Thursday, February 18, 2010

::Wacana over the weekend::

salamun'alaik...

sedikit iklan ye.. bg mereka yg berkelapangan hujung minggu ini, let's spare some time untuk ke Wacana Intelektual anjuran Akademi Islah Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kelab Belia JIM (KBJ).. Butiran lanjut seperti di bawah...

TARIKH : 20 FEB 2010 (Sabtu)
MASA : 9am-12.30pm
TEMPAT : Pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati
Tajuk Wacana : Dari Kampus ke Masyarakat

Moderator dan panelis-panelisnya hebat-hebat belaka.. mereka merupakan aktivis yang sangat lah kaya dengan pengalaman dalam arena dakwah..

Moderator : Wan Muhammad Wan Ibrahim
Pernah menyandang jawatan Pemangku Presiden KARISMA. diaktifkan dalam gerakan dakwah student ketika dalam KARISMA. Hj Roslan Mohammad adalah antara Naqib beliau di UiTM Shah Alam. Menghasilkan buku Agenda 07 utk KARISMA. Kini menjadi salah seorang JKP JIM termuda sepanjang sejarah JIM.

Ahli Panel 1 : Hj Zaid Kamaruddin
Pengalaman dakwah ketika student di UK. Bekas pelajar MCKK 1971-1973. belajar di UK dlm bidang civil engineer di Brighton tecnical college (BTC). Berada di UK 1973-1982 - di Brighton dan Cardiff. Ketika umur 20 tahun menjadi spokeman IRC. Umur 19 telah menyampaikan khutbah ketika solat jumaat di BTC. DLm tahun 1986 menjadi slah seorg ahli panel bersama Hj Hadi dan Anwar Ibrahim dlm program musim sejuk MISG US. Sejak kembali ke MAlaysia berkerja sepenuh masa dgn jamaah! Jom kenali peribadi ini dan bongkarkan permata berharga pengalaman hidup beliau.. Beliau tidak suka bersuara. Namun senyum beliau penuh makna. Sekali mengeluarkan kata-kata..bergegar raga, tajam makna menerjah jiwa.... JOM cungkil dan dengarkan pengalaman dakwahnya ketika berstatus PEMUDA..

Ahli Panel 2 : Hj Roslan Mohammad
Pengalaman dakwah di ITM Malaysia . Kecil orangnya tapi besar sumbangan dakwahnya. Membuat perkumpulan KAMI (Kumpulan Al Mujahid Islam) di kampong sendiri dengan menjalankan usrah bila balik bercuti dai ITM. Pernah bergerak aktif dalam Markas Islam di ITM. Beliau pernah gagal dlm pelajarannya tapi itu bukan alasan utk tidak terus mengejar kejayaan di IPT. Beliau ditempatkan lagi sekali di ITM 1985-1988. Beliau bergiat cergas dalam Markas Islam sebagai Tim Pengerusi. Sangat terkenal di kalangan student IPT sehingga ke hari ni.... beliau tidak pernah lelah dgn org muda hingga kini... Jom hayati pengalaman dakwah beliau yg hebat melahirkan insan2 soleh wa musleh!

Ahli Panel 3 : Pn Siti Hamisah Manan
Penulis buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus. Membuat kajian tentang dakwah di kalangan pelajar IPT. Buku tersebut merupakan hasil kajian beliau dlm sarjana sastera (sejarah). Terlibat dlm kegiatan awal KARISMA. Bersama dakwah kampus bermula di UKM dlm tahun 1996 sehingga 2005. Bersama aktiviti tarbiah kampus bermula diperingkat UKM, JIM IPT, JIM IPT Daerah dan JIM IPT Pusat. Pernah ke UK selama 2 minggu dlm tahun 2000 bagi menghayati 'suasana' dakwah di sana.


*************************************************************************************

Mode: Sedang membaca buku K.Misah, Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus... ^_^



Tuesday, February 16, 2010

^_^ happy!

Salamun'alaik..

entry ringkas kali ini... khas buat sahabat baik yg di kenali hmpir lebih 7 thn... 15 Februari 1987.. Selamat Hari Lahir yang ke 23 tahun.... ^_^

Siti Nur Azlinda Suhada Mohd Sabri

ucapan khas buat kamu:
moga terus menjadi anak yg solehah..
letakkan Allah dalam hati mu maka kamu akan sentiasa selamat dalam jagaanNya..
saya doakan kamu terus success dalam kerjaya dan masa depan kamu kelak..
terus kuat dan semangat menyelusuri kehidupan yg ada pasang surutnya..
moga Allah terus merahmati dan memberkati kehidupan mu, sahabat..
dan............yg akhir sekali....
saya saaaaaaaaayang sangat sama kamu....!!!!!!!!!!!

moga ukhwah yg terjalin ni Allah berkati hingga ke akhirnya..satukan lah hati2 kami dalam kebaikan..
mohon dengan sgt hanya pd Mu Ya Rabbi..

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana. "(surah Al-anfal, 8:63)

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (HR Imam Ahmad)

Thursday, February 11, 2010

say NO to Valentine's~

salamun'alaik...

as stated above, say no to Valentine's Day..!


Rasulullah saw telah memberi peringatan, sabdanya:

Sesungguhnya kamu akan mengikut cara hidup orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta sehingga seandainya mereka masuk lubang biawak pun pasti kamu akan menurutinya . Kami bertanya ya Rasulallah adakah maksudnya orang-orang Yahudi dan Nasrani ? Rasulullah SAW berkata ; Siapa lagi ! “
Hadith Riwayat Muslim

Monday, February 8, 2010

Di mana syukur ku..?

salamun'alaik...

Kadang2 dalam meniti kehidupan seharian [urusan dunia yg kononnya sibuk ini] kurang sekali rasanya saya mengzahirkan rasa syukur kepada Ilahi...ya, solat adalah salah satu wasilah menunjukkan rasa syukur.. tp sejauh mana solat itu benar2 menimbul kan rasa syukur dalam diri, atau ia sekadar di dirikan atas dasar kerana ia satu perintah wajib dari Allah...?

hati saya terdetik, betapa banyak nikmat yang kita ambil secara direct dari Allah.. belum kira lagi nikmat yg diberi secara terselindung, yg hadir di sebalik ujian atau musibah... benar lah kalam Allah menyatakan:

[18]
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An -Nahl ayat 18

Sejak saya bekerja 7 bulan ini, hampir semua benda kena bayar..tiada yg gratis lagi di dunia ni.. benarlah kata org, wang bukan segala2 nya, tp segala2 nya memerlukan wang.. hingga ada ungkapan seperti no money no talk..! Setiap transaksi dengan manusia itu perlu di bayar... Kadang kala kasih sayang itu juga di ukur dengan wang... Cukup berbeda sekali kasih manusia dengan kasih Tuhan... Semua nikmat yang Allah beri kita terima secara percuma.. sikit pun tidak di caj.. nikmat bernafas, bergerak, tubuh badan yang sihat...pancaindera yang lengkap.. dan macam2 lagi... kalu dihitung kos setiap satu nya, berapa agaknya yang saya mampu bayar..? mungkin perlu berhutang pada Allah barangkali.. Tp Allah tidak pernah meminta untuk di bayar atas segala nikmatnya itu.. Kasihnya Allah pada hamba2 nya... melebihi dari segala-galanya..

Tp kenapa manusia begitu susah untuk menuruti perintah dan menjauhi laranganNya setelah begitu banyak nikmat yg kita ambil dr yg Maha Pemurah...? Ibarat seorang anak yg derhaka kepada ibu bapa, tp masih meminta itu dan ini dari mereka.. sungguh tidak berterima kasih..!

Jom koreksi diri, adakah kita tergolong dalam kelompok manusia seperti itu..? jika ya, masih belum terlambat untuk perbaiki diri.. Panjat kan rasa kesyukuran setinggi-tingginya walaupun pada perkara yg kecil..sesungguh nya, bila mana kita bersyukur, akan di limpah kan lagi rezeki kepada kita..

[7]
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Surah Ibrahim ayat 7

Owh ye, sedikit hebahan program:

KELAB BELIA JIM (KBJ)
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
KELAB REMAJA JIM (KRJ)

akan berganding bahu menggerakkan...

TASK FORCE
"JOM CEGAH ZINA"

Suatu usaha amar makruf nahi mungkar bersama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tarikh: 14 Februari 2010 (Ahad)
Tempat berkumpul: Kuala Lumpur (akan dimaklumkan kemudian)
Masa berkumpul: 6.00 petang
Kita perlukan sekurang-kurangnya 100 sukarelawan!!

Jika berminat untuk terlibat, hantarkan nama penuh, umur, no. telefon dan alamat email ke abu_itqan@yahoo.com atauhafizbai@gmail.com

mengapa perlu ada Hari Kekasih [Valentine's Day]..??? sedangkan umat Islam hari-hari berkasih sayang lillahi Ta'ala.. Islam itu agama yang penuh kasih sayang.. ^_^

bahagia itu dari Allah, Dia yang mencampak kan rasa itu kedalam hati manusia.. tp kekal kah bahagia/cinta yang tidak berlandaskan cara yang betul...? fikir2 kan...

Wednesday, February 3, 2010

:: Hidup satu perjalanan ::

Salamun'alaik..

wah~ sudah masuk bulan Febuari... time flies...haih!
bulan ni juga usrati turut bertambah lagi seramai 2 org.. Kak Musfirah and Kak Huda..welcome2..ahlan wasahlan.. ^_^ gembira menerima adik bradik baru... ehm, perkongsian antara kita semua akan lebih variasi.. Kali ni mengupas tentang surah Al-'Abasa, surah yg ke-80.. apa cerita di sebaliknya ye..? Ia mengenai teguran dari Allah terhadap Rasullullah supaya tidak mengabaikan org yg berkehendak kepada Islam skalipun orang itu buta..

[1]
Ia memasamkan muka dan berpaling,
[2]
Kerana ia didatangi orang buta.
[3]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
[4]
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[5]
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
[6]
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
[7]
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
[8]
Adapun orang yang segera datang kepadamu,
[9]
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
[10]
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[11]
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
[12]
Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Surah Al-'Abasa: 1-12

Ayat ni bukan la teguran kepada Rasulullah semata2, tp juga peringatan kepada kita supaya meraikan setiap mad'u yg ingin kepada Islam, tanpa memilih2 samada org itu org berpengaruh, atau pun cuma biasa2... kita bukan mengajak mad'u kpd organisasi kita, tp apa yg lebih utama, mengajak mereka kepada Allah.. peringatan ini khusus untuk diri saya..

************************************************************************************
2 Feb 2010 - travel ke Kuala Terengganu.. seawal jam 5.30am telah bersiap, kang ada yg t'tinggal flight kalu lewat... huhu.. meeting pd jam 9am di UDM dan berakhir lebih kurang pukul 1pm.. jenuh juga nak memikir kan apa yg perlu di buat bila flight delay ke 10pm..! nasib baik k.shira berada di Terengganu, dia lah yg menjadi tourist guide kepada saya dan cik Awanis.. hehehe..

Kami sempat la berjalan2 di Pasar Payang sementara menunggu kedatangan k.shira.. adeh, leceh juga nk membeli dgn membawa laptop ke hulu ke hilir.. makanya, kami pun sekadar mencuci mata melihat sutera dan songket yang cantik2 sumenya..harga pun cantik2 juga... =p

3pm - K.shira bawak kami jalan2..tp sgt lah panas terik Terengganu ni rupanya.. huhu.. solat di masjid Kristal, kemudian kami sempat juga singgah kedai keropok lekor di Losong dan ke kedai membeli beberapa barang.. [beberapa sahaja je ye...]

6pm - Pegi ke pantai...! ^_^ sukenya... saya sgt suke pantai.. melihatnya saja sudah mengembirakan hati.. lewat petang yg cantik.. angin pun kuat.. tp sekejap cuma, kami pun singgah ke rumah k.shira selepas itu... dpt bertemu dgn ibu bapa nya yg peramah dan baik hati.. mee kari itu enak sekali..! trima kasih k.shira..! ^_^ owh ye, tdk di lupakan juga, kucing2 kak shira begitu ramai skali..ada la dlm 3,4 ekor kot..huhu.. ada seekor tu cuba untuk mengesel2 di kaki saya ketika kami sedang makan, aduhai...saya hampir dah nk jerit... (>_<) maaf lah encik kucing, saya cuba untuk menyukai kamu, tp masih belum b'jaya.. hrp b'sabar ye.. saya tau kamu baik dan comel..

8.30pm - bersiap2 untuk ke airport.. k.shira dan kakaknya [Along] menghantar kami ke airport.. alhamdulillah, tiba dgn selamat tepat pukul 11pm.. satu hari yg panjang...fuh! penat.. =)

************************************************************************************