Alhamdulillah, masih di beri nikmat Islam dan Iman.. tanpa sedar, sudah menghampiri hujung tahun pun kita.. Dalam masa setahun, banyak taklifan yang saya pegang... Tapi sejauh manakah amanah yang diberi itu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya? em, perlu muhasabah kembali..
Amanah saya sebagai Khalifatul Ard, hamba Allah, anak, isteri, pekerja, semua nya akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.. mampukah saya memberi jawapan yg terbaik di hadapan Allah?
Taujih baru-baru ni daripada seorang murabbi benar2 mengesan di hati saya.. Di kala hati rasa agak lemah, down, dan tak semangat, tazkirah itu menyentak hati untuk kembali kuat..
Mari lihat kembali 'perjalanan kehidupan' ini, dimana 'destinasi' yang ingin kita tuju akhirnya nanti? pastinya sebagai seorang muslim, syurga Allah itu destinasi akhir kita.. Dan pastinya dalam perjalanan ke destinasi itu, pelbagai mehnah, masalah dan cabaran yang kita akan lalui..
Begitu juga bila mana kita berada di jalan dakwah, tanggungjawab/taklifan kita akan diselang seli dengan masalah dari faktor2 seperti kerjaya, belajar, kesibukan peribadi, keluarga, rumah tangga, [and the list goes on] yang kita perlu hadapi selayaknya sebagai hamba Tuhan.. Bukan menjadikannya sebagai alasan untuk mensia2kan/ambil lewa amanah yang telah kita pegang.. Jalan dakwah itu sendiri bukan kita orang pertama yang melaluinya, Rasulullah dan para sahabat telah pun memulakannya, kita hanya meneruskan rantai perjuangan mereka..
Seharusnya terima lah amanah itu dengan hati yang lapang, dan sebagai satu pengiktifan dari Allah.. Sedangkan kita sering berdoa sehari-hari pada Allah agar menjadikan kita pemimpin bagi orang2 bertaqwa, jadi mengapa amanah itu tidak diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin?
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al -Furqan:74
Mungkin kerana penat, letih, susah antara asbab mengapa kita lesu dalam meneruskan perjalanan di jalan ini.. tapi ingat lah tabiat ad deen ini bahawa laksanakan amal dahulu, dan ganjaran Allah akan menyusul selepas itu.. Yakin lah, itu janjiNya..!
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan Al - Fatihah:5
Solat dulu (iyyakanakbudu), pertolongan Allah akan datang selepas itu! (iyyakanasta'in)
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Surah At - Talaaq:2
Bertaqwa pada Allah dulu, kemudian Allah beri jalan keluar pada permasalah kita.
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu Surah Muhammad : 7
Kita tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita kembali..
Nah, lihat begitulah aturannya.. Agama ini begitu sifatnya.. Tapi kita manusia sering tidak sabar dan mengharapkan balasan/pertolongan Allah itu serta merta.. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan kita pada tsabat jalan ini, ketaatan kita sebagai hamba.. Jalan ke syurga penuh dengan benda2 yang dibenci nafsu.. Kalu kita mampu mujahadah melawan hawa nafsu, insyaAllah kita mampu sampai ke destinasi syurga Allah..
Bagaimana untuk kuat melawan? Di sini lah terletaknya tarbiyah dzatiyah.. mutabaah amal yang kita harus selak dan revise kembali..
Bila kita sudah jelas matlamat destinasi mana kita nak pegi, semangat untuk pikul amanah itu kita akan gagahkan jua untuk laksanakan..
Kita singgap kembali kisah Ka'ab bin Malik dalam Perang Tabuk, di mana beliau tidak mengikuti Rasulullah berangkat ke medan perang dek kerana kelalaiannya menguruskan harta perniagaannya.. Beliau berusaha memberikan alasan yang terbaik kepada Rasulullah dengan harapan supaya tidak dimarahi oleh Baginda. Tapi beliau berasa sangat bersalah tidak ikut ke medan perang dan akhirnya mengakui akan kesalahannya..
Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi Allah. Aku sadar kalau aku berbicara bohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku khawatir Allah akan membenciku. Kalau kini aku bicara jujur, kemudian karena itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku. Ya Rasululah saw., demi Allah, aku tidak punya uzur. Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil disbanding tatkala aku mengikutimu itu!” Rasulullah berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”
Sumber: Kisah Ka'ab b Malik
Lihatlah mulianya kejujuran Ka'ab bin Malik.. Ibrah dari kisah ini, kita mungkin boleh memberi seribu satu alasan/dalil/hujjah kepada ketua kita, naqib, pemimpin atas tanggungjawab yang kita pegang, tapi kita harus ingat, Allah jua lah yang memberi balasan di penghujungnya kelak..
Moga menjadi peringatan buat diri yg selalu alpa..
Salam Eidil Adha~
:: Malam ni pulang ke Ipoh menyambut raya :) ::
0 comments:
Post a Comment