Tuesday, December 28, 2010

::90 days to go~ I'Allah::

Salam'alaik..

Wah.. sudah semakin hampir.. lagi 90 hari nak deliver.. kalu betul lah tepat2 pd 28 mac 2011.. Kalu lebih awal or overdue, wallahu'alam.. bila2 pun, pasti waktu yg terbaik yg telah Allah tentukan...

dalam hujung 2nd trimester ni baru rase really2 pregnant.. eheh. Sebelum ni rase dan sedar la dah pregnant, tp boleh naik turun tangga dgn lajunya lagi mcm biasa... tp sekarang rasa byk pula limitasinya.. current weight is 53.5kgs.. tak tau bila dah full term, brapa agak2 nya naik..? 60kgs cukup la ek.. Baby jgn besar2 sgt tau... huhu.. :) Ya Allah mudahkan lah urusan melahirkan kelak.. Hanya dari MU sumber kekuatan ku.. Selain bacaan surah Al-Quran, saya ada amalkan bace doa ni... Doa utk anak dalam kandungan:

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Bace juga doa dari Al-Quran..:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Al-Nahl 16:78)

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' 21:87)

Kita berusaha, Allah jua yang memberi rahmat kasih sygnya.. Saya dan suami dan start fikir nama anak.. hehe.. wait n see lah ye..

Last weekend, family gathering di Deruan Damai, Janda Baik.. Chalet kepunyaan sepupu abah.. so dapat la menginap dengan harga half price.. sangat seronok dengan environment yang nyaman dan mendamaikan.. lama tak rasa suasana begini..

Saya amik gmbr pemandangan di sana.. suka nak pegi lg tempat2 yang penuh dengan warna hijau macam ni..

Ni kawasan dapur... di tepi tu ada set masak BBQ.. dinner dan lunch makan BBQ; ayam, dagingnya telah siap diperap dan dibawa dari rumah

Istirehat ditepi tasik.. Ada beberapa ekor itik berenang2 di sini.. Ikan pun penuh, dia bagi kita memancing kalu mau.. ada joran disediakan...

Ni ruangan rehat, mak abah sedang tgk tv..ada recorder Astro, just bawak kita punya smart card and slot in dalam recorder tuh.. wifi streamyx pun disediakan.. best!
Sungai dibawah jambatan kecil tu sejukk sgt airnya.. anak2 buah saya bermandi manda disitu pagi2.. saya juga berendam sekejap.. baby pun suke! hee

tu lah chalet tempat penginapan.. selesa dan kemas.. ada 4 buah semuanya..

Ni di dapur, tempat memasak.. Pagi2 breakfast nasi goreng dan telur.. Roti bakar dan air teh panas.. Semua peralatan masak disediakan, tinggal bawa bahan mentah je..

Ni katil dalam rumah besar.. Khas utk mereka yg berkeluarga dan ada anak2.. chalet tadi kecik je..

comel kerusi dan meja nih.. rase nk beli satu letak kat rumah..eheh

di luar rumah besar tu.. comel jugak kerusi dia.. pandai lah mereka hias resort nih.. penuh dengan ukiran kayu dan rotan..

Toilet pun cantik..

Katil dalam chalet.. kecil tapi selesa..

Okeh, tu dulu.. next wik nak pegi Ulu Tamu, Batang Kali pula.. tempat adik2 MHi berprogram.. dengarnya ada sungai jugak..
haaa.. x sabar tunggu weekend nih!

Wassalam

2 comments:

K.I.N.A said...

bestnye ada sedara punya chalet..hehe..90 days to go..;)

AkrAm Shamsuri said...

moga Allah permudahkan.... :)

Post a Comment