Salamun'alaik..
Terjumpa sesuatu di net.. oleh itu saya ingin berkongsi disini.. moga menjadi peringatan untuk diri sendiri dan bermanfaat untuk sahabat2.. ^__^
Terdapat 3 prinsip dalam kita melaksanakan amanah dan bekerja sehari-hari Iaitu:
Terjumpa sesuatu di net.. oleh itu saya ingin berkongsi disini.. moga menjadi peringatan untuk diri sendiri dan bermanfaat untuk sahabat2.. ^__^
Terdapat 3 prinsip dalam kita melaksanakan amanah dan bekerja sehari-hari Iaitu:
- Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah)
- Mas'uliyyah
- Itqan
1. Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah)
Ubudiyyah dalam bekerja bermaksud kita melaksanakan tugas semata-mata kerana Allah dan meNIATkan setiap perkara itu sebagai ibadah untuk meraih ganjaran di akhirat kelak. Bekerja itu menjadi ibadah apabila menepati syarat2 syarak.. Iaitu:
- Niat yg ikhlas - syarat yg paling utama yang menjadi roh kepada amal untuk dikira sebagai ibadah. Bekerja dengan harapan mengharapkan keredhaanNya itulah dikatakan diat yang ikhlas.
- Pekerjaan tersebut tidak melanggar atau bercanggah dengan syarak,mksdnya, bentuk, nature kerja itu halal di sisi Allah.. jika kerja itu haram dalam Islam, walaupun niat seseorg itu baik, maka bukan lah satu bentuk ubudiyyah kepadaNya
- Pelaksaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip dan akhlak Islami seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
- Bekerja jangan sampai melalaikan ibadah pokok seperti solat, dan puasa..
2. Mas'uliyyah
Bermaksud accountibility.. which means, seseorang itu bertanggungjawab keatas apa yang dilakukan dan dibelanjakan kerana kita bukan sahaja akan disoal di dunia, malah di hari pembalasan kelak. Sebagaimana Saidina Umar r.a pernah berkata:
" Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu.." Imam Muslim
Hadis ini mengingatkan tentang 2 perkara, setiap org memikul amanah dan tanggungjawab yg wajib ditunaikan, dan setiap amal itu, kecil ataupun besar akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di Akhirat kelak.
3. Itqan
Itqan bermaksud bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amal atau kerja dan melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. Perkara ini dituntut dalam Islam dan Allah menyukai hamba-hambaNya yang apabila melakukan sesuatu kerja, ia dilakukan dengan sungguh-sungguh.
Oleh itu, jom kita set kan dalam hati, apa jua amal dan kerja kita sehari-hari, semuanya Lillahi Ta'ala.. penat, stress, itu adalah lumrah.. tiada kerja yg mudah di dunia ni, semua menuntut keSABARan dan keTABAHan.. semua itu kita minta hanya pd Allah yg Maha Pemberi agar dikurnia kan hati yg kuat.. ^__^
0 comments:
Post a Comment