Alhamdulillah.. hari ini sudah masuk hari ketiga bulan Rejab 1431H.. Sebentar lagi Ramadhan akan menjelma pula... Bulan yang amat ditunggu-tunggu untuk mengumpul pahala.. Sejauh manakah saya sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan..? Kena cek buku mutabaah amal saya... Apapun, at least saya aware of Ramadhan will be coming soon.. Amalan harus ditingkatkan selalu.. berusaha untuk itu!
Update tentang diri kini: Perasaan bercampur baur.. soalan yg common di tanyakan kepada saya akhir-akhir ini.. " dah sedia ke mental dan fizikal? semua dah ready?"
Huh. there is no definite answer at the moment.. I wish I could say.. yes, definitely, I'm absolutely ready! ^___^
Tapi, berusaha untuk bersedia itu jauh lebih penting kan.. Nak sampai kepada perfection tu, saya x tau la bila.. But at least, working hard towards the perfection is good enough..
Bermacam-macam dugaan yang ditempuh sepanjang fasa ini.. hanya Allah yang mengetahui,.. hati perlu berlatih untuk kuat.. ni baru permulaan nya sahaja.. betul la kata orang, minta pd Allah di besarkan hati untuk menerima ujian, bukan pinta ujian itu di kecil kan.. kerana sesungguhnya ujian itu sesuai dengan kesanggupan/kemampuan hambaNya..
Mungkin orang lain pada saat ini memikirkan ingin membina kerjaya, mengumpul aset, masih muda, tidak mahu ada komitmen, dan ingin mencapai semua impian, tp saya memilih untuk ke maratib amal ke-2... kelihatan seperti keputusan yang tidak berfikir panjang...?
Saya juga seorang perempuan biasa yang mempunyai cita-cita seperti mereka.. tapi saya percaya apabila Allah membuka laluannya, dan Dia telah memandu saya ke tangga itu, saya harus menaikinya dengan pakaian Iman, Ilmu, Sabar, Redha dan Tawakkal yang tinggi pada Nya..
Mudah kah? Pasti nya tidak semudah yang dikata.. Menuntut praktikal kepada kelima-lima elemen di atas.. tapi pahala yang disediakan pasti besar juga ye... Pengasihnya Allah, ganjaran pahala beribadah untuk mendekatiMU Engkau buka seluas-luasnya... pastinya matlamat tertinggi hidup saya ialah ingin meraih redha Allah..
Nabi bersabda:
"Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat orang yang hidup membujang".
(Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67)
(Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67)
Kata-kata nasihat dari Abu Saif:
"Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu. Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.. Jangan sekadar syurga dunia".
Yaa...itu lah matlamat jangka panjang saya.. Redha Allah that will eventually leads to His Jannah.. [surah Al-Fajr: 28-30]
Bagi sahabat yang belum bernikah: Jom luruskan NIAT untuk bernikah, dan memandang sisi positif bahawa sesungguhnya nikah itu suatu ibadah yang membawamu dekat kepadaNya, bukan sekadar memenuhi keperluan fitrah manusia..
Bagi sahabat-sahabat yang baru-baru ini menikah: Akh Saad dan Ukht Salwani, serta Akh Amirul dan Ukht Hajar.. Mubarak! Moga kalian terus tsabat, sempurnakan lah separuh lagi dari agamamu dengan pakaian Taqwa.. Ameen~
3 comments:
salam kakak
adik yg kecik nie sentiasa mendoakan yang terbaik utk akak. moga2 binaan indah ini akan terus teguh dan sentiasa bersinar dlm rahmatNYa. jangan terlalui khuatir,insyaallah semua akan baik2 shaja...kami akan sentiasa bersama kamu...Allah juga sentiasa bersama kamu...senyumlah...
wslm wbt
Adik sayang..,
kata2 mu amat menyentuh hati ku..[mata mula berasa sedikit basah] huhu.. :')
terima kasih atas sokongan..amat perlu itu.. moga Allah balas dgn balasan di Syurga..
May Allah bless us all, Love u Lillahi Ta'ala.
:)adik ni pon mahu menyibuk nak comment
Post a Comment