Saturday, October 15, 2011

:: May He lead the way..::

Arsyad pertama kali pijak pasir pantai..

Looking at the sunset.. SubhanaAllah! Pencipta yang Maha Agung!
Salam'alaik...

lama tak menaip.. Just to share dengan sahabat2, moga bukan sekadar cerita tapi dapat juga 'ibrah (pengajaran) untuk kita sabar, tawakkal dan bersangka baik dengan Allah.. Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hamba2Nya..

Rumah
Sejak hubby involve in property as an estate negotiator, 2-3 bulan ini income tak berapa stabil. Plus, I'm no longer working.. So we decided to sell our house that we have bought last year.. betul2 1 week after kawin kami pi booking rumah tu.. dengan harapan kami akan berpindah untuk memulakan hidup berkeluarga sendiri.. Tapi perancangan Allah jauh lebih baik.. dalam kesempitan kewangan ketika tu, ada buyer yang sudi membeli rumah kami.. Alhamdulillah! Rasa happy coz dah x terbeban dengan bayaran rumah pada bank tiap2 bulan, but at the same time I feel really sad to let go the house..it is not meant for us.. (months ago, we bought a few furniture and had draft some plan to decorate the house..) but Allah knows best.. :') Buyer ni seorang peguam dan dia banyak share ilmu tentang properties dengan hubby.. Dalam masa 5 tahun dia dah ada 8 buah rumah/apartment dengan mengamalkan pelaburan dalam property ni.. bayangkan, 3 buah je guna loan, yang lain sume beli cash! Rumah yang kita beli and then kita sewakan pada orang memang boleh menjana pendapatan yang lumayan..! sekarang buyer ni dok goyang kaki je and duit tetap masuk tiap bulan.. syok kannnn...? Tapi itulah, hikmahnya bila rumah ni terjual Allah temukan kami dengan orang yang berilmu yg tak lokek untuk berkongsi rahsia dia dalam dunia hartanah nih.. Banyak yang kami belajar, moga murah rezeki akan datang dan lebih bijak lepas ni untuk membeli rumah.

Kereta
Kelmarin, kami on the way ke KLIA untuk berjumpa dengan adik MHi yg akan fly ke Turki.. Di takdirkan kereta breakdown dan kami terkandas di RnR Dengkil.. Ya Allah, waktu dah 11 malam, dengan Arsyad bersama, hanya Allah yang tau perasaan saya.. Mujur ada peronda PLUS yang datang dan kereta kami di tarik ke perhentian tol KLIA.. Arsyad dah meragam sebab rimas panas dan mengantuk.. Terasa benar2 teruji.. Nk tunggu peronda PLUS tu sampai punya lah lama.. Dok lah kami dalam gelap tepi high way tuh.. sebelah tu dah la hutan.. Arsyad menangis2 serba tak kena... bibir tak henti membaca ayat2 Quran, Saya meletakkan tawakkal yang tinggi padaNya.. pada Engkaulah ya Allah dikembalikan segala urusan.. Alhamdulillah, setelah keletihan menunggu sume, kami selamat sampai ke rumah jam 3 pagi.. siap kena tegur lagi dengan pakcik peronda tu " anak kecik mana boleh bawak jalan malam.. dari baby smpai 1 tahun tak leh kuar malam" Dalam hati saya, Hai laaa pakcik, tak de makna lah saya nak tinggal anak saya ni, saya akan bawak ke hulu ke hilir mana saya pergi.. Idok ler teman sanggup nak menunggu sampe 1 tahun... huhu
Saya faham concern pakcik tu, tapi susah la saya nk 'kuarantin' anak ni dari kuar malam.. saya cuba kurangkan tapi tak la tak de kuar langsung..hehee

Business
Ahaa...! sekarang saya sudah berniaga online.. S & K eShop.. buat masa ni antara produknya ialah:
* high quality fabric handbags!
* yummy HALAL marshmallow :)

Bag kain ini boleh pelbagai guna.. isi pakaian, kain telekung, barang2 bayi, buku2 belajar, barang2 keje dan pelbagai lagi khusus untuk wanita.. Dibeli in bulk from Bangkok. Corak yang casual dan santai..
Marshmallow pula saya sudah jadi sebagai agen, saya menerima tempahan sebagai doorgift untuk perkahwinan.. Boleh juga untuk sebarang keraian yang pelanggan suka.. Dijual dalam bentuk pakej kecil2 atau mengikut timbang.
Ada lagi produk yang saya akan tambah kedalam eShop ni, tapi insyaAllah akan update from time to time... :) If everything works well, insyaAllah I will have my own website..May Allah guide me..
Walauapapun yang ditempuhi, may HE lead the way and shower us with blessings!

Wassalam

4 comments:

JiHa said...

alhamdulillah miha...ujian utk uji kesabaran...btl x???situasi miha iras2 je ngn sy ni...x keje..mmg mslh kewangan...hehe...
tahniah dah start business online..=)

Basyirah Abd Rahman said...

semoga Miha tabah menghadapi ujian, sekarang ni mmg sbg ibu kita byk diuji kan miha..
Tahniah atas pembukaan kedai online! insyaallah berniaga ni byk rezkinya.

syaz@rozelt said...

Miha nak link kedai online..hehe..insyaAllah kalau dh bkeluarga ada je rezki dariNya~

SaMihaH said...

Tq jiha, syaz n basyi yang sentiasa memberi kata2 semangat! Glad to have friends like u!! <3

Syaz: miha blum aktifkan lg link kedai online, buat masa ni hanya upload di album photos kat facebook.. will update to u soon, insyaAllah! Tq dear! :D

Post a Comment