Thursday, November 22, 2012

::2,4,6!::

Salam'alaik..

For this month update.. I want to write down my dear 20 month-old Arsyad's learning activity..

Alhamdulillah, Arsyad dah mula mengira.. umi selalu ajar Arsyad kira no 1 sampai 6.. After few attempts, the end result goes..

Umi: Arsyad ikot umi kira k.. satuuu..

Arsyad : Duaaaa..

Umi: Ikot umi dulu.. ulang balik... satuuu..

Arsyad : Duaaa..

Umi: ish2..oklah, sambung terus, duaaa...

Arsyad : duaaa...

Umi: Tigaa..

Arsyad: Empatt..!

Umi: Liiimaa..

Arsyad: Enaammm! 

Umi: Umi suruh arsyad ulang ikot umi laa,.. ishh..

Arsyad: Umiiii... Ish3..

Umi: [alamak, dh pandai mengajuk pulak budak nih]

He is a fast learner.. cepat je mengajuk orang ckp.. ckp kena hati2 selalu.. panggil hubby 'abang' pun dia sibuk nak panggil 'abang'... -___-"

Alhamdulillah, Arsyad dh boleh buat short sentence.. joining 2 words together.. simple sentences:
dah mandi... nak susu.. jom jalan... abi work.. mane umi... mane wan... mane abi...gi school.. abi tdo.. nak bikot.. etc2..

Arsyad dengan rambutnya yg serabut..!

Nearly 2 year-old now.. Ramai sgt yg bertanya, pd saat entri ini ditulis, Arsyad belum lagi nak dpt adik.. we planned, but Allah knows better when the right time is... Apa2 pun, klau di takdirkan ada, I surely will share the good news.. ehehee..

today's date: 22nd November 2012.. 3 years back, was my engagement in 2009.. just a simple event, and yet  a memorable one.. 

Saat disarungkan cincin.. :) aduhaiii..cpt nya masa itu berlalu.. 

Bersama dengan 2 sahabat yg sudi hadir.. Sekarang,depa dh kahwin, dah ada 1 anak dah pun..mama kepada puteri masing2.. comel2 okeh.. teringin nak wat menantu.. ehehee.. :p jgn maraa...

Disember semakin menghampiri.. tahun baru bakal tiba.. Moga Allah aturkan hari2 mendatang dengan lebih baik dan sentiasa dirahmati..

Wassalam.





Saturday, November 10, 2012

:: so blessed being a mother ::

salam'alaik..

Terjumpa post ni kat FB.. ada org share dari Persatuan Ibu2 Muda Muslim..

Kelakar jugak baca.. ^__^

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

All of these are soooo true!! :) Alhamdulillah, despite of all the tiredness and tantrums.. hidup ini tetap terasa indah dengan kehadiran anak.. sukar diungkap dengan kata2.. sapa yg melaluinya yg akan benar2 memahami.. hihihi.. 

menjaga anak itu mudah, mendidik anak itu yg payah..
memberi mkn, minum n tempat tinggal bukan satu dilema, membentuk aqidah, akhlak Qurani dan nilai2 Islam dlm diri anak itu yang jauh lebih utama..

Menjadi ibu bapa perlu ilmu.. sama2 lah belajar.. ia satu proses.. Proses yang bukan sehari dua, tp sehingga lah kita tua.. 

Duhai anak,
moga kamu menjadi saham utk umi dan abi ke syurga JannahMu di akhirat kelak! Ameen.