Alhamdulillah, dah masuk tahun 2011..baru nk buat 1st entri untuk tahun nih.. heh, bz lak awal2 tahun mcm ni.. Keje ofis tak la banyak, tapi bila dapat satu2 tugasan tu, mesti bos nak suruh siap cepat, hari ni jugak! tak kira la balik lambat ke ape, janji siap.. bagi lambat, nak siap cepat.. haih.. Bukan ape, tak suka kena buat tergesa2 camtu.. tapi try to take it positively, bila bekerja memang camtu, latih otak supaya pantas sikit berfikir...
Dah hampir 20 hari hubby bertugas di kem Hulu Selangor untuk program adik2 MHi.. Tahun ni lebih mencabar dengan jumlah peserta yang lebih ramai daripada tahun lepas.. Teringat pula pada adik2 Mhi 2009, mereka baik2 dan peramah belaka.. Sejak masih dengan status tunang sampai dah jadi isteri ni masih keep in touch dengan mereka.. Banyak perkara lucu dan seronok di kongsikan dengan diaorg nih.. Patut la hubby sangat sayang pada adik2 ni.. Masa awal2 kawin dulu pun dah dapat rasakan hubungan mereka sangat rapat dengan hubby.. Hubungan yang istimewa.. Mungkin sebulan tinggal bersama itu mencipta kenangan indah, suka duka yang amat bermakna buat hubby dan adik2.. Saya turut tumpang gembira.. ;)
Bukan mudah nampaknya menyantuni jiwa remaja.. sukar kadang kala untuk saya fahami sikap mereka.. dengas setiap karekter yang berbeza2.. tapi itu lah fitrah, kita dulu pun mcm tu jugak agaknya, cuma tak perasan je kot.. Saya mula terfikir juga, mcm lah nak mendidik anak remaja kami kelak [insyaAllah jika panjang umur] huhu.. Mungkin ini tarbiyah awal buat hubby untuk menjadi seorang abi nanti.. :)
Hari pertama hubby meninggalkan rumah untuk ke kem, saya mengalirkan air mata.. Aduhai, hubby ke kem untuk sebulan je, weekend pun boleh jumpa, tapi saya nak nangis jugak entah kenapa.. ehm, kalau lah panggilan jihad ke Palestin, agaknya saya nangis dengan teruk tak..? ish3.. >____<
"Jangan la nangis, hari2 abg call ye.." saya sedar, berkali2 dalam hati saya ingat supaya jangan sedih sebab saya faham ini sebahagian dari kerja dakwah.. eheh. Thanx to all akhwat yang mengambil berat, especially naqibah dan usrahmate saya.. indah nikmat ukhwah ini! ^__^
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. Surah Al-Anfaal : 28
Untuk check up baby last week, hubby balik juga ke rumah untuk temani saya ke klinik.. terharu, dari Hulu Selangor - PJ - Shah Alam.. Klinik pun dah nk tutup, tapi nasib baik sempat.. huh! Alhamdulillah! Kena injection tetanus.. Sakit la untuk beberapa hari.. huhu..
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Surah As Sajdah: 7-9
Setiap kali datang untuk scan, amat mengkagumi ciptaan Tuhan.. Mendengar degupan jantungnya cukup membahagiakan.. Moga saya istiqamah dalam menjadi hambaNya yang bersyukur.. :) ahaaa... pink or blue..? It is blue~ heee..
Saje nak share, gambar dinner bersama kak mas (SIL) di seksyen 7, Shah Alam.. makan di restoren arab.. nyum2 enak..! Jemput la ke sana.. :)
Hidangan untuk 2 orang.. tapi hakikatnya 3 orang pun x larat nak habis! Nasi briyani+special daging
Kebab ayam.. sedap sangat..! isi yang padat dengan roti pita yang lembut..
Saya yang sangat lapar... hehe
Jumpa lagi! Wassalam
4 comments:
miha.. mhi is stand for what? hehe.. tahniah miha dapat baby boy.. semoga bayi ini menjadi salah satu asbab untuk mendekatkan kita padaNya..
aih basyi tahniah2 jugak.. dah kene start think for hadiah. tak lama dah.. lagi 3months nk pop-out dah. heheh.
miha, bestnye nak dpt baby boy! org salu ckp baby boy salu ikut muka mummy. heheh. ^_^
MHI to stand for madrasatul hayah ikram. program adik2 lepasan spm or stpm. dorg akan berkampung selama sebulan kt kem, dan belajar macam2 disana.
tahniah samiha! ok, nanti yr baby lahir kte msti xcakap anak hg mcm kitsuke. jgn bmbg.. ^^, hakhak!
congrats miha..=)
Post a Comment