Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

:: 'Ibrah yg terkesan ::

Salam'alaik..

Alhamdulillah.. masih Allah kurniakan kehidupan di tahun 2013 ni..

Moga2 permulaan yg baik untuk tingkatkan amal2 soleh kita semua dari masa ke semasa..

Alhamdulillah..thn baru, kerja baru.. suasana yg baru.. pengalaman baru juga.. Diberi t/jwb utk mengajar Islamic Studies dan HAfazan Quran.. Rasa cam x percaya pulak diberi subject tu sedangkan apply for Subject Math or Sains..

Kadang2 kita tak faham kenapa Allah tentukan sesuatu perkara tu begitu dlm hidup kita.. Rupanya ada hikmah yg besar yg Allah nk tunjuk.. Benar la kata sebuah hadith Sahih bahawa jika Allah nk kan kebaikan pd seseorg itu, Dia akan berikan kefahaman Islam kpdnya.. Share sikit mengalaman saya di sekolah..

case 1
Mengajar bdk primary 3 for their hafazan class.. According to the syllabus they should memorize surah Al-Buruj, Al-Inshiqaq and Al-Mutaffifin in first semester..  Mudah je, dengar diaorg hafaz one by one and do grading in their record book.. 
As usual saya pun bukak la quran sambil cek bacaan diaorg.. Ada sorang student ni dengan selamba je dia tanya, " Teacher, why do u look at the quran? surely u had hafaz all surah right..." Zass! Sentappp habis.. 
Lesson learnt : sambil2 mengajar tu baik la saya sama hafaz sekali.. Allah nak saya dpt pahala lebih melalui pelajar saya..Allahu Akbar! Unik cara Allah mentarbiyah kita.

case 2
Another class is, qiraati class (Bacaan) for special kids.. tak ramai, dlm 6 org je, so saya bleh fokus utk bantu bdk special ni (slow learners) dengan lebih teliti.. 1st day of kelas, saya amik nama sorang2.. Saya tanya nama sorang student ni, " What's your name, boy?" He replied " Mohd zaim yusof" " How to spell? M--O--H--D rite? ok..zaim bin yusof ya.. Yusof tu Y-U atau  Y--O? Double F ke?" Dia diam kejap. Pastu dia jawab, "Ntah la teacher.. I dont know exactly my father's name.." I was surprised, "eh, why???" " He left me,  my parents dah bercerai.." I was like..... "o--okkk.. tak pe2, teacher tulis biasa je ye.."
Lesson learnt: Penceraian sesuatu perkara halal yg paling dibenci Allah.. terlalu byk membawa mudharat berbanding kebaikan.. Cerai adalah jln keluar paling terakhir sekali.. ibu bapa mungkin tak kisah apa, tp ANAK2 yg akan menerima akibatnya.. Tak smua, tp kebanyakkan, attitude negatif anak2 remaja sekarang comes from a broken family.. Bila melihat anak2 yg terlibat dengan gejala sosial ni, bukan 100% salah mereka.. Oleh kerana institusi keluarga tu dah musnah, tumbesaran anak2 psti sedikit sebanyak terganggu.. tak seimbang.. Pilunya hati saya jika anak saya sendiri tidak mengingati saya langsung apatah lg nama pun tak pasti! Nauzubillah min zalik.. 

case 3
Recently Arsyad batuk n selsema.. kejap baik, kejap sakit blk.. sampai tahap batuk2 and then muntah.. keluar kahak.. dia tak pandai nak ludah.. penat sgt menguruskan dia especially after balik sekolah.. asyik meragam nangis2.. serba tak kena.. pastu batuk2.. muntah.. salin baju, basuh bdn, lap tikar... 4,5 kali dalam sehari tukar baju.. letih sgt.. rasa berat betul ujian Allah bagi tambah2 bila hubby takde kat rumah.. Satu hari, ada member share video kekejaman yg berlaku di Syiria.. kejamnya pemerintahan Basyaar Assad Laknatullah.. anak2 kecik terbunuh dan menderita.. sayu sekali melihat mereka yg tidak berdosa diperlaku begitu.. They don't deserve to be treated like that..Childhood should be very happy and full of joy.
Lesson learnt: Bila kita rasa ujian kita hadapi berat, saudara Islam kita diuji dengan lebih hebat lg.. Malah, ibu2 di sana juga tanpa suami disisi.. bukan meninggal kan isteri utk sehari dua je, bahkan utk selama2 nya! moga sabarnya mereka ini kelak akan di ganjari syurga! 

Just a sharing of my 2 cents.. Setiap hari sifat bersyukur msti menjadi pegangan kerana baik buruk sesuatu tu semua berlaku dengan izinNya.. we just have to make the best of it with what we have for the sake of Allah to get happiness in Dunya and Akhirah.. 

Wallahu'alam.. May Allah shower His blessing upon us.. Amiin.. Have a good day!






Sunday, January 13, 2013

:: Arsyad in quarantine ::

Salam'alaik...

Baru seminggu Arsyad masuk school.. Dah ada budak yg kena HFMD.. bg sesiapa yg tak familiar, HFMD tu penyakit kaki tangan dan mulut.. Few days later, teacher Arsyad bgtau yg Arsyad mcm ada tanda2 HFMD.. Allah, saya dh mula panic.. maklum la anak pertama.. mane de pengalaman kena penyakit ni..

Ada teacher nasihat, dont worry, bwk gi jumpa doctor dulu.. 

Jumpa doctor, doctor said.. At the moment, do not worry.. coz Arsyad tak demam yg tinggi and dia still mkn dengan baik.. Alhamdulillah.. yg jadi masalah jika dia demam panas sgt, and tak lalu nk makan or minum.. yg ni baru kes serius dan perlu tindakan cepat..

Antara tanda2 HFMD ni:
1. Kaki dan tangan ada bintik2 merah.. gatal..sesetengah bdk tu ada bintik2 merah di celah kelangkang juga
2. Demam
3. Ada putih2/ulser dalam mulut.. tu yg depa tak lalu nak mkn/minum sebab sakit.

Takde antibiotik pun doktor bg, just ubat demam dan ubat sapu Calamine lotion (tahan gatal merah2 tu). Doktor kata 'ia' hanya dtg singgah dan pergi sendiri.. tak perlu risau sgt2.. 

Hubby terpaksa amik cuti coz saya baru je mula keje..masih dlm probation..plus, baru dpt jadual kelas baru segala..byk benda kena catch up.. and since he is not that serious, I decided not to take any MC or emergency leave.. Hubby tlg jaga.. Saya tak hantar dia ke nursery kang kena plak kat bdk2 yg lain..

Setahun lebih umi jaga Arsyad tak pernah dia kena sakit yg viral camni.. Seminggu je kat nursery dah kena..huhu.. Semua tu dengan izin Allah.. sabar dan redha, Allah akan mudahkan segalanya... :)

Share sikit video gelagat Arsyad mkn... Alhamdulillah sgt, dia masih selera mkn.. Tapiiii..selalu je guna tgn kiri..!! Asyik kena suruh tukar tgn kanan..huhu.. Kidal agaknya Arsyad ni...hihi



Wassalam

Sunday, December 9, 2012

:: tips mendidik anak ::

Salam'alaik..

Saya jumpa info ini di fb kawan.. moga2 bermanfaat utk para ibu bapa dan bakal bapa ibu bapa kelak.. Mudah2an Allah membantu kita mendidik amanah yg berat ini dengan sebaik2 dan seterusnya membawa kita bersama2 ke JannaahNya insyaAllah..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Wallahualam

Wednesday, September 5, 2012

:: Home made pizza ::

Salam'alaik..

Lamanya tak bercerita di blog.. dek kesibukan dgn urusan dunia (ish3..) dan laptop sy yang telah masuk 'bengkel' selama 2 minggu menyebabkan aktiviti bersama laptop terbantut.. huhu..
Maklum la, laptop dh tua.. tp telah byk berjasa! dr zaman belajar hingga keje, tak byk ragamnya.. Akhir2 ini saje ada internal software yg rosak.. Alhamdulillah kembali pulih dan kini berkhidmat untuk tuannya smula.

Oleh sebab hubby gemar mkn roti berbanding nasi, sy pun mula la mencuba resepi membuat pizza.. google je, berlambak resepi ni.. ni pizza version sy.. mari kongsi bersama..

Mula2 kena la buat doh roti..
Apa yg anda perlu kan ialah 500g tepung gandum, 250ml air, secubit garam, 2 sudu besar tepung susu, 3 sudu besar gula, sepaket yis segera, 4 sudu besar butter, 1 biji telur, 1 sudu kecil bread improver. Gaul semua dan uli lah smpai sebati.. bg yg ada breadmaker tu, terbaikk lah! masuk semua bhn dan biarkan BM tu yg buat kerja selama 1 jam..

 Begini lah rupa doh setelah selesai diuli.. Tutup dan biarkan sejam hingga doh naik 2 kali ganda..

Selepas sejam...

Doh dah naik kan... Tumbuk2 bg kuar angin dan uli lg dlm 10 minit.. 

 Jika doh anda lembut dan kenyal, tidak melekat di tangan, bermakna doh roti anda menjadi! *senyum gembira*
Bahan topping pula..

 sos tomato Prego, capsicum, dan hotdog di potong kecil2..

Bulat2 kan doh roti tadi dah canai menjadi leper.. agak2 la bg sama saiz.. letak kan topping sebanyak yg anda suka.. lebih enak jika ditabur kan grated cheese juga..
Bakar selama 20 minit pd suhu 180 darjah Celcius..
Mudah bukan? :)
Gambar pizza selepas dibakar tiada..uhuk,, sungguh enak dimakan hingga lupa untuk ambil gambar..ehehe..

Sekian, selamat mencuba!! 


Monday, July 2, 2012

:: Dulu dan Kini ::



Salam'alaik..

Tetiba terjumpa gambar ni.. hehe.. tag by kwn2 hubby time rehlah ke Bagan Lalang dulu..

Dulu....
                                          

September 2011 - 6 bulan
Kini....

                      
May 2012 - Setahun, 2 bulan.. 

Pipi dah tak sebambam dulu.. baru sebulan dapat kaki, dah ke hulu ke hilir jalan sendiri tak mau dukung.. phew~ 
Umi kurus kejar kamu saje... -__-"

Okeh, sekian,
umi takde kerja mengupdate psl Arsyad..hehehh.. 
Wassalam

Friday, June 1, 2012

:: Arsyad learns and plays ::

Salam'alaik..

Sejak dah setahun, Arsyad semakin banyak belajar benda baru setiap hari..

Umi would like to jotted down some of arsyad's developments as umi's personal records.. boleh compare dengan adik2 Arsyad (kalu ada) akan datang, heheee..

Some of Arsyad's behaviour that umi noticed in daily life..

  • When umi says, "sape nama Arsyad..?" He will raise up his hand with a smile.. :) me!!
  • Arsyad helps me in doing house chores.. when I start sweeping the floor he will get the dustbin from the kitchen and drag hand it over to me.. He learns by seeing me doing it everyday.. 
  • He pick up the cell phone charger from the sofa and wanted to put on to the socket.. Oh, I'm worried when it comes to electricity/sockets/wires.. Fortunately we have bought the Shock Guard to close the sockets around the house.
  • When umi and abi wants to perform solat, Arsyad will drag the sejadah and put it in front of us.. :)
  • When bath time, Umi undress arsyad and he brings his clothes and throw them inside the laundry basket.. He always see abi putting his dirty clothes in there. Smart kid!
  • Whenever he eats something, he will always wants to fed me as well.. very kind of u, son! :)
  • When Arsyad spill water/milk on the floor, he will grab a towel from the kitchen and wipe the floor.. though not very clean.. Soo rajin anak umi sorang ni.. :)
Umi menanti apa lagi pelajaran baru Arsyad akan datang.. Dengar umi/abi mengaji Quran tak pernah ganggu.. diam je main sendiri2.. 
Cuma sekarang, meraung2 kalu jumpa doktor.. Doktor usik sikit (amik temperature) pun dah meronta menangis2 tp x de air mata..adeehh.. 

Kelmarin gi kedai potong rambut pun meraung2 jugak.. takut dengan bunyi mesin agaknya.. haih la~.. Takut dengan orang masih lg tak ilang.. umi nk teka smpai umur brapa thn agaknya..?? -____-" Umi akan cerita bila kamu dan besar nanti Arsyad! :p

Apapun, cik Sarah reminds me of 1st Jun.. Genap setahun jugak lah umi x kerja pejabat dan sejak itu umi menjaga kamu Arsyad... Sementara sahabat2 lain telah pun berjaya dengan karier masing2.. :')
Moga pengorbanan ini Allah ganti dengan murahkan rezeki lain untuk umi di masa akan datang.. 

Arsyad mula jalan pada 11 April 2012.. pertama kali bangun sendiri dan memulakan langkah pertama.. :)

Wassalam

Wednesday, May 9, 2012

:: Tadabbur::

Salam'alaik..

Surah Al-Kahfi banyak pengajarannya..moga bermanfaat untuk sahabat2 juga..

Surah Al Kahfi, ayat 60 - 82 : kisah kembara ilmu Nabi Musa AS & Nabi Khidr. 

Lessons learnt - 
(1) Sabar itu sukar kerana kita tak punya pengetahuan apa hikmah disebalik ujian/cubaan. 
(2) Hanya iman shj lah yg mampu mendidik jiwa utk sabar- utk yakin adanya hikmah yg tersembunyi. Tu sebab `sabar adalah separuh dari iman!' 
(3) tanpa pengetahuan ttg apa yg tersembunyi, kita amat mudah buat judgment, jump into conclusions, sangka buruk dll bila tengok sesuatu di depan mata [ dlm ayat 71, 74 & 77 - Musa buat kesimpulannya sendiri atas semua tindakan Khidr) 
(4) seorg nabi ulul azmi macam Nabi Musa pun mendpt didikan Allah utk sabar, apatah lagi manusia biasa macam kita. Aduhai jiwa, belajarlah utk sabar - bukankah Allah SWT tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya???

Moga Allah beri kekuatan hati dalam menempuh ujian hidup di dunia.. 


Thursday, April 26, 2012

::Stress!::


True isn't it? :)


Salam'alaik..

Sigh~
feels exhausted throughout this week..
sape kata suri rumah a.k.a bekerja dari rumah ni tak stress?? budak sekolah pun stress.. baby je kot yg tak stress.. (I guess..ehehe..)
ehm, i need to refresh myself with some motivation talks/books that can helps to comfort me..
Life ain't easy but Allah will be there to help u..
I believe that blog is not a suitable place for us to pour out ALL our problems.. 
Let's pray for the best and let HIM take care of the rest..

Good night everyone..
Wassalam

Thursday, April 12, 2012

:: Ibu sebagai Pendakwah ::

salam'alaik..

Tajuk entri diatas adalah tajuk rancangan Tanyalah Ustazah di TV 9 yang saya tontoni beberapa  minggu yang lepas.. Rasa agak menarik juga kalau saya kongsikan dengan sahabat2.. Yang baik ambil sebagai bekalan, yang buruk sebagai peringatan... :)

Tajuk episod kali ini agak berat dengarnya kan.. sememangnya ia hadir dengan tangungjawab yang besaaarrr.. :) mencorak nilai diri seorang insan yang suci bersih ketika dia di lahirkan.. 

Kenapa dikatakan pendakwah? Pendakwah ini atau dai'e bermaksud orang yang menyeru atau mengajak manusia kepada kebaikan.. kepada Islam, mentauhidkan Allah yang Esa.. DAN menjauhi larangan2NYA.. Peranan ini ada wajib keatas semua manusia selaku khalifah/pemimpin di bumi ini.. Sebab tulah wujudnya golongan manusia yang menjalankan kerja pengislahan (pembaikan) ini di Malaysia.. antaranya seperti ustaz/ah, tabligh, NGO-NGO Islam, Protaz dan sebagainya yang rata-rata membawa mesej yang sama, iaitu menyebarkan Islaam sebagai cara hidup kepada semua lapisan masyarakat.

Ok, itu lebih kepada definisi,.. dalam konteks saya sebagai ibu, tidak lari dari memikul tangungjawab sebagai pendakwah. Di akhirat kelak Allah akan tanya semula amanah yang diberi ini. Oleh itu sejak dari dalam kandungan lagi sudah bermula didikan tentang Islam kepada anak.

Ibu lah guru pertama bagi anak.. Ibu adalah madrasah (sekolah) pertama mereka.. Sedari kecil, seawal umur setahun, perkenalkan kepada anak tentang Allah dan Rasul.. Lazimkan membaca dan memperdengarkan  ayat2 Al-Quran kepada mereka.. Bukan sekadar nak bagi kenal huruf, atau baca Quran tetapi kalam dari Tuhan mampu melembutkan hati anak agar lebih mendengar kata dan jauh dari gangguan syaitan. 

Dedahkan dengan kisah2 Nabi dan para Sahabat berbanding cerita2 dongeng fantasi.. Anak akan merakam segala ilmu2 itu dalam kotak fikiran mereka walaupun dia kelihatan seperti tidak faham dan belum boleh bercakap.. Tapi bila dia menganjak usia, ilmu2 itu akan 'terkeluar' kembali dalam bentuk perkataan/ucapan dan perbuatannya (amal soleh). Kerana itu ibu bapa perlu menunjukan contoh teladan yang baik kerana tanpa sedar  secara tidak langsung mereka akan mengikut tingkah laku kita.. :)

Tidak dinafikan didikan agama perlu sabar dan konsisten kerana ia memakan masa yang lama..kelak kita sebagai ibu bapa akan sendiri melihat hasilnya.. Ia perlu lah di didik secara bertahap dan perlahan2 sesuai dengan umurnya.. Jangan letakkan peranan membentuk jiwa Islami anak di tangan pusat asuhan dan sekolah taska/tadika semata2.. Ia bermula dari kita, yang membentuk anak mengikut acuan Islam... 


Mungkin ada suara Muharikah (penggerak wanita) Islam di luar sana yang menyatakan kebimbangan untuk berumah tangga kerana  risau akan "syahid" dari medan dakwah kerana sibuk menguruskan keluarga.. Beranggapan bahawa berumahtangga akan merencatkan kerja dakwah mu kepada masyarakat.. 
Anda silap! Untuk mencapai masyarakat yang mengamalkan Islam sepenuhnya, salah satu cara ialah dengan membentuk sebuah keluarga Islam (Baitul Muslim). Perlu diingat, mentarbiyah/mendidik anak adalah satu relung dakwah yang tidak harus di pandang enteng! Bukan kah anak itu kelak yang akan membela dan menegakkan syariat Islam di masa hadapan ketika kita sendiri sudah tidak ada lagi di dunia?? Jangan hanya memandang dakwah dari satu sudut sahaja, ia lebih luas lagi ruang lingkupnya..

Wahai muharikah, lumrah perasaan wanita gembira menceritakan perkembangan anak pada kenalan2nya, bukan perasan, sekadar berkongsi kegembiraan.. anda tidak akan mengerti perasaan itu sehingga anda sendiri yang menjadi ibu suatu hari nanti.. 

sekian, terima kasih kepada Tanyalah Ustazah yang sudi mengupas tajuk tersebut dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat itu.. Wallahu 'alam.. Jumpa lagi! 

Friday, March 9, 2012

::From full time doctor to full time mother::

Salam'alaik..

Quit my job and starting a home-based business is a decision that I will never regret.. This story (below) inspired me to improve myself to be a better mum.. :)

Source: SAUDI Life By Laura Gibb

******************************************************************************
WHEN I announced my decision to resign from my position as a pediatrician in a major Saudi hospital in order to embrace motherhood full-time, the reaction I received from my fellow female colleagues came as quite a surprise to me.

“Are you crazy?!”

“This is the worse decision you will ever make!”

“What will you do at home, you’ll be SO bored and isolated!”

“You’ll become severely depressed within a year!”

At first the reaction of these apparent well-wishers confounded me. What were these women so afraid of?

What made them view with such fear and disdain their God-given role as a mother, wife, educator, and nurturer? As this was the first time I would not be working or studying outside the home–I had been raised in a society which often looks down upon stay-at-home mothers—their questioning began to cast doubts in my mind. Could they be right? Was I making a mistake that I would later regret? Would my life become intellectually and emotionally dull? Would I become a slave to the monotony of changing diapers, cooking, and cleaning?

Allah has created men and women with their own unique qualities which makes them perfectly suited to their roles in the family and in the society. A woman’s naturally caring, nurturing, and patient nature makes her the ideal primary caregiver. Her creativity and communication skills make her the best educator, advisor and confidant for her children. Yes, these roles may be filled by the father or an outside caregiver, but they will never match up to the natural capabilities of the mother.

Islam represents “the middle way” in all matters, as it is the religion of moderation and balance.

I’m not arguing that women should never under any circumstances work outside the home. In fact any functioning society requires women to fulfill certain positions outside the home, such as being teachers, doctors, and midwives. Some women may be in a situation of such desperate financial need that they may not have the luxury to stay at home. Still others may not be blessed with children, or may have older children, and these women may want to use their skills in order to benefit the society by working outside the home in women-appropriate careers.

However, I feel the danger arises when a woman prioritizes her career over the needs of her family at home, when she becomes a slave to the never-ending pursuit of “climbing the corporate ladder.” If her responsibilities as a mother and wife are put second to her career, the house often becomes a sterile place to which a fragmented group of people return at the end of their day, rather than a warm, inviting oasis filled with love, laughter, and cohesion. Her work outside the home can never give her the fulfillment and satisfaction which can only be found in the home.

Now that I have been an official “full-time” wife and mother for almost 2 years, I can honestly say that I have enjoyed every second of it and don’t have a single regret. I have not become bored, depressed, or isolated. Instead, I feel more fulfilled and content then I ever have in my entire life. I feel younger, more energetic, and healthier. My children are happier and more secure, and their behavior has even improved after being taken out of the discipline-free environment often provided by housemaids. When I hear my daughter reciting a surah from Qur’an that I just taught her; when I see her writing her name for the first time; when I receive a kiss from my baby boy or witness his first steps; or when I prepare a delicious, healthy meal for my family, it gives me a feeling of contentment I have never experienced in my work outside the home.

Although my work as a pediatrician was often rewarding, it can’t compare to the gratification I gain from loving and caring for my own children. The more time I spend at home with my children, the more I realize how much they really need me and how much they must have missed me when I was working outside the home.

When I remember my over-worked, sleep-deprived, “super-mom” colleagues who insisted I was making a huge mistake, I feel sorry for them. They have been conditioned to believe that the role of a mother and housewife is somehow “not enough.” That the tasks of raising, educating, and nurturing our children can be achieved equally well by a nanny or day-care center. That the mother’s role in transforming the home into a fountain of tranquility and comfort is expendable.

As mothers we must remember that our responsibilities towards our children are not limited to feeding and cleaning. What is even more perplexing is that my pediatrician colleagues should understand more than anyone the importance of the mother in the emotional and psychological development of children.

Most current models of development focus on the influence of the environment in which the child is reared. The first three years is the most critical time in a child’s development; he or she will learn more in the first year than in any other period of life. The first year of a child’s life has been identified as
a time when ‘basic trust’ was established through the mother’s consistent responsiveness to her child’s needs. In the 1950’s, studies of infants in hospitals and foundling homes documented the devastating effects of maternal deprivation and pointed to the importance of attachment. Attachment refers to a biologically determined tendency of a young child to seek proximity with the parent during times of stress and also to the relationship that allows securely attached children to use their parents to reestablish a sense of well-being after a stressful experience. Insecure attachment may be predictive of later behavior and learning problems.[1]

I’m sure that all mothers have witnessed this in their child: He falls and bumps his head then runs to mama for a few hugs and kisses, and after that he is on his way. He needs this reassurance in order to develop into a strong, confident adult.

Another invaluable benefit of the mother’s presence is the emotional bond she forms with her child through breastfeeding. Breast milk has even been found to have natural analgesic (pain relieving) properties and is used in hospitals as a pain-reliever for infants during medical procedures. The other numerous benefits of breastfeeding (for both the child and mother), both physically and emotionally, are indisputable.

Ask yourself sisters, Is it really worth it?

The tears of your young child when you leave her at daycare or with a helper to go to work. The inevitable friction that will arise between you and your husband over the responsibilities of the housework. Can a daycare center really love and care for your child the way you can?

We are so concerned about our children getting into the most prestigious schools, yet we neglect the most important school they will ever attend: the home.

My own mother stayed home with us when we were young, devoting all her time, energy, and love to us. I feel this was one of the greatest gifts she could have given us.

On the Day of Judgment, when you are standing before Allah, you will not be questioned about your latest promotion or your 401K plan. But you WILL be questioned about your responsibilities to your husband and children. Your children are a trust from Allah.

Prophet Muhammad, peace be upon him, said: “Each one of you is a shepherd. And each of you will be asked about your flock. A ruler also is a shepherd and he will be asked about his flock. And every man is a shepherd to his family. And every woman is the custodian of her husband’s house and his children. Thus each one of you is a shepherd and each one will be asked about his flock.” [Sahih Bukhari and Muslim]

Then ask yourself sisters, Doesn’t your child need a full-time mother more than the world needs another doctor or lawyer?

Laura Gibb is an American pediatrician currently living in Riyadh.

Sunday, February 12, 2012

:: Apam DoT DoT ComeL ::

Salam'alaik..

Pasti kawan2 pernah dengar or makan apam polkadot ni kan..? semakin hari semakin famous.. Ramai jugak la org buat as hidangan atau buah tangan pada hari keraian yg istemewa.. so saya tidak lepaskan peluang untuk mencubanya..hehe

Here goes the recipe.. sweet n simple. :)

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila 
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

This is my first attempt doing it.. Alhamdulillah, not bad.. Hubby n Arsyad love it..! ehhe.. soft n cute.. these are some pictures that i capture with my cellphone.. not so sharp, tp oklah kan untuk tatapan kawan2.. hihi,, mencabar sebenarnya nak masak dengan kehadiran anak kecil ni.. dia pun sibuk nk 'tolong buat' jugak.. sigh~ apapun, dengan bantuan beloved husband, berjaya juga siap akhirnya....hehee

 sebelum kukus............

 saya pilih warna merah muda...dot dot putih adalah warna asal doh apam tersebut....

Taraaaaaaa.........the result:

 
 jadi bulat macam bola la pulak... ngap saje..

Ok, tulah serba sedikit dapat dikongsi.. jom cuba..! :) Jumpa lagi..

Wassalam.


Wednesday, February 8, 2012

:: Short note ::

Salam'alaik,..

Salam hari Jumaat!

A short note to ponder:

Tahukah anda bahawa antara amalan yang menggugurkan dosa ialah bersalaman atau berjabat tangan dengan orang yang anda temui?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah." 

(Riwayat Abi Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah)

 

Sunnah Ar-Rasul yang mudah diikuti.. Jom amalkan bersama! Selain merapatkan ukhwah, pahala pun dapat insyaAllah.. :)

Wassalam

Thursday, January 12, 2012

::Sharing tips by Wardina::


Salam'alaik..

Walaupun anak saya kecil lagi, but this sharing is good for me to take it as a knowledge for the future.. May Allah guide me to be a good mother, pendidik, dan sebagai contoh teladan yg baik untuk anak..

moga bermanfaat juga untuk kawan2.. :)

Wassalam

Thursday, November 24, 2011

:: Begedil Daging November ::

Salam'alaik..

First time buat sendiri begedil.. Resepi dari mak mertua..
Oklah, Alhamdulillah sedaapp! tak sampai ke petang, dah habiiss.. kegemaran suami saya.

Buat begedil ni kelmarin, 22 November lalu, sempena Arsyad genap 8 bulan dan kebetulan juga adalah tarikh ulangtahun pertunangan saya..hehe.. 2 years back with encik K, yang kini ialah my beloved hubby! :) 

Ok, saje nak share dan upload gambar yang x brapa cantik ni.. Jumpa lagi!

Wassalaam

Saturday, November 19, 2011

::Jodoh itu Pemberian Tuhan::

Salam'alaik.. Hehe..saje je entri pasal jodoh.. Ada orang bahagia hingga ke akhir hayat..ada yg sebaliknya.. kita tak tau di hujung pengakhirannya apa.. bahagia atau derita.. sebab tu kot ada pepatah English kata marriage is a gamble.. setuju tak kawan2?? 

Bagi saya, marriage is definitely NOT a gamble! Perkahwinan adalah ibadah, sunnah Ar -Rasul, malah bagi siapa yang melakukannya dikira telah sempurna separuh dari agama, maka yang separuh lagi adalah bertaqwa kepada Allah swt.. Mana mungkin ia boleh disamakan dengan perjudian??? [maksiat yang penuh unsur kezaliman, menindas dan membazir]

Bahagia atau derita atas usaha kita memupuk kebahagiaan itu.. dan semestinya doa dan tawakkal pada yang Maha Esa tunjang bagi segala2nya..  Hatta nak bertemu jodoh pun perlu berusaha, bukan datang bergolek begitu saje.. Apa yang membezakan, usaha yang bagaimana? melalui cara yang diredhai Tuhan atau sebaliknya? itu yg harus di fikir2 kan.. 

Komik dari langitilahi ni bagus jugak dikongsikan.. hehe

Perbaiki diri, nescaya jodoh kan datang sesuai dengan iman di hati..

Begitulah sunnatullah, ada orang jodoh cepat, ada yg lambat..ada juga yang tidak bertemu.. semua itu rahsia Tuhan.. Kita hanya disuruh berusaha.. :)

Saya dulu pernah berfikir,
kahwin ni susah, tp tak kawin pun susah juga..
Ada anak ni susah [mencabar nk mendidik dan membesarkan], tp takde anak pun susah juga..
Tak keje susah [tak dak duit], tp bila keje pun susah juga [tekanan, deadline..etc]..
Tuhan tu Adil, setiap perkara ada ujiannya tersendiri.. Kita perlu jiwa yang BESAR untuk menghadapi ujian  dan mehnah hidup.. Ganjaran BESAR dari Nya buat yang SABAR...

Wallahu'alam.. sekarang musim kenduri kahwin tiba lagi, hehe

Nota kaki: 19 November - Birthday ayah mertuaku dan Arsyad dah boleh merangkak gear 1, Alhamdulillah!

Wassalam.



Friday, October 28, 2011

::Jumaat tiba lagi::

Salam'alaik..

Hari jumaat tiba lg.. bagi yg bekerja seronok la esok cuti kan.. bagiku yg full time housewife, hari2 keje..!! kan Jiha?? hehee.. menguruskan rumahtangga dan mengasuh anak tanpa ada waktu tetap, 24-7... Tp rasa bahagia kerana mudah2an semua itu berpahala bila dilakukan lillahi ta'ala.. Punyai hubby yang rajin membantu juga anugerah yang ku syukuri setiap hari biarpun dia sibuk dengan urusan luar.. Alhamdulillah!
Even though i'm a housewife, i keep myself updated with current issues, D&T, read on parenting skills, learn/try new recipes, going usrah and helping out hubby with his business.. :) I enjoy doing those things, despite that it is tiring most of the time.. being a housewife is not bad after all!

A note to share:

Abu Sa'id Al Khudri(RA) reported that the Messenger of Allah peace be upon him said ,

“Whoever reads Surat al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.” (al- Bayhaqi, 3/249)

Jom kita baca surah Al-Kahfi hari ni. :D Moga kita tergolong dlm golongan yang sentiasa mengingatiNya dalam susah mahupun senang..

Jumaat ni juga Arsyad dah 7 bulan & 7 hari.. :) Can sit quite stable but sometimes kena tengok jgk la coz dia boleh gak tergolek..huhu
Tak boleh merangkak lg tapi keep on trying from day to day.. take it easy dear son, ummi akan menunggu dgn penuh sabar sehingga Arsyad pandai.. Each baby develop at their own pace.. I believe my son have his own strength.. :)

Arsyad dan abi.. Abi suke menyakat sampai arsyad letih ketawa..

owh! terkejut saya! ada org amik gambar.. :p

have a blessed Friday everyone! :)

Friday, August 19, 2011

::Prestasi RaMadHanKu::

Salam'alaik..

Sedar tak sedar, dh di pertengahan Ramadhan dah kita.. Bila dikenang semula, prestasi amalan saya pada Ramadhan lepas agak mengecewakan.. Morning sickness dan bdn sgt lemah yg dialami di awal kehamilan amat mengganggu.. patutnya dapat la puasa penuh tp 3 hari gagal.. all the food that I eat goes down to the drain... haiyaaa... -.-"

Dan alhamdulillah, dipanjangkan umur utk bertemu dengan Ramadhan pd tahun ini.. syukur..! ^___^

Walaupun dengan kehadiran si kecil yang kadangkala meragam nak dukung, nangis2, dan perlukan perhatian, saya mampu utk bertilawah, solat tarawikh dan melakukan amalan2 sunat lain.. memang agak mencabar bagi ibu2 muda, tp kita boleh jika kita niat untuk bersungguh2 melakukannya..!

tahun ni x dapat nak solat tarawikh di masjid...hampa.. hanya buat sendiri di rumah.. tu pun selepas si comel Arsyad tido.. tak pelah, Allah mengetahui keadaan hamba2Nya.. Kita beramal dengan kemampuan kita sendiri, biar pun sedikit asalkan ISTIQAMAH... :)

Dikongsikan sedikit peringatan buat diri ini yang sering lupa.. wahai hati, jom banyakkan berdoa di mulia penuh barokah ini..

Doa agar dikurniakan keampunan, hidayah, rezeki dan kebaikan:

“Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.

HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226

Development Arsyad d bulan Ramadhan... at 4-month, dah pandai meniarap.. :)

Arsyad bergaya dengan tuala lepas mandi.. hubby baru terer nk pakai Photoscape, semua gmbr Arsyad nk di editnye.. heheh...
I love to capture pics, but I'm not good in editing photos..huhu


Kek coklat saya buat sempena birthday hubby.. tak lah cantik mane, amateur lah katakan.. tp rasanya sedap, oklah tuh..


Arsyad pegang hadiah.. :) a gift from my best friend in matrics..

semakin menghampiri 10 mlm terakhir Ramadhan...Mari mengejar lailatulQadr!

Wednesday, May 25, 2011

::Back to Work::

Salam'alaik..

Alhamdulillah, cuti bersalin pun dh habis.. kembali semula utk bekerja..sedikit sebanyak perubahan sejak bersalin...:

- bangun awal pagi utk bg baby minum susu..bersiap gi keje pun awal skrg.. :) [dulu selalu lambat,hehe]

- one extra bag to ofis.. kena bwk set cooler bag+breast pump.. Rasa leceh awalnya, tp dengan support dari keluarga, ok je sebenarnya.. :D

- setiap hari bekerja akan call rumah, untuk tanya mak 'baby ok x..? dia meragam ke?' cmni rupanya perasaan bimbang seorang ibu.. memang rasa nk balik cepat je, 5.30pm tu memang di tunggu2.. time takde anak dulu, tak perasaan pun dah 5.30pm! balik kul 6.30 lebih pun takde apa..

- rasa bahagia sgt pegang anak sendiri.. dulu pegang2 anak orang je.. unconditional love bak kata orang.. ada hari tu, sekor nyamuk gigit anak aku, habis satu rumah aku spray ridsect! "Tak beri peluang!" [tagline iklan Ridsect]

tapi kan....

yang kurang best sikit sejak ada anak nih....


Amalan saya rasa macam semakin berkurang..
Dulu almost 5 waktu solat boleh solat jemaah dengan hubby.. sekarang kena take turn, sorang jaga baby, sorang solat.. Boleh jemaah sama bila baby tido..

Dulu setiap hari bace Al-Quran dengan masa yg banyak terluang..time pas maghrib sementara tunggu isya'.. lepas solat isya'.. sekarang, terlelap kejap.. kadang2 layan baby, bagi dia minum.. tukar nappy.. buat keje lain.. ada aje halnye..

Program2 jamaah/tarbawi banyak yang miss.. or tak dpt join.. sebab susah nk bawak baby.. Kalu program malam lagi lah.. program siang pun baby merengek2.. ritu ada attend satu program talk, dengar talk 5 minit je, selebihnya melayan baby yang x mau dok diam, nak dukung jalan2.. huhu.. tak sabar tunggu dia besar, boleh jalan sendiri, senang nak pimpin tangan.. ^___^

Dulu boleh sasarkan dalam 1 minggu, 1 buku ilmiah dapat habis bace.. sekarang, majalah Solusi tu pun tak terbace.. macam takde masa nak tambah ilmu pengetahuan.. general knowledge dan isu2 dunia macam Palestin, dah kurang follow up.. padahal smua orang pun Allah beri masa 24 jam kan.. haih.. >____<


Ya Allah, mudah2an amanah yang dikurniakan ini tidak menjauhkan aku dariMu.. Peringatan dariNya:





Sume tu boleh diperbaiki sebenarnya.. adaptation dengan kehadiran 'orang baru' menyebabkan saya macam jadi kekok sikit.. hehee.. InsyaAllah, Allah nak saya belajar multitasking dan menjadi lebih matang dalam menguruskan rumahtangga dan menjadi seorang ummi..

Sama2 kita kearah yang lebih baik setiap hari!

Wassaalam..

Thursday, February 24, 2011

::February 2011::

Salam'alaik..


Dimulakan dengan bismiLLah.. petikan ayat quran diatas untuk peringatan buat diri ku yang sering alpa.. Hari ni birthday MIL.. 24th Feb.. sama bulan dengan menantunya.. ehhe.. :) Alhamdulillah dan call and wish petang tadi.. Moga mak terus dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik untuk beribadah dan dimurahkan rezeki selalu..T.kasih kerana melahirkan dan membesarkan suami yang menjadi sebahagian daripada hidup saya... :)

Detik pertama bertemu dengan MIL ketika November 2008.. heh, tak sangka pertemuan itu terus terjalin hingga ke hari ini.. :)

Kini, sejak kahwin, antara resepi yang telah di pelajari daripada MIL sepanjang 8 bulan;
- nasi tomato
- goreng pisang celup tepung [versi lain sikit]
- mee bandung
- daging goreng kicap

tu je kot rasanya.. tak ingat pulak kalu ada lagi.. huhu.. apepun, ok lah tu, boleh la menambahkan skill masakan.. Seronok gak ada 2 mak nih..hehe. Alhamdulillah, so far MIL saya baik aje, takde la pula pengalaman2 yang tak best macam dalam drama2 tuh..hehee.. [drama je kott.. :p]

Update on my 8th antenatal check up ketika scan di klinik:
- ukur lilit kepala baby, keratan rentas perut dia.. pastu dapat result ---> baby's weight is 2.5 kg.. kecik kan? [35 weeks old.. he may still gain weight day by day.. :)
- kepala dah masuk birth canal.. tp belum betul2 engage..
- heartbeat rate - 140/minit... [bagus2 doctor kata..]
- lain2 sume ok, Alhamdulillah..

- 37 weeks nanti datang check up lagi.. 9 mac 2011!

3D scan? owh, saya tak buat pun.. [wlaupun dalam hati sedih jugak...] sebab?
1. agak mahal.. rm100 lebih kott.. x mampu.. sob2.. [rm100 lebih tu boleh guna beli breast pump, breastmilk storage bottle, etc... yg lebih diperlukan..]
2. takpe la baby, just 2D scan pun good enough kan..??
3. dah tau setakat ni baby cukup sifat semua dah cukup syukur dah.. :)

Birthday tahun ni seronok.. :) nanti2 lah update, balik dulu!

Wassalam

Thursday, February 17, 2011

::3rd trimester anxiety!::

Salam'alaik..

Lately mendapat khabar berita ramai pula kwn2/senior2 skolah, kwn2 U yang bertunang, kawin dan bakal menjadi ibu..! ^___^ alhamdulillah..! chat dengan seorang sahabat yg baru 8 weeks pregnant, mengalami morning sickness baru2 ni..minta pendapat n pandangan.. [saya baru je mengandung 1st baby, tak de la reti sgt nak bagi pandangan, tp boleh la kalu nak share sedikit sebanyak.. lain org, lain situasi yg di laluinya kan..? apa pun, setiap pengalaman tu pasti unik dan istimewa.. :)


Sejak2 dah masuk 3rd trimester ni, perasaan semakin berdebar juga.. banyak jgk la saya google di sana sini untuk tambahkan ilmu on labour n birth.. banyak juga soalan2 dari sedara mara/kawan2 seperti;

-excited tak nak dpt baby?
-normal ke ceaser nanti?
- nervous or takut x nak bersalin?

jawapan saya: mesti la excited n heppy.. ^_____^ em, kalu boleh nak la normal delivery..tp x tau la lg..doa2 kan lah ok.. dan yg terakhir.................................. of course laaa saya nervous, 1st time okeehhh!!! aiyooo~~

bukan emosional ye..luahan hati je.. haha.. terjumpa satu artikel yg sgt menarik ni.. sesuai dikongsikan dengan kawan2 mom-2-be sume.. yg belum preggy lg pun bleh ambil sebagai pengetahuan am..hehee. Highlighted in bold are the key points..

Source: Askbaby.com

We share our top tips to help you overcome any concerns you have about giving birth.
Giving birth is the necessary and natural end to any pregnancy. However, for many women the worry of labour stops them from fully enjoying the 9 months they spend nurturing their developing baby before this. Getting stressed out about labour isn't good for you or baby, so to help you feel confident that you will be able to cope we share our top tips to help you overcome any worries you have about giving birth.
  • Get informed - The unknown is always frightening and finding out about the different options available to you when you go into labour can really help you to feel in control. If it's the pain that you're worried about then speak to your midwife about the different forms of pain relief that will be available so that you can decide in advance which you think will be right for you. It can also be a good idea to take a tour of the birth centre or maternity ward where you plan to have your baby so that you feel familiar with the set-up when baby decides he or she is ready to arrive.

  • Don't listen to scare stories - There's something about being pregnant that makes people feel the need to share their labour 'horror stories' with you. The media's portrayal of a stereotypical woman screaming her way through childbirth does little to allay any fears that you might have either. Despite this, it's really important to remember that every woman's experience of labour is different and just because someone you know had a bad experience, it doesn't mean that you will. Without trivialising any concerns that you have, try and remember that people have been having children for as long as they've been walking the planet so while it may seem like a daunting prospect, know that you will be able to get through labour unscathed.

  • Make a birth plan - Setting out a plan detailing where you want to give birth, what kind of pain relief you'd like, who you want with you and even details such as whether you'd like music playing can really help you to feel in control as you progress towards your baby's due date. Click here for more information on writing a birth plan.

  • Sort your support - Knowing that your partner, a parent or good friend will be there to support you both physically and emotionally during labour can help you to feel more comfortable about bringing your baby into the world. It's a good idea to choose a birth partner in advance so that you can practice the breathing exercises, relaxation techniques and even massage techniques that will come in handy when you go into labour.

  • Get your body in shape - Eating healthily and taking moderate exercise throughout your pregnancy can really help you to get in the best shape possible for labour. Exercising will also help you to relieve any stress that you're feeling and pump you full of happy-hormones that will help you to feel more confident about your ability to cope with childbirth. Practicing pelvic floor exercises on a regular basis is also a good idea as having a strong pelvic floor can help to speed up the second stage of labour by making contractions more effective.

  • Learn relaxation techniques - Whether it's visualisation techniques, focusing on an image of someone you care about or finding your 'happy place', practicing relaxation techniques throughout your pregnancy can really help you to cope with contractions once you're in labour.

  • Practice your breathing - Different breathing techniques will help in different ways as you progress through labour, initially by helping you cope with the discomfort, then to make your contractions more effective. Try to practice different breathing techniques with your birth partner as they can help you stay focused as you progress through the later stages of labour.

  • Learn about labour - Contractions usually start gently and then start to build in intensity as you progress through labour, giving you time to adapt, cope and feel in control with the way that your body is birthing your baby. Try and focus on the thought that any discomfort you are feeling is part of the NATURAL PROCESS OF CHILD BIRTH and that it is in a way a GOOD thing because it's telling you that your body is working hard to bring your baby into the world.
  • Remember every birth is different - Even if a previous birth didn't go the way you had planned, it's important to remember that it doesn't mean that it won�t this time around.

  • Share your concerns - Keeping any worries you have to yourself is only going to cause you unnecessary stress. If you're worried about labour or have any questions that you need to know the answer to in order to feel more comfortable then speak to your midwife. The AskBaby forums are also a great place to share any questions or concerns that you have.

  • Focus on the end result - Unlike pain associated with an illness, the discomfort of labour is FINITE AND UNLIKELY to last more than 24 hours. Try to remember that labour is just a means to a WONDERFUL END and that once you get through it you'll finally be able to meet the baby that you've been nurturing for the past 9 months.
So baby, don't worry, umi will be just FINE...! [positive mode]
Doa dan tawakkal~

::Terharu bila hubby bacakan doa utk saya n baby lepas solat, lipat baju baby n masukkan dalam beg hospital::