Tuesday, January 26, 2010

::Tarbiyah itu petrol::

salamun'alaik..

saya mahu kongsi kan artikel yg cukup menarik ini...satu analogi yg cukup mudah difahami..yuk! jom bace.. ^_^

Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang  baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dai'e itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Taken from : Dakwah.info

p/s: dh lama x bawa cik WLK mandi... weekend ni saya akan bersihkan.. sudah sgt banyak b'jasa kpd saya.. moga terus menjadi kuda dakwah yg menyokong saya sepanjang jalan ini....

Tuesday, January 19, 2010

~MaBruK Emah~

Salamun'alaik..

Entry ni khas untuk coursemate ku, Emah.. Alhamdulillah... all praise goes to Allah, weekend yg lepas,15 Januari 2010, sebuah Bait Muslim telah di bina.. Hati agak terkilan kerana tdk dpt menghadiri majlis pernikahan atau pun walimahnya di Kelantan tu.. (T_T) apa kan daya... mak x benarkan saya ke sana kerana bimbangkan keselamatan.. Mudah-mudahan majlis berjalan dgn lancar dan penuh barokah...

ucapan ringkas buat mu sahabat, emah dan zaujnya..:

Sesungguhnya melangkah ke maratib amal yg ke-2 pasti mempunyai dugaan dan ujian yg lebih mencabar.. namun, b'paksi kan aqidah sebagai teras dalam ikatan perkahwinan, insyaAllah, Allah akan sentiasa bersama kalian meniti alam kehidupan yg bahagia itu... ^_^ moga sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah..

dibawah saya titip kan gambar sahabat saya ni..berseri2 sekali...hihi.. [thanx to Janna yang upload gambar2 ni d FB..maaf ya, mia amik ye Jan..]

alhamdulillah... ^_^

warna mcm peach.. cantik.. ^_^

dua2 sahabat yg comel.. ^_^

Buat mu emah dan suami;
"Barokallahu laka wabaroka 'alaika wajama'a bainakuma fii khaiir.."
(Semoga Allah memberi berkah kepada mu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan)

Selamat menempuh alam baru..moga berbahagia hingga ke syurga..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Surah Ar-Rum:21

Friday, January 15, 2010

~The ups and downs of life~

salamun'alaik...

Alhamdulillah..b'syukur atas stiap hela nafas yg Allah beri..minggu ni dpt jumpa Nu'man yg comel itu.. bln depan Nu'man umur dia masuk stahun..yg uniknya, birthday kami sama..huhu..best2..! bleh la kita celebrate sama ye.. ^_^ dh hmpir 3 minggu tdk b'temu.. suke melihat keletah nya yg lucu..menghiburkan saya n shbt2 ketika usrah di rumah Mkck Chom.. ^_^ owh yaa.. saya juga mendapat ahli yg baru..kak Maryam Madihah, anak Pkck Anuar turut b'sama kami selepas ini.. alhamdulillah, menambah kan lg p'kongsian ilmu antara kita semua.. welcome to RS kak Maryam..!

**********************************************************************************

Beberapa hari lepas sy melalui detik2 yg sukar sekali.. haih! konon nk b'lagak kuat, tp cik air mata ni degil, nk kuar jugak.. [eeii, x mendengar arahan nih..huhu] t'lalu panjang untuk di rungkai kan disini.. alam selepas belajar benar2 menguji saya.. [tiada kaitan dgn kerjaya, kerjaya saya tiada masalah, alhamdulillah..] apapun, saya akan tidak jemu untuk memujuk hati agar terus tabah dan sabar.. Pasti penuh dgn rahmat Allah di sebalik smua tu..cam lirik lagu kat bawah nih..huhu

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
ehm, but on the other side, saya amat teruja krn semalam saya melihat adik2 yg begitu ramai sekali ketika iftor akhwat di surau 12th, UM. muka2 yg tulus dan innocent je sume...[macam masa saya 1st year dlu la kiranya kot..hehe..] saya pun tetiba menjadi sdikit nervous pulak ketika nk sampaikan tazkirah in between maghrib and isya' tu..heh (>_<) saya membawa kan tajuk tentang kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah, seorang sahabat yg cukup mulia akhlaknya dlm perjuanagan Islam.. A point to ponder : sejauh manakah agaknya kesanggupan kita untuk berkorban/menyumbang kepada Islam..? bukan dr aspek materi semata2, tp dr aspek yg lain2 juga... sama2 kita fikirkan..

::mari rawat hati dgn membaca Al-Quran::

ongoing tasks at the moment..:: sedang survey mcm2 benda.. setel kan payment..working on some personal stuff... attend program over the weekend.. ready for tasmi' next week.. [kalu x hafal nnti kena denda..huhu] moga setiap amal itu ada nilainya sisi Allah.. Amiin~

Friday, January 8, 2010

~Doakan buat saudara kita di Gaza~

salamun'alaik...

sepanjang minggu ni, antara isu-isu semasa yg hangat diperkatakan, dan dibincang ramai ialah isu penggunaan kalimah Allah org non-muslim dan juga gesaan t'hadap kerajaan Mesir yang teramat lah zalim kerana menyekat bantuan kpd penduduk Gaza, malahan empunyai kepentingan sendiri dengan bersekongkol dengan Israel laknatullah...!! Jadi, buat masa ini saya ingin kongsi kan tentang isu Palestin, yang saya kira ramai antara kita masih belum mempunyai kesedaran dan maklumat yg jelas berkenaan nya...

Berikut adalah petikan khutbah Jumaat berkaitan isu Palestin yang disediakan oleh Akhuna Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Palestine Centre of Excellent (PACE). Moga bermanfaat untuk kita semua..

Teks khutbah Jumaat: Jgn khianati saudara seagama..

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,


Pada hari Rabu yang lepas, tercatat satu peristiwa yang amat besar maknanya bagi umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza. Sebanyak 240 buah ambulan dan kenderaan membawa ubat-ubatan, makanan, permainan kanak-kanak dan peralatan sekolah Berjaya memasuki Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir.


Bantuan ini adalah dari convoy Viva Palestina 3 (yang bermaksud hidup Palestin) yang digerakkan oleh seorang ahli parlimen British, George Galloway. Rombongan ini bertolak dari London pada 5 Disember 2009 dan setelah merentas Benua Eropah selama 31 hari, mereka sampai ke Gaza pada 6 Januari 2010. Bantuan ini disumbangkan oleh warga dari 17 negara termasuk Malaysia. Sebanyak 9 buah ambulan adalah sumbangan dari rakyat Malaysia.


Meskipun rombongan ini selamat sampai untuk menyerahkan barang-barang bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang sudah terkepung dan terkurung selama 3 tahun, namun misi ini hanya Berjaya dilaksanakan setelah menerima pelbagai mehnah dan ujian yang amat berat. Lebih malang lagi, kesukaran yang mereka lalui bukan kerana mereka dihalang oleh Israel tetapi halangan itu datangnya dari Negara Islam sendiri. Mesir sebagai jiran terdekat kepada Gaza diharapkan akan memberi sokongan dan memudahkan laluan convoy sebaliknya mengenakan pelbagai syarat dan menyukarkan usaha untuk menyalurkan bantuan. Bahkan tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan Mesir hampir-hampir menggagalkan harapan untuk menyalurkan bantuan sejumlah 2 juta USD sumbangan dari warga dunia yang prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan Negara.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah.


Mesir bertindak menghalang konvoi untuk mendarat di pelabuhan Nuweiba di Semenanjung Sinai. Akibatnya convoy yang sudah berada di Aqaba, Jordan dan menanti pengangkutan laut untuk menyusuri laut Merah dan mendarat di pelabuhan Nuweiba terpaksa berpatah balik melalui Syria. Dari Pelabuhan Latakia, konvoi terpaksa menggunakan 3 buah feri untuk ke pelabuhan al-Arish melalui laut Mediterranean. Pelabuhan al-Arish adalah pelabuhan kecil yang tidak sesuai untuk laluan sejumlah kenderaan sebanyak itu. Di samping itu, pengiring dan sukarelawan terpaksa menaiki kapal terbang dan menyertai kenderaan mereka di pelabuhan al-Arish. Akibat dari halangan dari kerajaan Mesir ini, convoy terpaksa menanggung kos tambahan melebihi USD 500,000.


Sebaik sahaja tiba di Al-Arish, pehak berkuasa Mesir hanya membenarkan sebahagian kecil sahaja pengiring memasuki Gaza. Bantahan dari sukarelawan telah menyebabkan passport mereka dirampas dan hanya dikembalikan setelah didesak. Kemudian Mesir mengenakan satu lagi syarat iaitu lebih dari 50 kenderaan mesti di serahkan melalui Israel. Keadaan ini telah menimbulkan bantahan dari pengiring convoy. Kemudian kita diberitahu pihak berkuasa Mesir telah bertindak ganas ke atas sukarelawan dengan membaling batu kepada mereka, memukul, mencedera dan menangkap beberapa orang anggota convoy, termasuk seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang sedang menuntut di UK.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari peristiwa yang bukan melukakan umat Islam sahaja tetapi seluruh warga dunia yang masih ada rasa ehsan di hati mereka. Di satu pihak kita menyaksikan bagaimana warga Britain , Amerika Syarikat dan Eropah menaja beberapa buah ambulan dan bekalan ubat-ubatan atas rasa prihatin terhadap penduduk Gaza. Bahkan salah seorang dari sukarelawan yang menyertai protes di Kaherah adalah seorang Yahudi yang berumur 82 tahun dan merupakan mangsa kepada tragedy holoucaust, pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh Hitler semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah menyertai mogok lapar kerana membantah tindakan kerajaan Mesir menyekat bantuan kepada penduduk Gaza. Kita juga menyaksikan berapa ratus warga Peranchis telah dibelasah dengan teruk oleh polis Mesir kerana meyokong penduduk Gaza di Kaherah.


Kemudian di satu pihak yang lain di kalangan kerajaan sebuah Negara islam, kita menyaksikan satu kekejaman dan penganiayaan yang tidak ada tolok bandingnya. Bagaimana sebuah kerajaan yang diterajui oleh umat islam tergamak bertindak seperti yang dilakukan oleh Mesir. Bagaimana mereka cuba menghalang dunia dari membantu penduduk gaza, tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh Mesir sendiri sebagai jiran tetangga terdekat. Bukan sahaja mereka bersekongkol dengan Israel bahkan turut sama mengepung dan menutup sempadan Gaza. Sudahlah mereka mengenakan pelbagai sekatan kepada penduduk gaza, mereka turut menghalang orang lain dari menghulurkan bantuan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Semua ini menuntut kita untuk menilai peristiwa ini dengan neraca iman. Kadang-kala umat islam terbawa-bawa dengan pemikiran sekular lalu membuat kesimpulan yang jauh dari kebenaran. Ini ditambah pula dengan kecenderungan Asobiyah (kebangsaan sempit) lalu merendah-rendahkan bangsa Arab. Mereka melemparkan tuduhan bahawa orang Arab memang tidak boleh dibawa berunding. Bahkan ada yang tergamak mengatakan tidak ada gunanya membantu rakyat Palestin kerana mereka sentiasa tidak sehaluan dan sentiasa bertelagah.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah.


Ini tiada kena mengena dengan bangsa Arab atau apa bangsa sekalipun. Apa yang kita saksikan adalah satu manifestasi dari satu pertembungan di antara haq dan bathil. Gambarannya telah pun diberitahu oleh Rasulullah SAW.


Abu Hurayrah menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu al-Quds (palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan bagi sesiapa yang berkhianat tidak akan menyakiti mereka sedikitpun. Mereka akan tetap menang, mempertahan kebenaran sehingga saat datangnya kiamat”


Riwayat At-Tabarani


Nahik Ibn Surim al-sakuni menyampaikan dari Rasulullah SAW “Kamu akan memerangi golongan kafir sehingga sebahagian kamu yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka di sebelah barat (Palestin yang terjajah)”


Dari Ibn Hajar al-Asqalani


Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”


Rasulullah SAW mengatakan berhubung penghuni Tanah suci (al-Quds), “Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak mereka dan hamba (pembantu-pembantu mereka – lelaki dan perempuan) adalah di dalam ‘ribat (pengawal pada kubu) pada jalan Allah”


At-Tabarani


Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat” Para sahabat bertanya ‘Di mana mereka itu”? Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”


Iman Ahmad


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?


Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin Negara-negara Islam telah mengkhianati perjuangan Islam dan umat Islam seperti apa yang dilakukan oleh Mesir. Namun kita yakin dengan Allah SWT, bahawa pengkhianatan dan pembelotan pemimpin-pemimpin yang memaksakan kepimpinan mereka ke atas umat islam tidak akan mampu mengkhianati perjuangan rakyat Palestin bahkan perjuangan umat Islam di mana jua. Umat Islam di Palestin tidak pernah goyah dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa selama lebih 64 tahun mengikut taqwim hijri. Kalau perjuangan ini digarap oleh orang yang tidak beriman, maka sudah lama masjid al-Aqsa sudah diruntuhkan dan diganti dengan haikal Sulaiman, tempat penyembahan orang Yahudi. Tetapi ini tidak berlaku dan ia sama sekali tidak akan berlaku kerana Allah telah menjamin keselamatan tanah sucinya dengan meletakkan jundullah, tentera-tentera dari kalangan para mukmin yang ikhlas berjihad pada jalan Allah.


Mesir tidak akan berhenti untuk meneruskan perjuangan sia-sianya. Kini Mesir sedang menanam kepingan keluli sedalam 20 hingga 30 m untuk menutup terowong-terowong yang memasuki gaza dari Rafah. Terowong-terowong in adalah satu-satunya saluran untuk penduduk Gaza mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan dalam keadaan terkepung dari semua arah.


Prof Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam telah membidas Mesir dan mengingatkan mereka supaya menghentikan jenayah keji ke atas saudara-saudara mereka sendiri. Tindakan Mesir, menurut Prof Al-Qardhawi sama dengan mengatakan ‘Palestin boleh mati dan Israel boleh terus hidup!” Beliau menggesa rakyat Mesir supaya bangkit menolak tindakan keji pemerintah Mesir dan mendesak Liga Arab serta OIC supaya menekan Mesir untuk menghentikan perbuatan terkutuk itu. Namun seperti yang dijangka tidak ada pemimpin Negara Islam yang menyahut seruan persaudaraan Islam ini. Cuma Turki setakat ini yang menunjukkan contoh yang wajar diikuti. Sewaktu Mesir menahan convoy dan menangkap sukarelawan, 10 orang pemimpin Turki telah berunding dengan kerajaan Mesir supaya memberi laluan kepada konvoy dan melepaskan sukarelawan yang ditahan. Turki juga membiayai kapal terbang yang disewa khas untuk menerbangkan para sukarelawan akibat dari perubahan laluan konvoy.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama merenung dengan mata hati akan pesan-pesan Allah di dalam al-Quran


“Orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudaramu dan tunaikanlah tanggungjawabmu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”


Al-Hujurat: 10


Nabi Muhammad (SAW) berkata,


"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak berbuat salah kepadanya, mengecewakannya, atau mengabaikannya."


Prof Al-Qardhawi juga mengingatkan kita akan pesan Rasulullah SAW


"Bantulah saudaramu, sama ada jika dia menindas [dengan mencegah dia dari melakukannya] atau jika dia ditindas." Nabi tidak berkata, "kepung dia, biarkan dia kelaparan, atau tindas dia bagi pihak musuhmu."


Menjadi kewajipan dan tanggungjawab Mesir untuk membuka laluan Rafah bagi manfaat wargaGaza kerana itulah satu-satunya jalan keluar bagi mereka. Kewajipan ini bukan sahaja tuntutan syariat Islam tetapi juga kehendak undang-undang. Tidak ada undang-undang yang mengarahkan cengkaman dikenakan ke atas umat Gaza atau menyuruh supaya menjadi tali barut dalam membunuh mereka.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah


Akhirnya kita mengingatkan diri kita semua bahawa Gaza adalah tempat kelahiran ramai ulama tersohor yang lahir di kalangan umat ini. Imam as-Syafii, yang menjadi ikutan umat Islam di Malaysia adalah kelahiran Gaza. Begitu juga ulama besar Imam Ibn Hajar al-Askalani adalah kelahiran Askalan yang kini dijajah oleh Israel di utara Gaza dan dinamakan Ashkalon. Apakah kita rela tanah kelahiran ulama-ulama besar ini diperlakukan sedemikian rupa.


Wahai saudara-saudara seiman. Marilah kita menyahut seruan jihad dengan harta dan jiwa kita untuk meninggikan kelimah Allah di atas muka bumi ini. Di manapun kita berada kita wajib menyertai seruan jihad ini dengan segala kemampuan yang ada. Baitul Maqdis adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Setiap seorang dari kita pasti akan bangkit di kemudian hari dan akan dipertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan untuk membela tanah suci kita.


Surah as-Saff 8 - 9


Kemenangan telah dijanjikan oleh Allah.


“Mereka menutup cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir membenci. Dialah yang telah mengutuskan rasul dengan petunjuk dan Din (agama) yang haq untuk dimenangkan di atas segala agama, meski orang-orang musyrik membenci.


Sumber dari : Lambaian Islah


~Sama2 kita doakan buat saudara kita di Gaza..moga bantuan Allah sentiasa b'sama mreka..~