons nye tinggal dengan parents.. Amat seronok sekali duduk dengan family coz they are soo reliable in every aspect..tentunya banyak benda mereka bantu kami.. Tak keterlaluan jika saya kata, mereka benar2 banyak membantu.. 
Tapi,bila dah setahun setengah kawin ni, we think we need to challenge ourselves..belajar menguruskan rumahtangga sendiri secara keseluruhannya.. Berat sekali mengambil keputusan ini apatah lagi bila Arsyad sangat manja dengan Tok nya.. Suka bermain dengan Hamzah (sepupu yg sebaya) di rumah ni.. Fuuhh... It is NOT easy for us.. Mohon doa nya ye.. :) Pindah ke mana..?Haa.. rahsia dulu, nanti saya share bila selesai angkut2 barang semua.. hehee

Ok tu jelah dulu.. segan pulak nk cerita banyak2..huhu.. Till then, jumpa lagi kawan2! Selamat ke tahun 2012.. Moga tahun yang penuh rahmat dan keberkatan dariNya.. Amiin




Thursday, December 15, 2011

::Teacher, a huge responsibility::

Salam'alaik..

Just to share with dear friends, for the past few weeks, I went for an interview as a school teacher in Subang Jaya. [integrated Islamic school] :)
Alhamdulillah, semua baik2 aja, cuma, saya prefer diberi subjek akademik, tetapi kekosongan hanya pada jawatan guru subjek agama sahaja. Jika ada kekosongan kelak, saya akan dihubungi. 

Kemudian, satu pusat tuisyen yang pernah saya kunjungi ketika ingin mencari kerja part time suatu ketika dulu menghubungi saya awal bulan ritu.. Saya diterima mengajar disana, alhamdulillah! Subject science Form 1 dan Math year 3 & 4. Inilah peluang untuk saya menimba pengalaman dahulu sebelum benar2 mengajar di sekolah. Sangat bersyukur! 
Saya mula revise, check on latest syllabus, search for notes and exercises from various reference books..hihih.. Tidak ketinggalan, bantuan dari encik Google juga... :p

Bagi saya, peluang untuk mengajar ini adalah satu relung yang benar2 boleh dimanfaatkan untuk mendidik  mereka sebaik mungkin.. suka saya memetik kata2 seorang sahabat, 

"Knowing that we have a great chance each day to impact the lives of the young in our school is a tremendous responsibility, but it is also a wonderful opportunity..."

Tapi harus diingat, tanggungjawab mendidik anak2 sebenarnya BUKAN lah terletak di bahu guru 100%, tapi ibu bapa sendiri yang mencorak akhlak dan peribadi, memberi pengaruh terbesar kepada anak2.. Charity begins at home! 

Betul tak kawan2? hehee..


Walaupun sekarang ada kerja sampingan, saya masih dapat spend banyak masa dengan Arsyad.. Hanya 2 kali seminggu je mengajar.. very flexible..

Dah kawin 1 tahun setengah, bila agaknya akan duduk sendiri? haaa.. someday insyaAllah.. the time will come.. kami merancang, Allah jua merancang yang terbaik untuk hambaNya..

Wallahu'alam. Wassalam.

Thursday, November 24, 2011

:: Begedil Daging November ::

Salam'alaik..

First time buat sendiri begedil.. Resepi dari mak mertua..
Oklah, Alhamdulillah sedaapp! tak sampai ke petang, dah habiiss.. kegemaran suami saya.

Buat begedil ni kelmarin, 22 November lalu, sempena Arsyad genap 8 bulan dan kebetulan juga adalah tarikh ulangtahun pertunangan saya..hehe.. 2 years back with encik K, yang kini ialah my beloved hubby! :) 

Ok, saje nak share dan upload gambar yang x brapa cantik ni.. Jumpa lagi!

Wassalaam

Friday, June 10, 2011

::Seminar Ibu 2011::

Salam'alaik..

Kongsikan sikit di sini hebahan program amjuran dari wanita IKRAM pusat.. Bagi kawan2 yang berkelapangan, ayuh kita tambahkan ilmu bersama dengan mendengar perkongsian daripada gen X yang berpengalaman dan aktif dalam medan dakwah pada masa yang sama seorang ibu yang luar biasa.. :)

Butiran maklumat seminar seperti berikut:



Ahli panel yang hebat2, hubungi no telefon yang tertera untuk pendaftaran..

Jumpa lagi!

Wassalam

Friday, March 4, 2011

::Little Hamzah!::

Salam'alaik..

Alhamdulillah, tiada ungkapan yg lebih utama selain pujian2 pd NYA atas kurniaan zuriat, penyejuk hati ayah dan ibu.. Bertambah orang baru dalam keluarga, anak buah saya yang ke-11 selamat lahir pada 1 Mac 2011.. Cantik birth date dia, senang nak ingat.. ehee.. Here's some pictures of my newborn nephew.. cute little boy... Moga menjadi anak soleh, hambaNya yang akan menegakkan Ad-Din Allah di muka bumi.. Be a good boy, mak su loves u!!

Assalamu'alaikum..! emm, sedapnya dapat tido lepas kenyang minum.. ^___^

2nd day.. on the way balik dari PPUM..

Nama ibu: Saniyah, Baby's weight: 2760gm, Baby's lenght: 49.7 cm, Normal delivery

A couple of hours after birth... "Kuat betul saya nangis, kata ibu saya!"

Dear Hamzah,

sama2 la kita tunggu cousin Hamzah lahir pulak nye... Nanti ada kawan main bola sama2... ^_____^

Wednesday, February 16, 2011

::Hepi 24th Birthday Sue!::

Salam'alaik..

Semalam birthday cik sue, 15 Febuari 2011.. hari ni baru buat entri utk dia..hehee

Selamat Hari Lahir Sue..
ahaaa.. sudah 24 tahun kamu..!
Moga sentiasa bahagia dan dapat menyempurnakan pengajian Master anda dengan jayanya..
Sudah jadi pengapit saya, tak lama lagi kenduri kawin anda pula ya! ^_____^
Love u sue! Have a wonderful birthday!

Mia-Sue :) 8 years friends forever!

Monday, January 31, 2011

Perutusan - sempena peristiwa besar yang berlaku di Egypt

Salam..
Dikongsikan emel dari Naqib Net Diskusi..
29 Jan 2011
************************************

BICARA YDP
Oleh Pengerusi IKRAM Selangor

Assalamualaikum wmt wbkth

Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Gamel Abd Nasir yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.

Hari ini kuasa dan taringnya sudah hilang dan lesu. Kukunya sudah hilang dan lembik tidak mampu lagi menahan kemarahan bangsanya sendiri. Ini adalah satu pengajaran buat para Diktator manapun di dunia ini. Memerintah dengan adil dan kasih sayang atau menerima ancaman kemarahan rakyatnya sendiri.
Imam Hassan Al-Banna pernah dalam tulisannya mengatakan kepada pemerintah Mesir waktu itu agar melakukan perubahan. JIka mereka gagal melakukannya rakyat akan bangkit bukan disebabkan oleh Ikhwanul Muslimun (IM) bahkan oleh kezaliman dan kebodohan regim mereka itu sendiri yang gagal menerima seruan dan nasihat. Hari ini Ikhwan Muslimun Mesir menyeru rakyat untuk bertahan dan bersatu menentang regim ini dengan sabar dan aman. Mereka adalah harapan baru bagi ummah dan kini hampir puluhan pemimpin tertinggi IM ditangkap. Kita semua berdoa agar mereka segera dibebaskan dari tahanan. IM telah lama bersabar dengan dakwah dan seruan mereka yang bijaksana. Mendidik masyarakat dengan Islam dan mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam sejak ianya diasaskan.

IM pernah menerima gegaran penangkapan dan pengharamannya serta penyiksaan ribuan anggotanya disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Regim Jamal Abd Nasir. Namun IM tetap tabah dan thabat mengharung tempoh penyiksaan, pembunuhan dan pemenjaraan yang sangat panjang. Regim ini telah membunuh jiwa rakyatnya dengan rasa takut kepada kekejaman serta tekanan polis-polis rahsianya yang sentiasa berada di mana-mana. Kini seminggu lepas Regim Tunisia berakhir, kemarahan rakyat Tunis menjalar ke bumi anbiya ini. Kini rakyat yang telah ditekan terlalu lama mula berani membuka segala penjara ketakutan mereka selama ini. Mereka sudah terlalu lama oleh tekanan "under siege" yang menyebabkan jiwa mereka tertekan dan tidak berani menyatakan tidak kepada Regim zalim selama ini.

Kita berharap esok Regim ini akan musnah. Esok kita berharap satu perubahan baru dalam landskap politik Mesir akan berlaku. Reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial serta pendidikan akan membuka pintu baru bagi Mesir yang baru. Ini tidak bermakna dakwah dan jihad telah selesai. IM akan terus bekerja melakukan perubahan ini. Menawarkan solusi dan kebijaksanaan baru bagi bangsa Mesir dan demi kebaikan ummah di sana.

Saya menjangkakan satu kudeta akan berlaku di Mesir jika kerajaan sedia ada gagal menerima kemarahan rakyat hari ini. Namun adalah diharapkan ianya akan bersifat sementara sebelum diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang terbaik dari putera-putera Mesir yang baik dan dan beriman. Di sinilah peluang bagi dakwah IM. Jika sebelum ini IM ingin mendaftarkan parti politik tidak dibenarkan dan IM terus diharamkan, kita berharap semua ini akan berubah dalam seminggu hingga beberapa bulan reformasi di Mesir ini akan berlaku. Jika reform benar-benar berlaku, IM akan mula dihalalkan. Akan mudahlah dakwah ini menyampaikan risalahnya tanpa rasa takut lagi. Parti Politik IM akan didaftarkan, maka mudahlah para politik IM beraksi di pentas politik Mesir membawa cita rasa dan idea Islam dalam negara ini. Jika berlaku reform, akan bebaslah semua tahanan politik Mesir sejak sekian lam yang duduk di bawah tanah dan penjara yang gelap dan kotor itu. Kita doakan semua tahanan IM akan bebas. Moga Naib Mursyid IM Ir Khayrat Shatir akan bebas dari mahkamah tentera sejak sekian lamanya. Moga semua mereka akan bebas dengan izin Allah SWT

Malam ini bangunan parti pemerintah Hosni Mubarak sambungan Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Ini adalah hari akhir buatnya dan para penzalim. Esok adalah hari kebangkitan baru buat Mesir. Moga Allah SWT akan terus memberikan keberanian kepada putera-putera Mesir untuk menyatakan " down! down Gamel" . Saya yakin samada beliau akan lari meninggalkan buminya ke negara lain atau beliau akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas segala kezalimannya sejak 30 tahun yang lalu. Selamat tinggal Hosni Mubarak dan selamat datang hari kebahagian buat Bangsa Mesir ' Viva Egypt!".


Ikhwah dan akhawat. Ini menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar
maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).

Firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan
Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).

Firman Allah yang bermaksud;
"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat
kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al
Qasas:83).

Segala kebenaran hanya milik Allah SWT
Kepada Pemangku YDP IKRAM SEL Hj Mazmi terima kasih dan selamat terus beramal dan berjuang.

Faqir Ilaihi
Saudara kamu
Shamsul Ma'arif Hj Ismail

(kini di Oxford UK)

Friday, November 26, 2010

::Pregnancy cartoons!::

Salam'alaik..

It's been 22 weeks already.. half way through.. Ya ALlah, moga terus di beri kekuatan.. I come across these funny cartoons.. haha.. Ada banyak lg, ni sebahagian je.. Share kan kat sini untuk semua..

Sumber dari Baby Gaga

Jangan la pegi shopping baju dengan org yg slim2.. buat anda rase diri gemuk..huhu :p

Ouh! saya lah nih... mood selalu jadi sensitif, wlaupun hal yang kecik2 aje.. hormone changes..

hihi... preggy mum selalu mcm ni kot.. in my case, saya mkn sikit je, tp secara kerap..


Hahaa.. b'tanya lah doc selalu jika ada sebarang kemusykilan.. dah 1st time, byk ler kena belajar..


True indeed! Kalu org tanya memang tu jwpn saya.. IF ONLY i could just ignore all the...............

hehe.. Alhamdulillah, my weight gain accordingly.. Tak lah terlalu banyak atau terlalu sikit.. [suke jgk mkn chips2 nih]

Announcement to all parents and parents-to-be! There will be an exhibition this weekend in Mid Valley.. For first time mother like me, you are highly recommended to go to this exhibition.. Usually masa ekspo macam ni lah ada harga diskaun sikit untuk barangan keperluan ibu dan bayi.. Actually saya pun tak pernah pegi lagi, so tak tahu nak komen sangat.. Anyway, here's the details:

1st Malaysia Baby, Children & Parents Expo
26 - 28 November 2010
Halls 1, 2 & Atrium
The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd
Public - Free Admission

Next check up 8th Disember.. Risau pulak nak tau result blood test saya.. haih.. harap2 bleh tau baby's gender soon..! ^____^ Mohon doa kawan2..

Wassalam

Monday, June 21, 2010

Majlis Pelancaran IKRAM Malaysia 20 Jun 2010

Salam'alaik..

Di kongsikan pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia semalam 20 Jun 2010 di MIECC, Seri Kembangan. Alhamdulillah sempat menghadiri nya.. ^____^ seronok berjumpa ikhwah akhwat yang ramaaaai sangat di event bersejarah camni...

Lagu IKRAM pun penuh semangat.. jom nyanyi!

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne

Lagu oleh: Saff One

Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan


Hari ni dah masuk paper Utusan Malaysia berita pasal pelancaran IKRAM semalam.. jemput bace:




Ukhwah Teras Kegemilangan merupakan cogan kata IKRAM.. Moga ikatan ukhwah kita semua saling membantu gerak kerja dakwah dalam usaha ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia.. Amiin.


Entry terakhir dengan status cik Samihah Mohd Nor

Tuesday, June 1, 2010

::Memorandum ke US Embassy::

Salam'alaik..

Dunia hari ni digegarkan dengan serangan dan pencerobohan tentera Israel LaknatuLLah ke atas Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza semalam, 31 May 2010. Kebiadapan Zionis tidak dapat di sangkal lg, seluruh masyarakat antarabangsa mengecam tindakan mereka dengan melancarkan demonstrasi bantahan, rata-rata nya di negara Arab dapat di lihat semalam.. Dan hari ni, kita semua akan berkumpul di Tabung Haji, Ampang dan berarak ke US Consulate untuk menyampaikan Memorandum bantahan.

MEMORANDUM

CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA

Tuesday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.

b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.

c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza.

The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the besieged people of Gaza.

The fact that this raid took place on unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza. These include:

a) Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla.

b) Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla.

c) Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured.

d) Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.

e) Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN

MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

AQSA SYARIF

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA

PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)

YAYASAN AMAL

PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA

VIVA PALESTINA MALAYSIA

DEWAN PEMUDA MASJID

ANGKATAN BELIA MALAYSIA

GLOBAL PEACE MALAYSIA