Monday, December 31, 2012

:: Arsyad's new "house"

Salam'alaik..

Bulan Disember adalah bulan abi memborong barang di Ikea..

Harga murah sempena Christmas..

Oleh kerana abi suka men deco rumah, umi ikot jelah merayap ke Ikea tu.. yg x sempat beli, siap kirim kat  kawan yg ofis dkt dengan Ikea (Raihaan)... terbaiiikk la kannn!!

Kami cuma beli brg utk kegunaan rumah dannnn..... yg TAK termasuk dlm shopping list sebenarnya....

Khemah Arsyad!! Beli jugak la bila tgk dia suka masuk main dlm khemah yg display kat situ...

OK sekarang mainan Arsyad suma simpan dalam rumah Arsyad okehh.. tak mau sepah2.. :)

Posing depan "rumah baru" sikit..haiiii.. :D

That's all for now! Wassalam..

Monday, December 24, 2012

:: Review di hujung tahun ::




Salam'alaik..

Dah nk hujung tahun dah.. review sepanjang 2012:

-seronoknya saya menjadi suri rumah..ahaha.. setahun lebih tak berkerja mengurus rumah dan saya menjaga anak sendiri.. penat yang amat..tp penuh senyum tawa.. benar lah kata org, anak itu penyejuk mata dah penwar hati ibu bapa.. :)
- Bulan Mac Arsyad genap setahun.. ada sebaya pulak dgn anak abg, apa lg wat celebration la satu keluarga.. anak sulung la katakan.. umi abi dia yg terlebih excited nk celebrate.. :p 
- Bulan April kami mula belajar hidup sendiri.. Mula berpindah dari tinggal di rumah mak ke rumah sewa dan berdikari hidup sendiri.. Bukan mudah rupanya mengurus kehidupan..berkeluarga! [walaupun baru anak sorang okehh..] kalu single x pe lg..huhu.. 
- Bulan Jun.. sambutan seperti thn lepas.. mkn2 je for our anniversary.. :)  Kejap sgt dh 2 tahun.. Moga Allah terus rahmati dan redhai perkahwinan kami hingga ke syurga!
-Bulan Julai birthday encik hubby.. :)
-Bulan September hubby pindah tempat kerja lagi.. Alhamdulillah, with a better salary..haha.. Syukur dpt offer cpt, kalu tak dua2 tak keje la jwbnya..huhu
-November abangku yang terakhir menamatkan zaman bujang.. busy jgk buat tempahan cookies and bantu persiapan nikah abang..
- And now DiSeMbeR...
1. Pergi ke kenduri Syazlina dan Azman di Taiping.. Sempat sekali bawak Arsyad gi Zoo Taiping.. Belajar tgk haiwan-haiwan kat sana.. He's very excited learning different kinds of animals.. hihi
2. Dapat offer interview kerja di sekolah kawan berhampiran rumah.. will become a teacher insyaAllah.. Interview mcm ok.. Mudah2an diterima.. It's been a looooong time dah tak keje.. Nak start engine balik rasa kekok pulak..huhu

Let's be a murabbi that does not only teach but guide them to be a practicing muslim and a muttaqin, insyaAllah..
3. Congrats to my sister and my friends who have 2012 babies.. :) May your life full with joy and delightful! I hope my turn is next year...ehehe..

Wallahu'alam.. May 2013 brings more rahmah and hasanah to all of us.. Ameen..



Sunday, December 9, 2012

:: tips mendidik anak ::

Salam'alaik..

Saya jumpa info ini di fb kawan.. moga2 bermanfaat utk para ibu bapa dan bakal bapa ibu bapa kelak.. Mudah2an Allah membantu kita mendidik amanah yg berat ini dengan sebaik2 dan seterusnya membawa kita bersama2 ke JannaahNya insyaAllah..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Wallahualam

Thursday, November 22, 2012

::2,4,6!::

Salam'alaik..

For this month update.. I want to write down my dear 20 month-old Arsyad's learning activity..

Alhamdulillah, Arsyad dah mula mengira.. umi selalu ajar Arsyad kira no 1 sampai 6.. After few attempts, the end result goes..

Umi: Arsyad ikot umi kira k.. satuuu..

Arsyad : Duaaaa..

Umi: Ikot umi dulu.. ulang balik... satuuu..

Arsyad : Duaaa..

Umi: ish2..oklah, sambung terus, duaaa...

Arsyad : duaaa...

Umi: Tigaa..

Arsyad: Empatt..!

Umi: Liiimaa..

Arsyad: Enaammm! 

Umi: Umi suruh arsyad ulang ikot umi laa,.. ishh..

Arsyad: Umiiii... Ish3..

Umi: [alamak, dh pandai mengajuk pulak budak nih]

He is a fast learner.. cepat je mengajuk orang ckp.. ckp kena hati2 selalu.. panggil hubby 'abang' pun dia sibuk nak panggil 'abang'... -___-"

Alhamdulillah, Arsyad dh boleh buat short sentence.. joining 2 words together.. simple sentences:
dah mandi... nak susu.. jom jalan... abi work.. mane umi... mane wan... mane abi...gi school.. abi tdo.. nak bikot.. etc2..

Arsyad dengan rambutnya yg serabut..!

Nearly 2 year-old now.. Ramai sgt yg bertanya, pd saat entri ini ditulis, Arsyad belum lagi nak dpt adik.. we planned, but Allah knows better when the right time is... Apa2 pun, klau di takdirkan ada, I surely will share the good news.. ehehee..

today's date: 22nd November 2012.. 3 years back, was my engagement in 2009.. just a simple event, and yet  a memorable one.. 

Saat disarungkan cincin.. :) aduhaiii..cpt nya masa itu berlalu.. 

Bersama dengan 2 sahabat yg sudi hadir.. Sekarang,depa dh kahwin, dah ada 1 anak dah pun..mama kepada puteri masing2.. comel2 okeh.. teringin nak wat menantu.. ehehee.. :p jgn maraa...

Disember semakin menghampiri.. tahun baru bakal tiba.. Moga Allah aturkan hari2 mendatang dengan lebih baik dan sentiasa dirahmati..

Wassalam.





Saturday, November 10, 2012

:: so blessed being a mother ::

salam'alaik..

Terjumpa post ni kat FB.. ada org share dari Persatuan Ibu2 Muda Muslim..

Kelakar jugak baca.. ^__^

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

All of these are soooo true!! :) Alhamdulillah, despite of all the tiredness and tantrums.. hidup ini tetap terasa indah dengan kehadiran anak.. sukar diungkap dengan kata2.. sapa yg melaluinya yg akan benar2 memahami.. hihihi.. 

menjaga anak itu mudah, mendidik anak itu yg payah..
memberi mkn, minum n tempat tinggal bukan satu dilema, membentuk aqidah, akhlak Qurani dan nilai2 Islam dlm diri anak itu yang jauh lebih utama..

Menjadi ibu bapa perlu ilmu.. sama2 lah belajar.. ia satu proses.. Proses yang bukan sehari dua, tp sehingga lah kita tua.. 

Duhai anak,
moga kamu menjadi saham utk umi dan abi ke syurga JannahMu di akhirat kelak! Ameen.

Sunday, October 21, 2012

:: Arsyad's vocabulary ::

Salam'alaik..

entry tentang Arsyad yang dh pandai membebel mcm2 sejak setahun lebih ni.. esok baru nk masuk 1 tahun 7 bulan.. 


Antara perkataan yg dia sebut:
1. nak - sejak tu mcm2 la dia mntk.. itu ini semua sebut nak..
2. air - suka sgt minum air, bila dh pndai sebut, pandai pula gabung dengan "nak air"
3. baby - nmpk je baby or bdk kecik  kat tv, live, kat gmbr sume dia panggil baby..
4. dua - ajar dia kira 1,2,3.. yang pandai dua saje.. satu n tiga pelat n x jelas...
5. tok jad - panggilan ayah saya.. ntah cmne dia boleh plak 2 patah perkataan ni serentak.. cucu kesayangan tok la katakan...hehe
6, dog - balik rumah mak, jiran sebelah ada bela anjing.. selalu la menyalak, so arsyad pun pandai la panggil dog...
7. ayah - dia terikut sepupunya panggil ayahnya "ayah!" sian abi.. Arsyad x pandai lg panggil abi..ngeh2
8. ayam - setiap kali lauk ayam akan beriya2 mintak ayam "nak ayam!" walaupun lauk time tu telur/ikan.. adeeh
9. amin - bila bace doa rajin nak tadah tangan sekali dengan kita, habis doa dia pun " Amin!" Alhamdulillah.. moga selalu mendoakan umi n abi yea..
10. umi - akhirnya.. yg paling buat umi senyum lebar ^__________^ umi, umi, umi! aaaa... cair hatiku.. [dramatik sikit] mesti panggil umi byk kali bila nk sesuatu.. abi of course jeles setakat ni.. :p
11. boboiboy - heh, x sangka.. boboiboy suka sangat2.. keje umi dok pasang Youtube boboiboy jela.. ish2..
12. Babai - bye bye kat semua org bila nak blk dari mana2 tempat.. :D suka sgt tang nk blk tu..
13. Car - kuar jalan2 je mesti tunjuk kereta di jalanan.. lori, van, motor sume x reti lagi..
14. Allah - selalu sebut bila umi n abi ajak solat... angkat tangan ke telinga mcm nak takbir.. "Allahu abak!"  masih pelat lagi nk sebut 'Akbar'

Vocabs yg pelat pulak:

1. dok- duduk.. ajak duduk bila mkn, minum or main sama..
2.bis - habis... especially pas habis mkn, or tgk cerita kat tv.. 
3. kid - cat.. suka tgk tp bila cat dtg dekat, takuttt.. adoiyai!
4. nenen - hehee.. yg ni of course la fav milk dia.. 
5. Ba - bila ajar huruf B..
6. dak - bedak.. pas mandi sure nk mintak pakai bedak sapu sendiri kat pipi..

In summary, vowel 'A' yang mudah dia nak sebut.. compared to other letters.. 

Tu lah antaranya.. saya tak risau sgt dia boleh ckp banyak perkataan or tak.. as long as he keeps learning new things day by day, that's already make me happy.. :)

But I do read the developmental milestone for talking.. it says that:

18 to 24 months 

Between 18 and 20 months, children learn words at a rate of 10 or more a day. Some learn new words every 90 minutes, so watch your language. She'll even string two words together, making basic sentences such as "Carry me." By the time she's two, she'll use three-word sentences and sing simple tunes. Her sense of self will mature, and she'll start talking about herself -- what she likes and doesn't, what she thinks and feels. Pronouns may confuse her, and you may catch her avoiding them, saying "Baby throw" instead of "I throw." 


Source:


So Alhamdulillah, he is coping well.. May Allah guide him all the way.. :) 
Love u, son.. my life is always joyful with u...

Wassalam..

Monday, October 15, 2012

:: Kelas Roti terbaekkk! ::

Salam'alaik..

Tajuk entry mcm gempak je kan.. Kisahnya, saya attend ke kelas belajar wat roti di Gombak sabtu lepas atas sponsor dari suamiku.. ehehe.. so saya pun pegilah.. saya pun mmg minat baking, tambah lg kalu kita boleh buat sendiri, mengapa perlu beli di luar kan? 

Nak buat sweet bun ni tak susah tp perlu teliti dari segi sukatan bahan, timbangan, pemerapan semua.. kalu silap sikit, roti pun kurang jadi lah.. banyak tips yg saya pelajari dari kak Wan (pengajar) berkaitan ilmu roti ni.. so share sikit dgn kwn2 pictures yg sempat tangkap dr hp yg x seberapa ni.. 

Gambar sebelum masak...

 milk bun, sosej roll, sosej octopus

 red bean bun dlm bentuk bunga n stripe


selepas bakar... ini lah hasilnya.. tadaaa...!

 red bean buns

 sosej bunga, n cheese bun (sticks)

chicken floss

 milk bun, coconut bun, 
garlic bread, Mexican bun 

Memang best..! Arsyad n abi nya suka sgt.. dh mkn roti, nasi tak mkn pun x pe.. huhu.. lepas ni mesti rajin nk buat lg.. 

Terfikir nk gi kelas frozen food pulak pasni.. emm, insyaAllah mudah2an ada peluang lg..

Jumpa lagi!


Tuesday, October 9, 2012

:: Kisah teladan ::

Salam'alaik..

Suka untuk saya share disini kisah yang terkesan kedalam hati saya..

Sumber dari Ustazah Hafizah Musa.. Ustazah mengajak kita muhasabah kembali diri dengan mengingatkan agar kita haruslah sering bertaubat kepada Allah swt samada melalui istighfar, solat sunat ataupun qiamullail.. kerana kita mungkin melakukan dosa2 tanpa kita sedar.. dan dosa2 ini boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita dan menganggu amal soleh kita yang lain.. 

Suatu kisah, Sufyan Ats-Tsauri merupakan seorang tabi'in.. abid (org kuat beribadah) yang sentiasa bangun malam mengerjakan solat tahajud dan berqiamullail. Suatu ketika, ditaqdirkan selama 5 bulan dia tidak terjaga dari tidur untuk bgn bertahajud.. Sufyan Ats-Tsauri berasa nikmat bangun malamnya itu telah ditarik oleh Allah swt..

 Lalu dia berfikir, dosa apakah yang dilakukan sehingga Allah menarik kembali nikmat dia untuk melakukan ibadah malam.. Rupa2nya, atas ilham dar Allah, dia tersedar bahawa dia pernah melihat seorang manusia yang menangis ketika solat, lalu dia berkata " Dia adalah orang yang riya'!" di dalam hatinya.. Kerana lintasan hati (dosa bersangka buruk) itu lah Allah menjauhi kan dia dari amal soleh berqiamullail.. Maka terus Sufyan Ats-Tsauri pun bertaubat!

Subhanallah! Tabarakallah.. wlaupun hanya sedikit lintasan hati Allah telah 'menegur' hambanya dengan peringatan begitu.. Apatah lagi kita di zaman ini yang penuh dengan bercakap yang buruk dalam hati, mengumpat, menfitnah dan sebagainya... Makin jauh lah hati kita ini kearah amal-amal soleh.. Lama sungguh saya juga tidak berqiamullail.. :( Moga Allah ampunkan kita..

Kisah kedua, 
Ada seorang ulama' di zaman silam, (tak ingat nama ustazah sebut) menceritakan, kuda tunggangan nya meliar, x mau dengar arahan tuannya, dan isterinya di rumah melawan kata/meninggikan suara kepadanya.. Melihat keadaan ini, lalu dia berfikir, pasti ada sesuatu dosa yang dilakukan yang masih belum dia bertaubat.. 

Mulia sungguh hatinya.. kalu kita pada hari ini pasti akan menyalahkan kuda tunggangan, atau marah pada isteri yang kurang ajar. Kita lebih meletakkan kesalahan pd orang, dan bukan pd diri kita.. 
Astaghfirullah..
Moga selepas ini kita banyak melihat kedalam diri kita kembali.. yang tak kena tu bkn org lain, tp dosa kita sendiri..

Mudah2an menjadi peringatan buat diri yg banyak kekurangan ini...

T.kasih ustazah atas perkongsian..

Monday, September 24, 2012

:: Birthday Party Cousin Arsyad ::

Salam'alaik..

Weekend baru2 ni kami pergi ke rumah makcik di Keramat.. Siap pasang khemah untuk celebrate birthday cucunya.. Sedap jugak makanannya.. hehe..

Arsyad dapat doorgift, ada Mickey Mouse n Clown datang meraikan anak-anak saudara yang ramai di majlis..

Gambar sekitar majlis..

 Dapat belon pedang, clown bagi..



 2 clowns came to entertain the kids..

 Arsyad nk bergambar dengan Mickey.. tp dia pulak takut.. aisey..

Dapat hadiah gak, memeriahkan majlis..hehe..bos besar naik atas meja..

Jumpa lagi!

Wednesday, September 5, 2012

:: Home made pizza ::

Salam'alaik..

Lamanya tak bercerita di blog.. dek kesibukan dgn urusan dunia (ish3..) dan laptop sy yang telah masuk 'bengkel' selama 2 minggu menyebabkan aktiviti bersama laptop terbantut.. huhu..
Maklum la, laptop dh tua.. tp telah byk berjasa! dr zaman belajar hingga keje, tak byk ragamnya.. Akhir2 ini saje ada internal software yg rosak.. Alhamdulillah kembali pulih dan kini berkhidmat untuk tuannya smula.

Oleh sebab hubby gemar mkn roti berbanding nasi, sy pun mula la mencuba resepi membuat pizza.. google je, berlambak resepi ni.. ni pizza version sy.. mari kongsi bersama..

Mula2 kena la buat doh roti..
Apa yg anda perlu kan ialah 500g tepung gandum, 250ml air, secubit garam, 2 sudu besar tepung susu, 3 sudu besar gula, sepaket yis segera, 4 sudu besar butter, 1 biji telur, 1 sudu kecil bread improver. Gaul semua dan uli lah smpai sebati.. bg yg ada breadmaker tu, terbaikk lah! masuk semua bhn dan biarkan BM tu yg buat kerja selama 1 jam..

 Begini lah rupa doh setelah selesai diuli.. Tutup dan biarkan sejam hingga doh naik 2 kali ganda..

Selepas sejam...

Doh dah naik kan... Tumbuk2 bg kuar angin dan uli lg dlm 10 minit.. 

 Jika doh anda lembut dan kenyal, tidak melekat di tangan, bermakna doh roti anda menjadi! *senyum gembira*
Bahan topping pula..

 sos tomato Prego, capsicum, dan hotdog di potong kecil2..

Bulat2 kan doh roti tadi dah canai menjadi leper.. agak2 la bg sama saiz.. letak kan topping sebanyak yg anda suka.. lebih enak jika ditabur kan grated cheese juga..
Bakar selama 20 minit pd suhu 180 darjah Celcius..
Mudah bukan? :)
Gambar pizza selepas dibakar tiada..uhuk,, sungguh enak dimakan hingga lupa untuk ambil gambar..ehehe..

Sekian, selamat mencuba!! 


Tuesday, August 28, 2012

:: Eidul fitri 2012::



Salam'alaik..

Salam Eid Mubarak! Alhamdulillah,kembali kepada fitrah.. Moga diri kita bertambah baik dari sebelumnya dan mempunyai bekalan untuk mengharungi 11 bulan mendatang dengan tetap istiqamah bersama amal2 soleh seperti yg telah kita usahakan di bulan Ramadhan lalu.. 

Tahun ni raya pertama di Ipoh.. pulang pada 29 Ramadhan hinggalah 3 Syawal 1433H.. Sejak dah  bertambah bilangan ahli keluarga (menantu dan cucu), ayah mertuaku membawa kami semua bergambar potret di studio.. payah jugak lah nak tngkap gambar dengan budak2 yg bermacam ragam ni.. huhu..

Tahun depan, bertambah lagi kot cucu Tok Miah dan Wan.. sape eh? hehee.. insyaAllah, kalau murah rezeki.. 

nota kaki: saya belum preggy lagi, tp teringin gak baby girl bila tgk kwn2 ramai dpt anak.. :p

Monday, August 13, 2012

:: Buka puasa Bioinfo::

Gmbar berbuka di Wong Solo, Kampung Bharu ihsan dari Raihan..


Salam'alaik..

Macam thn lepas, Bioinfo rajin buat buka puasa beramai2..hehe.. Thn lepas pertama kali berpuasa dgn kehadiran anak, thn ni lebih ceria since Arsyad dah pndai jalan.. :)

my hubby pada mulanya tak mau ikot, akhirnya sudi juga nak teman kan saya berbuka bersama kwn2.. maklum lah, coursemate sume perempuan je.. x de geng,, geng dgn Arsyad jelah jawabnya, hehe..
Thn lepas, terima kad jemputan kawin Shakina, puasa thn  ni dpt kad kahwin Janna pulak..  Puasa thn depan kad wangi sape plak agaknye?

moga Ramadhan thn ini lebih baik dari sebelumnya.. Pahala yg berlipat ganda ayuh kita kejar bersama..

"Ya Allah, moga Engkau temu kan lagi dengn Ramadhan yg akan datang, dan terima lah amalan2 kami, redhai lah kami dalam rahmat kasih sayang Mu.."

Wassalam



Friday, July 27, 2012

:: like!::

Salam'alaik..

Sekarang semua sahabat2 ada facebook..
moga media sosial ni digunakan untuk memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.. 

Alhamdulillah, bagus tindakan kita memberi peringatan/nasihat2 kebaikan di status fb kita, tp jangan lupa pula untuk mengamalkan apa yang disampaikan  :)
Sesungguhnya mata kita lah yg paling hampir membaca dan melihat jari jemari yg menaip kata2 nasihat itu.. 

Dan Al-Quran jua lah sebaik2 pemberi peringatan dan khabar gembira kepada manusia yang berakal..



Moga amal kita diterima Allah dan diganjari pahala..Amiin







Monday, July 2, 2012

:: Dulu dan Kini ::



Salam'alaik..

Tetiba terjumpa gambar ni.. hehe.. tag by kwn2 hubby time rehlah ke Bagan Lalang dulu..

Dulu....
                                          

September 2011 - 6 bulan
Kini....

                      
May 2012 - Setahun, 2 bulan.. 

Pipi dah tak sebambam dulu.. baru sebulan dapat kaki, dah ke hulu ke hilir jalan sendiri tak mau dukung.. phew~ 
Umi kurus kejar kamu saje... -__-"

Okeh, sekian,
umi takde kerja mengupdate psl Arsyad..hehehh.. 
Wassalam

Friday, June 29, 2012

:: 2nd anniversary ::


Salam'alaik..

Alhamdulillah.. pantas 2 tahun itu berlalu.. 
Suka duka susah senang dilalui bersama banyak mengajar kami erti kehidupan..
Sebagai isteri dan ibu,, Anugerah teristimewa..
Alhamdulillah, kehadiran anak menambahkan lg kebahagian keluarga.. Allah Maha Pemurah keatas hambaNya.. Setiap anak yang lahir membawa rezekinya sendiri..





Tiada sambutan istimewa,
sekadar ingatan penuh kesyukuran pada Yang Maha Esa..

May our love last forever,
Blessed by Allah here, until hereafter..

There is a saying..
Grow old with me,
the best is yet to be..

Thank u Allah..
Wassalam



Friday, June 1, 2012

:: Arsyad learns and plays ::

Salam'alaik..

Sejak dah setahun, Arsyad semakin banyak belajar benda baru setiap hari..

Umi would like to jotted down some of arsyad's developments as umi's personal records.. boleh compare dengan adik2 Arsyad (kalu ada) akan datang, heheee..

Some of Arsyad's behaviour that umi noticed in daily life..

  • When umi says, "sape nama Arsyad..?" He will raise up his hand with a smile.. :) me!!
  • Arsyad helps me in doing house chores.. when I start sweeping the floor he will get the dustbin from the kitchen and drag hand it over to me.. He learns by seeing me doing it everyday.. 
  • He pick up the cell phone charger from the sofa and wanted to put on to the socket.. Oh, I'm worried when it comes to electricity/sockets/wires.. Fortunately we have bought the Shock Guard to close the sockets around the house.
  • When umi and abi wants to perform solat, Arsyad will drag the sejadah and put it in front of us.. :)
  • When bath time, Umi undress arsyad and he brings his clothes and throw them inside the laundry basket.. He always see abi putting his dirty clothes in there. Smart kid!
  • Whenever he eats something, he will always wants to fed me as well.. very kind of u, son! :)
  • When Arsyad spill water/milk on the floor, he will grab a towel from the kitchen and wipe the floor.. though not very clean.. Soo rajin anak umi sorang ni.. :)
Umi menanti apa lagi pelajaran baru Arsyad akan datang.. Dengar umi/abi mengaji Quran tak pernah ganggu.. diam je main sendiri2.. 
Cuma sekarang, meraung2 kalu jumpa doktor.. Doktor usik sikit (amik temperature) pun dah meronta menangis2 tp x de air mata..adeehh.. 

Kelmarin gi kedai potong rambut pun meraung2 jugak.. takut dengan bunyi mesin agaknya.. haih la~.. Takut dengan orang masih lg tak ilang.. umi nk teka smpai umur brapa thn agaknya..?? -____-" Umi akan cerita bila kamu dan besar nanti Arsyad! :p

Apapun, cik Sarah reminds me of 1st Jun.. Genap setahun jugak lah umi x kerja pejabat dan sejak itu umi menjaga kamu Arsyad... Sementara sahabat2 lain telah pun berjaya dengan karier masing2.. :')
Moga pengorbanan ini Allah ganti dengan murahkan rezeki lain untuk umi di masa akan datang.. 

Arsyad mula jalan pada 11 April 2012.. pertama kali bangun sendiri dan memulakan langkah pertama.. :)

Wassalam

Thursday, May 17, 2012

:: Baiti Jannati ::

Salam'alaik...


Ups and downs in a relationship of husband and wife are normal.. 
Hablum minaLLah harus dijaga barulah hablum minannas sempurna.. :)
Moga Allah sentiasa meredhai dan merahmati Baitul Muslim kami..


Wassalam

Wednesday, May 9, 2012

:: Tadabbur::

Salam'alaik..

Surah Al-Kahfi banyak pengajarannya..moga bermanfaat untuk sahabat2 juga..

Surah Al Kahfi, ayat 60 - 82 : kisah kembara ilmu Nabi Musa AS & Nabi Khidr. 

Lessons learnt - 
(1) Sabar itu sukar kerana kita tak punya pengetahuan apa hikmah disebalik ujian/cubaan. 
(2) Hanya iman shj lah yg mampu mendidik jiwa utk sabar- utk yakin adanya hikmah yg tersembunyi. Tu sebab `sabar adalah separuh dari iman!' 
(3) tanpa pengetahuan ttg apa yg tersembunyi, kita amat mudah buat judgment, jump into conclusions, sangka buruk dll bila tengok sesuatu di depan mata [ dlm ayat 71, 74 & 77 - Musa buat kesimpulannya sendiri atas semua tindakan Khidr) 
(4) seorg nabi ulul azmi macam Nabi Musa pun mendpt didikan Allah utk sabar, apatah lagi manusia biasa macam kita. Aduhai jiwa, belajarlah utk sabar - bukankah Allah SWT tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya???

Moga Allah beri kekuatan hati dalam menempuh ujian hidup di dunia.. 


Thursday, April 26, 2012

::Stress!::


True isn't it? :)


Salam'alaik..

Sigh~
feels exhausted throughout this week..
sape kata suri rumah a.k.a bekerja dari rumah ni tak stress?? budak sekolah pun stress.. baby je kot yg tak stress.. (I guess..ehehe..)
ehm, i need to refresh myself with some motivation talks/books that can helps to comfort me..
Life ain't easy but Allah will be there to help u..
I believe that blog is not a suitable place for us to pour out ALL our problems.. 
Let's pray for the best and let HIM take care of the rest..

Good night everyone..
Wassalam

Monday, April 23, 2012

:: Fraser Hill ::

Salam'alaik..

Some pics in Fraser Hill that we went last February.. Family vacation from 24th till 26th February 2012..

Jom naik kuda!
 Waiting for our turn.. Arsyad dok kat pagar...
yey! 10 minutes ride.. best!
 On the way back.. me and my dad.. with his beloved grandson.. :)
 Archery.. Hubby trying his first attempt.. 
 Arsyad main air sabun..hehe
 Us.. in front of the bungalow.. very cold, no fan or air-cond in the house..we stay for 2 nights here.. 
Happy family.. :)

Ada banyak aktiviti boleh buat.. bagi ikan mkn di tasik, naik bot, memanah, menunggang kuda, rekreasi di taman, melawat kebun buah dan sayuran.. Tapi bagi yang tak tahan dengan jalan yang bengkang bengkok , selekoh tajamnya ketika nak naik keatas bukit, memang akan mabuk, pening n muntah2.. arsyad pun muntah time naik ke sini..huhu..

InsyaAllah ada rezeki pergi bercuti lagi! Wassalam :)

Friday, April 20, 2012

:: Ikhlas itu akan hadir.. ::



Salam'alaik..

Got this image from FB.. bagus kan mesej yang ingin di sampaikan..? :)

InsyaAllah, di hujung nanti Allah akan balas amal kita dengan ganjaran yang jauh lebih baik dari yang kita sangka dengan hanya melaksanakan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA..

Wallahu'alam

Jumpa lagi!

Thursday, April 19, 2012

:: No TV before age two! ::

Salam'alaik...

 A close friend of mine share this info with me.. May this knowledge helps us in nurturing our kids positively..

Bahaya TV kepada bayi dan anak kecil
NO TV BEFORE AGE 2!!
-------------------------
Zaman kini TV, internet, Ipad, tab, PSP menjadi kegilaan masyarakat kita. Bukan saja dewasa, malah kanak-kanak pun turut terlibat. Tidak pelik jika sekarang kanak-kanak kecil pun sudah biasa dengan TV, ipad, internet dan seangkatan dengan. Ada juga ibu atau penjaga yang menggunakan TV untuk memudahkan mereka membuat rutin harian. Membiarkan TV ditonton oleh bayi dan anak kecil supaya anak kecil tersebut tidak menangis dan leka menontonnya supaya mereka dapat membuat kerja rumah yang lain.

Antara buku yang saya sangat sukai dalam mendidik anak adalah buku Brain Rules for Baby by John Medina. Bagusnya buku ni kerana setiap hujah disokong oleh kajian yang menyeluruh.

Bagaimana nak membantu perkembangan otak bayi menjadi bayi yang bijak? Salah satunya ditekankan bahaya TV kepada bayi dan anak kecil kerana mengganggu konsentrasi / tumpuan dan kebolehan untuk fokus. Mengikut kajian, setiap tambahan 1 jam TV yang ditonton oleh anak kurang daripada umur 3 tahun, kebarangkalian masalah konsentrasi akan meningkat sebanyak 10% apabila berumur 7 tahun. Murid Pra sekolah yang menonton 3 jam TV setiap hari pula mungkin akan 30% lebih mengalami masalalh konsentrasi/ tumpuan daripada kanak-kanak yang tidak menonton TV.

Bagaimana jika hanya membiarkan TV terpasang tapi tiada yang menontonnya? - 2nd hand exposure - Masih dikira bahaya kerana 'distraction'. Dalam kajian makmal, menunjukkan 'flashing images' dan 'booming soound track' akan menggangu pemikiran dan tumpuan anak kecil termasuklan imiginasi mereka yang sangat hebat.

Saranan daripada American Association of Pediatrics:
" Pediatricians should urge parents to aoid televisions viewing for children under the age of 2. Although certain television programs may be promoted to this age group, reserach on early brain developments shows that babies and toddlers have a critical need for direct interactions with parents and other significant caregiver for healthy brain growth and the development of appropriate social, emotional, and cognitive skills"

Walaupun di pasaran terdapat banyak rancangan TV, internet, CD dan DVD serta game yang kononnya untuk 'educational' dan dapat meningkatkan IQ bayi, tapi kesan yang berlaku adalah sebaliknya.

Antara pertimbangan lain sebelum membuat keputusan untuk membiarkan anak kecil kepada 'screen world' dan TV adalah CONTENT (pengisian) yang akan anak anda dapat daripada menontonnya. Bayi dan anak kecil sangat hebat MENIRU apa yang dilihat. Bayi 13 bulan boleh mengingat sesuatu yang dilihat selama seminggu hanya dengan sekali tontonan. Dan apabila dia berumur setahun setengah dia dapat meniru selama 4 bulan hanya dengan sekali tontonan.

Tapi tidak semua tentang TV adalah buruk. Ia terpulang kepada kandungan rancangan TV yang ditonton serta mengikut umur bayi / anak kecil tersebut. Jadi saranannya:
1- Jauhkan TV daripada anak yang berumur 2 tahun ke bawah. Memang diketahui ia nya sangat sukar untuk dilakukan. Tapi sekurang-kurangnya limit exposure meraka kepada TV - seboleh mungkin.

2- Selepas umur 2 tahun, bantu anak anda memilih rancangan yang hendak ditonton. Fokus kepada rancangan TV yang membantu perkembangan intelektual mereka.

3- Tonton bersama rancangan TV yang anda pilih bersama anak anda akan membantu mereka untuk menganalisa dan berfikir secara kritikal apa yang mereka tonton. Jangan biarkan TV di bilik anak anda kerana itu boleh memburukkan keadaan.

Sumber: Brain Rules for Baby by John Medina

(Copyright Breastfeeding Zone)

Thursday, April 12, 2012

:: Ibu sebagai Pendakwah ::

salam'alaik..

Tajuk entri diatas adalah tajuk rancangan Tanyalah Ustazah di TV 9 yang saya tontoni beberapa  minggu yang lepas.. Rasa agak menarik juga kalau saya kongsikan dengan sahabat2.. Yang baik ambil sebagai bekalan, yang buruk sebagai peringatan... :)

Tajuk episod kali ini agak berat dengarnya kan.. sememangnya ia hadir dengan tangungjawab yang besaaarrr.. :) mencorak nilai diri seorang insan yang suci bersih ketika dia di lahirkan.. 

Kenapa dikatakan pendakwah? Pendakwah ini atau dai'e bermaksud orang yang menyeru atau mengajak manusia kepada kebaikan.. kepada Islam, mentauhidkan Allah yang Esa.. DAN menjauhi larangan2NYA.. Peranan ini ada wajib keatas semua manusia selaku khalifah/pemimpin di bumi ini.. Sebab tulah wujudnya golongan manusia yang menjalankan kerja pengislahan (pembaikan) ini di Malaysia.. antaranya seperti ustaz/ah, tabligh, NGO-NGO Islam, Protaz dan sebagainya yang rata-rata membawa mesej yang sama, iaitu menyebarkan Islaam sebagai cara hidup kepada semua lapisan masyarakat.

Ok, itu lebih kepada definisi,.. dalam konteks saya sebagai ibu, tidak lari dari memikul tangungjawab sebagai pendakwah. Di akhirat kelak Allah akan tanya semula amanah yang diberi ini. Oleh itu sejak dari dalam kandungan lagi sudah bermula didikan tentang Islam kepada anak.

Ibu lah guru pertama bagi anak.. Ibu adalah madrasah (sekolah) pertama mereka.. Sedari kecil, seawal umur setahun, perkenalkan kepada anak tentang Allah dan Rasul.. Lazimkan membaca dan memperdengarkan  ayat2 Al-Quran kepada mereka.. Bukan sekadar nak bagi kenal huruf, atau baca Quran tetapi kalam dari Tuhan mampu melembutkan hati anak agar lebih mendengar kata dan jauh dari gangguan syaitan. 

Dedahkan dengan kisah2 Nabi dan para Sahabat berbanding cerita2 dongeng fantasi.. Anak akan merakam segala ilmu2 itu dalam kotak fikiran mereka walaupun dia kelihatan seperti tidak faham dan belum boleh bercakap.. Tapi bila dia menganjak usia, ilmu2 itu akan 'terkeluar' kembali dalam bentuk perkataan/ucapan dan perbuatannya (amal soleh). Kerana itu ibu bapa perlu menunjukan contoh teladan yang baik kerana tanpa sedar  secara tidak langsung mereka akan mengikut tingkah laku kita.. :)

Tidak dinafikan didikan agama perlu sabar dan konsisten kerana ia memakan masa yang lama..kelak kita sebagai ibu bapa akan sendiri melihat hasilnya.. Ia perlu lah di didik secara bertahap dan perlahan2 sesuai dengan umurnya.. Jangan letakkan peranan membentuk jiwa Islami anak di tangan pusat asuhan dan sekolah taska/tadika semata2.. Ia bermula dari kita, yang membentuk anak mengikut acuan Islam... 


Mungkin ada suara Muharikah (penggerak wanita) Islam di luar sana yang menyatakan kebimbangan untuk berumah tangga kerana  risau akan "syahid" dari medan dakwah kerana sibuk menguruskan keluarga.. Beranggapan bahawa berumahtangga akan merencatkan kerja dakwah mu kepada masyarakat.. 
Anda silap! Untuk mencapai masyarakat yang mengamalkan Islam sepenuhnya, salah satu cara ialah dengan membentuk sebuah keluarga Islam (Baitul Muslim). Perlu diingat, mentarbiyah/mendidik anak adalah satu relung dakwah yang tidak harus di pandang enteng! Bukan kah anak itu kelak yang akan membela dan menegakkan syariat Islam di masa hadapan ketika kita sendiri sudah tidak ada lagi di dunia?? Jangan hanya memandang dakwah dari satu sudut sahaja, ia lebih luas lagi ruang lingkupnya..

Wahai muharikah, lumrah perasaan wanita gembira menceritakan perkembangan anak pada kenalan2nya, bukan perasan, sekadar berkongsi kegembiraan.. anda tidak akan mengerti perasaan itu sehingga anda sendiri yang menjadi ibu suatu hari nanti.. 

sekian, terima kasih kepada Tanyalah Ustazah yang sudi mengupas tajuk tersebut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat itu.. Wallahu 'alam.. Jumpa lagi! 

Thursday, March 22, 2012

:: One Year Arsyad ::

Salam'alaik..

My cutey pie turns 1 year old today.. :)

A trust from Allah for my husband and I to nurture, educate and raise him with love and affections.. 

I will try my best to carry out this huge responsibility.. lillahi ta'ala.. It might not easy, but Allah will help along the way insyaALlah..

    **********************

Masih segar dan jelas dlm ingatan..
Setahun yang lalu.. Pengalaman pertama melahirkan putera sulung.. 22 Mac 2011..

perkembangan ketika umur setahun ni :
  • Arsyad dah faham simple instructions.. cakap "nak" dia akan bagi barang pd umi.. pandai tunjuk guna jari  dan bila cakap "tu" dia gi amik barang/mainan dia.. bila  puji "pandai..!" dia akan senyum dan tepuk tangan.. 
  • Bila  tegaskan  suara "NO... NO.." dia tau kita x bagi or tak boleh buat tp dia senyum nakal n buat jugak sambil tgk umi balik... :)
  • Pandai kiss bila minta dia buat.. and leave "watermarks" on my cheeks.. :D
  • Umi cakap "tatih2" dia akan langkah nk jalan..tp laju dan x stabil pastu jatuh..huhu.. selangkah dua je buleh..
  • Start campur minum susu formula 2 kali sehari..pagi n malam shj.. tapi dia x brapa suke.. ikot mood.. kadang ok, kadang x mau...
  • Gigi baru kuar sebatang... eheh, based on fact, this is hereditary...probably umi or abi dulu lambat tumbuh gigi juga.. 
  • Akhirnya, dah x ada stranger anxiety towards family hubby di kampung Ipoh.. [maklum la hanya sekali sebulan jumpa Tok kat sana] Tp dengan orang luar masih ada sikit2 tp tak obvious cam dulu.. 
Moga Allah memberikan kekuatan dan panduan untuk mendidik anak saya mengikut acuan Islam..

Doaku selalu agar Arsyad menjadi hamba Allah yang soleh wa musleh dan dewasa kelak seorang rijaal yang turut sama menegakkan syariat Islam.. Ameen Ya Rabb..





Wednesday, March 14, 2012

::B'day Hamzah & Arsyad::

Salam'alaik..

Hari lahir Hamzah Syarif pada 1 Mac, Abdurrahman Arsyad pula 22.. So celebrate sama2 pada 4hb Mac.. 
Makan kecil2an saje bersama seluruh keluarga adik beradik ku di rumah Mak.. 
Alhamdulillah.. setahun sudah usia mereka.. 
Moga kedua2 anak ini terus membesar dengan sihat! Mak Su sayang Hamzah! Umi sayaaangg Arsyad juga!

 Birthday cake.. home-made carrot cheesecake.. Made by Ibu and Umi special for our b'day boys.. :)

 Potong kek time.. Baju hijau anak buah.. lahir bln Mac juga.. 26hb.. 

Sepupu membesar bersama.. Pakai party hat..:) yey! dah 1 tahun.. 

dapat present from uncles and aunties..  Tq semua... :D