Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Monday, October 15, 2012

:: Kelas Roti terbaekkk! ::

Salam'alaik..

Tajuk entry mcm gempak je kan.. Kisahnya, saya attend ke kelas belajar wat roti di Gombak sabtu lepas atas sponsor dari suamiku.. ehehe.. so saya pun pegilah.. saya pun mmg minat baking, tambah lg kalu kita boleh buat sendiri, mengapa perlu beli di luar kan? 

Nak buat sweet bun ni tak susah tp perlu teliti dari segi sukatan bahan, timbangan, pemerapan semua.. kalu silap sikit, roti pun kurang jadi lah.. banyak tips yg saya pelajari dari kak Wan (pengajar) berkaitan ilmu roti ni.. so share sikit dgn kwn2 pictures yg sempat tangkap dr hp yg x seberapa ni.. 

Gambar sebelum masak...

 milk bun, sosej roll, sosej octopus

 red bean bun dlm bentuk bunga n stripe


selepas bakar... ini lah hasilnya.. tadaaa...!

 red bean buns

 sosej bunga, n cheese bun (sticks)

chicken floss

 milk bun, coconut bun, 
garlic bread, Mexican bun 

Memang best..! Arsyad n abi nya suka sgt.. dh mkn roti, nasi tak mkn pun x pe.. huhu.. lepas ni mesti rajin nk buat lg.. 

Terfikir nk gi kelas frozen food pulak pasni.. emm, insyaAllah mudah2an ada peluang lg..

Jumpa lagi!


Wednesday, September 5, 2012

:: Home made pizza ::

Salam'alaik..

Lamanya tak bercerita di blog.. dek kesibukan dgn urusan dunia (ish3..) dan laptop sy yang telah masuk 'bengkel' selama 2 minggu menyebabkan aktiviti bersama laptop terbantut.. huhu..
Maklum la, laptop dh tua.. tp telah byk berjasa! dr zaman belajar hingga keje, tak byk ragamnya.. Akhir2 ini saje ada internal software yg rosak.. Alhamdulillah kembali pulih dan kini berkhidmat untuk tuannya smula.

Oleh sebab hubby gemar mkn roti berbanding nasi, sy pun mula la mencuba resepi membuat pizza.. google je, berlambak resepi ni.. ni pizza version sy.. mari kongsi bersama..

Mula2 kena la buat doh roti..
Apa yg anda perlu kan ialah 500g tepung gandum, 250ml air, secubit garam, 2 sudu besar tepung susu, 3 sudu besar gula, sepaket yis segera, 4 sudu besar butter, 1 biji telur, 1 sudu kecil bread improver. Gaul semua dan uli lah smpai sebati.. bg yg ada breadmaker tu, terbaikk lah! masuk semua bhn dan biarkan BM tu yg buat kerja selama 1 jam..

 Begini lah rupa doh setelah selesai diuli.. Tutup dan biarkan sejam hingga doh naik 2 kali ganda..

Selepas sejam...

Doh dah naik kan... Tumbuk2 bg kuar angin dan uli lg dlm 10 minit.. 

 Jika doh anda lembut dan kenyal, tidak melekat di tangan, bermakna doh roti anda menjadi! *senyum gembira*
Bahan topping pula..

 sos tomato Prego, capsicum, dan hotdog di potong kecil2..

Bulat2 kan doh roti tadi dah canai menjadi leper.. agak2 la bg sama saiz.. letak kan topping sebanyak yg anda suka.. lebih enak jika ditabur kan grated cheese juga..
Bakar selama 20 minit pd suhu 180 darjah Celcius..
Mudah bukan? :)
Gambar pizza selepas dibakar tiada..uhuk,, sungguh enak dimakan hingga lupa untuk ambil gambar..ehehe..

Sekian, selamat mencuba!! 


Sunday, February 12, 2012

:: Apam DoT DoT ComeL ::

Salam'alaik..

Pasti kawan2 pernah dengar or makan apam polkadot ni kan..? semakin hari semakin famous.. Ramai jugak la org buat as hidangan atau buah tangan pada hari keraian yg istemewa.. so saya tidak lepaskan peluang untuk mencubanya..hehe

Here goes the recipe.. sweet n simple. :)

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila 
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

This is my first attempt doing it.. Alhamdulillah, not bad.. Hubby n Arsyad love it..! ehhe.. soft n cute.. these are some pictures that i capture with my cellphone.. not so sharp, tp oklah kan untuk tatapan kawan2.. hihi,, mencabar sebenarnya nak masak dengan kehadiran anak kecil ni.. dia pun sibuk nk 'tolong buat' jugak.. sigh~ apapun, dengan bantuan beloved husband, berjaya juga siap akhirnya....hehee

 sebelum kukus............

 saya pilih warna merah muda...dot dot putih adalah warna asal doh apam tersebut....

Taraaaaaaa.........the result:

 
 jadi bulat macam bola la pulak... ngap saje..

Ok, tulah serba sedikit dapat dikongsi.. jom cuba..! :) Jumpa lagi..

Wassalam.


Thursday, November 24, 2011

:: Begedil Daging November ::

Salam'alaik..

First time buat sendiri begedil.. Resepi dari mak mertua..
Oklah, Alhamdulillah sedaapp! tak sampai ke petang, dah habiiss.. kegemaran suami saya.

Buat begedil ni kelmarin, 22 November lalu, sempena Arsyad genap 8 bulan dan kebetulan juga adalah tarikh ulangtahun pertunangan saya..hehe.. 2 years back with encik K, yang kini ialah my beloved hubby! :) 

Ok, saje nak share dan upload gambar yang x brapa cantik ni.. Jumpa lagi!

Wassalaam

Monday, September 27, 2010

Resepi!

Salam'alaik...

Alhamdulillah, masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan hari ni.. Googling tadi saya jumpa resepi nk buat lasagna.. macam sedap, x pernah try lg.. Saya share kat sini, sape2 berminat bleh mencuba..! ^__^

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus daging / ayam kisar
  • 1 tin sup tomato
  • 1 - 2 tin sup cendawan
  • 1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok tp kena bancuh air / brand kimball murah)
  • 1 tin cendawan butang
  • mix vegetables ( kalau nak )
  • 1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
  • Italian herbs ( kalau nak )
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  3. Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
  4. Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
  5. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  6. Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
  7. Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
  8. Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )
  9. Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!

Info daripada myresipi.com

Bahan2 dia pun x la susah sgt... If saya berjaya buat, saya upload gmbr nya disini ye..hehe

ok, jumpa lagi..!