Saturday, November 19, 2011

::Jodoh itu Pemberian Tuhan::

Salam'alaik.. Hehe..saje je entri pasal jodoh.. Ada orang bahagia hingga ke akhir hayat..ada yg sebaliknya.. kita tak tau di hujung pengakhirannya apa.. bahagia atau derita.. sebab tu kot ada pepatah English kata marriage is a gamble.. setuju tak kawan2?? 

Bagi saya, marriage is definitely NOT a gamble! Perkahwinan adalah ibadah, sunnah Ar -Rasul, malah bagi siapa yang melakukannya dikira telah sempurna separuh dari agama, maka yang separuh lagi adalah bertaqwa kepada Allah swt.. Mana mungkin ia boleh disamakan dengan perjudian??? [maksiat yang penuh unsur kezaliman, menindas dan membazir]

Bahagia atau derita atas usaha kita memupuk kebahagiaan itu.. dan semestinya doa dan tawakkal pada yang Maha Esa tunjang bagi segala2nya..  Hatta nak bertemu jodoh pun perlu berusaha, bukan datang bergolek begitu saje.. Apa yang membezakan, usaha yang bagaimana? melalui cara yang diredhai Tuhan atau sebaliknya? itu yg harus di fikir2 kan.. 

Komik dari langitilahi ni bagus jugak dikongsikan.. hehe

Perbaiki diri, nescaya jodoh kan datang sesuai dengan iman di hati..

Begitulah sunnatullah, ada orang jodoh cepat, ada yg lambat..ada juga yang tidak bertemu.. semua itu rahsia Tuhan.. Kita hanya disuruh berusaha.. :)

Saya dulu pernah berfikir,
kahwin ni susah, tp tak kawin pun susah juga..
Ada anak ni susah [mencabar nk mendidik dan membesarkan], tp takde anak pun susah juga..
Tak keje susah [tak dak duit], tp bila keje pun susah juga [tekanan, deadline..etc]..
Tuhan tu Adil, setiap perkara ada ujiannya tersendiri.. Kita perlu jiwa yang BESAR untuk menghadapi ujian  dan mehnah hidup.. Ganjaran BESAR dari Nya buat yang SABAR...

Wallahu'alam.. sekarang musim kenduri kahwin tiba lagi, hehe

Nota kaki: 19 November - Birthday ayah mertuaku dan Arsyad dah boleh merangkak gear 1, Alhamdulillah!

Wassalam.



2 comments:

Hijab4Nisa said...

miha dear..
semua yg kita lalui mempunyai ujian kan. Tiada yang mudah, tiada rehat.
Namun, kita sentiasa kena berusaha untuk menjadikan apa yg kita lakukan adalah yg terbaik dlm hidup kita. Masa semakin berlalu, hidup kita semakn berubah.. We have our target in our life.. Nak mencapai target tu kena sabar dan usaha..
Insyaallah, semoga Allah permudahkan urusan kita, serta memberkati rezki kita

fatah ismail said...

betul tu

Post a Comment