Tajuk entri diatas adalah tajuk rancangan Tanyalah Ustazah di TV 9 yang saya tontoni beberapa minggu yang lepas.. Rasa agak menarik juga kalau saya kongsikan dengan sahabat2.. Yang baik ambil sebagai bekalan, yang buruk sebagai peringatan... :)
Tajuk episod kali ini agak berat dengarnya kan.. sememangnya ia hadir dengan tangungjawab yang besaaarrr.. :) mencorak nilai diri seorang insan yang suci bersih ketika dia di lahirkan..
Kenapa dikatakan pendakwah? Pendakwah ini atau dai'e bermaksud orang yang menyeru atau mengajak manusia kepada kebaikan.. kepada Islam, mentauhidkan Allah yang Esa.. DAN menjauhi larangan2NYA.. Peranan ini ada wajib keatas semua manusia selaku khalifah/pemimpin di bumi ini.. Sebab tulah wujudnya golongan manusia yang menjalankan kerja pengislahan (pembaikan) ini di Malaysia.. antaranya seperti ustaz/ah, tabligh, NGO-NGO Islam, Protaz dan sebagainya yang rata-rata membawa mesej yang sama, iaitu menyebarkan Islaam sebagai cara hidup kepada semua lapisan masyarakat.
Ok, itu lebih kepada definisi,.. dalam konteks saya sebagai ibu, tidak lari dari memikul tangungjawab sebagai pendakwah. Di akhirat kelak Allah akan tanya semula amanah yang diberi ini. Oleh itu sejak dari dalam kandungan lagi sudah bermula didikan tentang Islam kepada anak.
Ibu lah guru pertama bagi anak.. Ibu adalah madrasah (sekolah) pertama mereka.. Sedari kecil, seawal umur setahun, perkenalkan kepada anak tentang Allah dan Rasul.. Lazimkan membaca dan memperdengarkan ayat2 Al-Quran kepada mereka.. Bukan sekadar nak bagi kenal huruf, atau baca Quran tetapi kalam dari Tuhan mampu melembutkan hati anak agar lebih mendengar kata dan jauh dari gangguan syaitan.
Dedahkan dengan kisah2 Nabi dan para Sahabat berbanding cerita2 dongeng fantasi.. Anak akan merakam segala ilmu2 itu dalam kotak fikiran mereka walaupun dia kelihatan seperti tidak faham dan belum boleh bercakap.. Tapi bila dia menganjak usia, ilmu2 itu akan 'terkeluar' kembali dalam bentuk perkataan/ucapan dan perbuatannya (amal soleh). Kerana itu ibu bapa perlu menunjukan contoh teladan yang baik kerana tanpa sedar secara tidak langsung mereka akan mengikut tingkah laku kita.. :)
Tidak dinafikan didikan agama perlu sabar dan konsisten kerana ia memakan masa yang lama..kelak kita sebagai ibu bapa akan sendiri melihat hasilnya.. Ia perlu lah di didik secara bertahap dan perlahan2 sesuai dengan umurnya.. Jangan letakkan peranan membentuk jiwa Islami anak di tangan pusat asuhan dan sekolah taska/tadika semata2.. Ia bermula dari kita, yang membentuk anak mengikut acuan Islam...
Mungkin ada suara Muharikah (penggerak wanita) Islam di luar sana yang menyatakan kebimbangan untuk berumah tangga kerana risau akan "syahid" dari medan dakwah kerana sibuk menguruskan keluarga.. Beranggapan bahawa berumahtangga akan merencatkan kerja dakwah mu kepada masyarakat..
Anda silap! Untuk mencapai masyarakat yang mengamalkan Islam sepenuhnya, salah satu cara ialah dengan membentuk sebuah keluarga Islam (Baitul Muslim). Perlu diingat, mentarbiyah/mendidik anak adalah satu relung dakwah yang tidak harus di pandang enteng! Bukan kah anak itu kelak yang akan membela dan menegakkan syariat Islam di masa hadapan ketika kita sendiri sudah tidak ada lagi di dunia?? Jangan hanya memandang dakwah dari satu sudut sahaja, ia lebih luas lagi ruang lingkupnya..
Wahai muharikah, lumrah perasaan wanita gembira menceritakan perkembangan anak pada kenalan2nya, bukan perasan, sekadar berkongsi kegembiraan.. anda tidak akan mengerti perasaan itu sehingga anda sendiri yang menjadi ibu suatu hari nanti..
sekian, terima kasih kepada Tanyalah Ustazah yang sudi mengupas tajuk tersebut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat itu.. Wallahu 'alam.. Jumpa lagi!
0 comments:
Post a Comment