Friday, April 30, 2010

Jom ke MARS!

Salamun'alaik..

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH
(MARS) 2010

OBJEKTIF MARS 2010:


  1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
  2. Menjalinkan networking dengan pelbagai pihak
  3. Menekankan keperluan amar ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
  4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita

TEMA:


Lelaki Pelindung Wanita
(Surah An-Nisa':34)


TARIKH:
2 Mei 2010

MASA:
8.00 Malam - 11.00 Malam


TEMPAT:
Shah Alam Convention Center (SACC Convec)




KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff

Penaung Raudhatus Sakinah

(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

PENAMPILAN ISTIMEWA:



  • Kumpulan Demascus
  • Xifu & Algebra
  • Aisyah
  • Persembahan anak-anak remaja
  • PENGACARA MAJLIS - Ahmad Fedtri Yahya (TV3)
Kawan-kawan,

Mari menjadi masyarakat yang prihatin...
Jumpa anda di sana...! =) Have a great weekend ahead...!

Tuesday, April 20, 2010

::Itqan dalam Bekerja::

Salamun'alaik..

Terjumpa sesuatu di net.. oleh itu saya ingin berkongsi disini.. moga menjadi peringatan untuk diri sendiri dan bermanfaat untuk sahabat2.. ^__^

Terdapat 3 prinsip dalam kita melaksanakan amanah dan bekerja sehari-hari Iaitu:
  1. Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah)
  2. Mas'uliyyah
  3. Itqan

1. Ubudiyyah (Pengabdian kepada Allah)
Ubudiyyah dalam bekerja bermaksud kita melaksanakan tugas semata-mata kerana Allah dan meNIATkan setiap perkara itu sebagai ibadah untuk meraih ganjaran di akhirat kelak. Bekerja itu menjadi ibadah apabila menepati syarat2 syarak.. Iaitu:
  1. Niat yg ikhlas - syarat yg paling utama yang menjadi roh kepada amal untuk dikira sebagai ibadah. Bekerja dengan harapan mengharapkan keredhaanNya itulah dikatakan diat yang ikhlas.
  2. Pekerjaan tersebut tidak melanggar atau bercanggah dengan syarak,mksdnya, bentuk, nature kerja itu halal di sisi Allah.. jika kerja itu haram dalam Islam, walaupun niat seseorg itu baik, maka bukan lah satu bentuk ubudiyyah kepadaNya
  3. Pelaksaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip dan akhlak Islami seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
  4. Bekerja jangan sampai melalaikan ibadah pokok seperti solat, dan puasa..

2. Mas'uliyyah

Bermaksud accountibility.. which means, seseorang itu bertanggungjawab keatas apa yang dilakukan dan dibelanjakan kerana kita bukan sahaja akan disoal di dunia, malah di hari pembalasan kelak. Sebagaimana Saidina Umar r.a pernah berkata:

" Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu.." Imam Muslim

Hadis ini mengingatkan tentang 2 perkara, setiap org memikul amanah dan tanggungjawab yg wajib ditunaikan, dan setiap amal itu, kecil ataupun besar akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di Akhirat kelak.


3. Itqan

Itqan bermaksud bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amal atau kerja dan melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. Perkara ini dituntut dalam Islam dan Allah menyukai hamba-hambaNya yang apabila melakukan sesuatu kerja, ia dilakukan dengan sungguh-sungguh.

Oleh itu, jom kita set kan dalam hati, apa jua amal dan kerja kita sehari-hari, semuanya Lillahi Ta'ala.. penat, stress, itu adalah lumrah.. tiada kerja yg mudah di dunia ni, semua menuntut keSABARan dan keTABAHan.. semua itu kita minta hanya pd Allah yg Maha Pemberi agar dikurnia kan hati yg kuat.. ^__^


Monday, April 19, 2010

Bermusafir lah..

salamun'alaik..

Minggu ni jalan lagi.. ^__^ saya suke jalan2 rupanya.. eheh. Jauh perjalanan luas pemandangan.. dan semakin kita mengkagumi Kekuasaan Ilahi.. Bila kita lihat bukit-bukit di kiri dan kanan jalan raya.. kabus di pagi2 hari... pokok2 yang tinggi dan hijau je sume... ada satu perasaan dlm jiwa terasa.. keTENANGan... ciptaan Allah semua membuat diri rasa tenang... Benar lah kata Allah, Allah suruh kita berFIKIR...:

[17]
Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
[18]
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
[19]
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
[20]
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

surah Al-Ghasyiah

Petang tu pulang ke KL, hujan dengan sangat lebat.. saya menyaksikan 2 accidents berlaku di tepi jalan.. 1 yg berlanggar dengan divider jalan, [hilang kawalan barangkali,]lg 1 berlanggar antara 2 buah kereta..[break x makan atau x nampak jalan..] agak seram juga hujan2 begini.. Kalu Allah nk ambil nyawa, bila2 masa sahaja.. Dalam hati berdoa moga kami selamat sampai..

[35]
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Surah Al-Anbiyaa'


Flash back sikit-- Last week pegi melawat Nihlah di Hospital Ampang.. Alhamdulillah, telah selamat melahirkan Mujahid Jr yang diberi nama Ikram Fakhri bin Abdullah Mujahid..

[67]
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).

Surah Al-Ghaffir

Boleh tgk gmbr Ikram di blog mama nya

sangat comeel!! ^_^

Sekian update tentang ziarah dan jalan2.. jumpa lagi!

Thursday, April 8, 2010

::Kukuhkan langkah mu::

Salamun'alaik..

Last week, daurah penggerak bertajuk I'dad Murabbi di Afaq PJ telah berlangsung. sayangnya saya last minute x dapat hadir pula, kerana ada tetamu dr jauh yg dtg ke rumah.. ingat x jadi dtg, jadi pula... huhu.. Adoiyai, kena tahan dengan mak, kena tlg dia masak... Hr tu saya masak mihun beserta sedikit hidangan kuih muih.. ^__^

Oleh itu, dengan rasa bersalah, saya telah meminjam nota usrati, Cik Sarah Aisyah Basri.. Wajibat Al-Akh, panjang... ,ada 38 semua nya.. Alhamdulillah, saya salin sehingga habis.. Disini saya kongsi kan beberapa point lain yg saya 'terjumpa' dalam nota cik Sarah ni..

  • Para du'at perlu pandai memprioritikan program2 yang perlu di hadiri. Perlu hadir - tengok awlawiyat. Berdisiplin dalam menghadiri daurah -- aduh, terasa.. T__T
  • Kita harapkan antum menjadi dai'e yg boleh berkorban dan tidak beralasan dalam bekerja -- terasa lagi.. T__T [dalam arkanul bai'ah ada cover tentang ni]
Heh, saya akan cuba terus perbaiki diri, harap kawan2 juga tetap terus memberi sokongan.. Sungguh, jalan ni panjang... please grip my hand firmly and together we move forward towards ISLAH...!

*********************************************************************************
Owh ye, sebelum terlupa, trima kasih adik2, beberapa ketika bersama kalian cukup bermakna.. mengubat hati yg terluka dek kesibukan dengan urusan2 duniawi yg lain...

Perkara kedua, sekadar makluman, Sabtu ini, 10 April 2010, akan diadakan majlis Haflatul Wida' meraikan graduan UM pada thn ni... Seribu kemaafan saya minta kerana tidak dpt menghadirkan diri, from now onwards, saya bekerja pada Hari Sabtu dari jam 9.00 pagi -1.ptg berkuat kuasa pada minggu ini. Memo telah dikeluarkan. Maaf sgt2 sahabatku... ucapan bg mereka yg bakal grad:

Selamat datang ke alam yg lebih mencabar... mudah2an bekalan tarbiyah yg dikutip sepanjang di IPT cukup kukuh untuk ntum menempuh alam baru... dunia kerjaya dengan pelbagai ragam manusia.. Bukan lagi dalam kepompong bi'ah solehah... Saat inilah ntum merasai bagaimana untuk mengimbangkan antara dakwah dan kerjaya... Moga terus laju mengorak langkah! Doa jangan pernah putus agar terus tsabat dan tabah...



sekadar itu dulu.. wallahu'alam..


Tuesday, April 6, 2010

:Aku juga ingin jadi bidadari itu...:

Salamun'alaik...

Sedikit perkongsian dari blog Ummu Husna.. smoga sebagai ilmu tambahan buat tatapan semua...

bace selanjutnya..: Ummu Husna

Impian ku juga ingin menjadi solehah.. agar bidadari di Syurga Allah itu juga cemburu kepadaku.... betapa indahnya ciptaan mereka seperti yang dinukilkan di dalam Al-Quran...

Firman Allah SWT yang bermaksud :

”Dan ( di dalam syurga itu ) ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan.” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 22 – 23 )

“Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 35 – 37)

“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yaqut dan marjan.” ( Surah Ar-Rahman ayat 56 – 58 )

Moga Allah permudahkan jalannya.. Amiin...