Monday, September 27, 2010

Resepi!

Salam'alaik...

Alhamdulillah, masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan hari ni.. Googling tadi saya jumpa resepi nk buat lasagna.. macam sedap, x pernah try lg.. Saya share kat sini, sape2 berminat bleh mencuba..! ^__^

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus daging / ayam kisar
  • 1 tin sup tomato
  • 1 - 2 tin sup cendawan
  • 1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok tp kena bancuh air / brand kimball murah)
  • 1 tin cendawan butang
  • mix vegetables ( kalau nak )
  • 1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
  • Italian herbs ( kalau nak )
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  3. Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
  4. Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
  5. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  6. Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
  7. Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
  8. Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )
  9. Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!

Info daripada myresipi.com

Bahan2 dia pun x la susah sgt... If saya berjaya buat, saya upload gmbr nya disini ye..hehe

ok, jumpa lagi..!

Tuesday, September 21, 2010

A new life coming~

Salam'alaik...

On 4th September 2010, my hubby and I went to Klinik Bersalin Annur for my first prenatal check up.. How excited I am…! ^__^

The doctor asked me to lie down to do the ultrasound.. Uh oh! Saya jadi terkedu bila doktor kata "ok, sekarang jom kita tgk baby awak.. baring and rileks ye…”

SubhanaLLah..! We could see our baby moves around.. [Despite that he is soo small, we could see his tiny hands and legs!] Allahu Akbar! I’m so overwhelmed to know that there’s a life living inside me.. :') Tapi tak dapat nak share kat sini gambar scan softcopynya, printed hardcopy je ada..

Alhamdulillah, so far he is in good condition.. Safe n sound in my tummy…huhu.. Pohon doa dari semua.. My next prenatal check up insyaAllah will be on 8th Oct ’10..

Would love to share to all the 3D video, development of fetus from 10-14 weeks!

Click here:

http://www.babycenter.com.my/video/pregnancy/weeks-10-to-14-pregnancy/

Source: www.babycenter.com.my

Gender baby masih belum diketahui, saje je address secara general as "he" :)

Wassalam

Monday, September 6, 2010

::rehat kejap::

Salam'alaik..

Fuh2...! Lamanya tak update blog.. menguruskan kehidupan dunia yang kononnya sibuk lah.. huhu..

My first Ramadhan as a wife.. Alhamdulillah, pengalaman yang baru..bangun sahur dan berbuka.. Iftor di sana sini.. Ada saje bila hujung minggu tiba.. Dapat Qiam bersama, moga segala ibadah kami di nilai oleh Allah dan Bait muslim ini terus di berkatiNya..

Kini, Ramadhan hampir berlalu.. tinggal beberapa hari saje lagi... Moga Allah temukan ku dengan Ramadhan akan datang.. dan jika ku tidak berpeluang, jadikan lah Ramadhan kali ini sebagai asbab agar aku tergolong dalam golongan hambaMu yang Bertaqwa.. Penuh mengharap, Ameen Ya Rab~

Ramadhan kali juga memberi seribu erti.. Kehadiran nya kelak dinanti2 dengan penuh debaran.. Saya panjatkan doa agar semua nya dipermudahkan Allah.. Rezeki dariNya melimpah ruah buat hambaNya.. Moga saya tidak lupa untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaaNya itu.. Tiada pergantungan yang lebih tinggi saya harapkan melainkan padaNya.. Moga persediaan saya juga akan semakin bertambah hari demi hari insyaAllah..

Alhamdulillah, sudah merancang perjalanan dengan zauj ku.. Hari Pertama Syawal akan berada di Kelana Jaya, kemudian Hari Kedua akan pulang ke Ipoh--->Penang..! ^__^ Masa untuk menziarahi saudara mara hubby yang sangat luas...eheh~

Ops, sudah 4.30 petang, time to go home... perlu masak untuk berbuka seperti biasa... Rini menu adalah insyaALlah nasi ayam!

Setakat ni dulu,
-Miha and 10 weeks- ^___^

Wednesday, July 14, 2010

::dari 01 ke 02::

Salam'alaik..

Alhamdulillah.. nikmat Iman, Islam dan kehidupan dirasai lagi hingga ke saat ini.. Terima kasih ya Allah..

hampir 3 minggu tidak update blog rupanya.. hehe.. sejak bertukar status 2 minggu yang lalu, banyak email-email yang tak terbaca.. beribu2 lemon! :)

Alhamdulillah, bergelar isteri sesuatu anugerah yang amat di syukuri.. seiiring dengan itu, cabaran di alam rumahtangga juga turut mengajar saya untuk lebih matang menguruskan kehidupan..

Dengan lafaz yang mulia itu, termeterai lah ikatan yang sah sebagai suami isteri antara kami...

Beberapa nasihat yang saya ingin kongsikan, [di pilih secara random] yang cukup bermakna buat saya yang masih kerdil untuk melayari alam rumah tangga... [identiti pemberi nasihat dirahsiakan, ehhe]

  1. "Sabar..kalu masa single sabar 1x, lepas kahwin kena sabar 3,4 kali ganda!"
  2. "Jika sampai suatu ketika, rasa macam susahnya kahwin ni, ingat lah nikmat berkahwin Allah x bagi pada semua orang, oleh itu bersyukur lah dan harungi lah dengan tabah"
  3. "The key to succeeding in marriage is not finding the right person; but learning to love the person you found!"
  4. "Ta'aruf itu bukan sehari dua, malah sepanjang alam perkahwinan.."
  5. "Berterus terang dalam komunikasi dengan berhemah, jangan pendam perasaan"
  6. "Jaga hubungan dengan Allah, kebahagiaan rumah tangga itu dari Allah, Dia yang mencampakkannya bahagia itu dalam hati-hati manusia.. berdoalah selalu.."

Kat bilik tu ada 7,8 buah lagi buku berkaitan baitulmuslim yang belum khatam.. adeeh.. Dapat hadiah dari sahabat2 ketika walimah hari tu... Terima kasih kepada semua yang memberi.. Sebaik-baik ganjaran dari Allah pasti buat kalian.. Akan cuba untuk baca sedikit demi sedikit..


X mudah rupanya menjadi isteri ni, [bace: dalam mode adaptasi] kekok lah sikit itu dan ini.. eheh. Kadang-kadang kepenatan tu hanya Allah yang tau.. Moga Allah bantu saya untuk menjadi isteri yang baik.. :)

"Moga Allah sentiasa melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmahNya pada kita.."

My beloved husband, i love u always, for the rest of my life..! :) bimbing lah saya ke arah redha dan cintaNya Yang Maha Agung..

Dulu 01, kini sudah 02.. apa maksudnya? ehm. :) ok, tu dulu, jumpa lagi..

salam sayang lillahi ta'ala,
-zaujah Khairul-

Monday, June 21, 2010

Majlis Pelancaran IKRAM Malaysia 20 Jun 2010

Salam'alaik..

Di kongsikan pelancaran Pertubuhan IKRAM Malaysia semalam 20 Jun 2010 di MIECC, Seri Kembangan. Alhamdulillah sempat menghadiri nya.. ^____^ seronok berjumpa ikhwah akhwat yang ramaaaai sangat di event bersejarah camni...

Lagu IKRAM pun penuh semangat.. jom nyanyi!

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne

Lagu oleh: Saff One

Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan


Hari ni dah masuk paper Utusan Malaysia berita pasal pelancaran IKRAM semalam.. jemput bace:




Ukhwah Teras Kegemilangan merupakan cogan kata IKRAM.. Moga ikatan ukhwah kita semua saling membantu gerak kerja dakwah dalam usaha ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia.. Amiin.


Entry terakhir dengan status cik Samihah Mohd Nor