Saturday, October 15, 2011

:: May He lead the way..::

Arsyad pertama kali pijak pasir pantai..

Looking at the sunset.. SubhanaAllah! Pencipta yang Maha Agung!
Salam'alaik...

lama tak menaip.. Just to share dengan sahabat2, moga bukan sekadar cerita tapi dapat juga 'ibrah (pengajaran) untuk kita sabar, tawakkal dan bersangka baik dengan Allah.. Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hamba2Nya..

Rumah
Sejak hubby involve in property as an estate negotiator, 2-3 bulan ini income tak berapa stabil. Plus, I'm no longer working.. So we decided to sell our house that we have bought last year.. betul2 1 week after kawin kami pi booking rumah tu.. dengan harapan kami akan berpindah untuk memulakan hidup berkeluarga sendiri.. Tapi perancangan Allah jauh lebih baik.. dalam kesempitan kewangan ketika tu, ada buyer yang sudi membeli rumah kami.. Alhamdulillah! Rasa happy coz dah x terbeban dengan bayaran rumah pada bank tiap2 bulan, but at the same time I feel really sad to let go the house..it is not meant for us.. (months ago, we bought a few furniture and had draft some plan to decorate the house..) but Allah knows best.. :') Buyer ni seorang peguam dan dia banyak share ilmu tentang properties dengan hubby.. Dalam masa 5 tahun dia dah ada 8 buah rumah/apartment dengan mengamalkan pelaburan dalam property ni.. bayangkan, 3 buah je guna loan, yang lain sume beli cash! Rumah yang kita beli and then kita sewakan pada orang memang boleh menjana pendapatan yang lumayan..! sekarang buyer ni dok goyang kaki je and duit tetap masuk tiap bulan.. syok kannnn...? Tapi itulah, hikmahnya bila rumah ni terjual Allah temukan kami dengan orang yang berilmu yg tak lokek untuk berkongsi rahsia dia dalam dunia hartanah nih.. Banyak yang kami belajar, moga murah rezeki akan datang dan lebih bijak lepas ni untuk membeli rumah.

Kereta
Kelmarin, kami on the way ke KLIA untuk berjumpa dengan adik MHi yg akan fly ke Turki.. Di takdirkan kereta breakdown dan kami terkandas di RnR Dengkil.. Ya Allah, waktu dah 11 malam, dengan Arsyad bersama, hanya Allah yang tau perasaan saya.. Mujur ada peronda PLUS yang datang dan kereta kami di tarik ke perhentian tol KLIA.. Arsyad dah meragam sebab rimas panas dan mengantuk.. Terasa benar2 teruji.. Nk tunggu peronda PLUS tu sampai punya lah lama.. Dok lah kami dalam gelap tepi high way tuh.. sebelah tu dah la hutan.. Arsyad menangis2 serba tak kena... bibir tak henti membaca ayat2 Quran, Saya meletakkan tawakkal yang tinggi padaNya.. pada Engkaulah ya Allah dikembalikan segala urusan.. Alhamdulillah, setelah keletihan menunggu sume, kami selamat sampai ke rumah jam 3 pagi.. siap kena tegur lagi dengan pakcik peronda tu " anak kecik mana boleh bawak jalan malam.. dari baby smpai 1 tahun tak leh kuar malam" Dalam hati saya, Hai laaa pakcik, tak de makna lah saya nak tinggal anak saya ni, saya akan bawak ke hulu ke hilir mana saya pergi.. Idok ler teman sanggup nak menunggu sampe 1 tahun... huhu
Saya faham concern pakcik tu, tapi susah la saya nk 'kuarantin' anak ni dari kuar malam.. saya cuba kurangkan tapi tak la tak de kuar langsung..hehee

Business
Ahaa...! sekarang saya sudah berniaga online.. S & K eShop.. buat masa ni antara produknya ialah:
* high quality fabric handbags!
* yummy HALAL marshmallow :)

Bag kain ini boleh pelbagai guna.. isi pakaian, kain telekung, barang2 bayi, buku2 belajar, barang2 keje dan pelbagai lagi khusus untuk wanita.. Dibeli in bulk from Bangkok. Corak yang casual dan santai..
Marshmallow pula saya sudah jadi sebagai agen, saya menerima tempahan sebagai doorgift untuk perkahwinan.. Boleh juga untuk sebarang keraian yang pelanggan suka.. Dijual dalam bentuk pakej kecil2 atau mengikut timbang.
Ada lagi produk yang saya akan tambah kedalam eShop ni, tapi insyaAllah akan update from time to time... :) If everything works well, insyaAllah I will have my own website..May Allah guide me..
Walauapapun yang ditempuhi, may HE lead the way and shower us with blessings!

Wassalam

Tuesday, September 27, 2011

:: SyaWaL 1432H... as ummi! ::

Salam'alaik..

Syawal pertamaku sebagai ummi.. :)

Arsyad dah pun enam bulan.. Huge development this month is... besides that he can roll over, dia dah pandai mengengsot..!
dia pandai angkat punggung and push himself forward! hihihi.. love to reach out for something and terus masukkan dlm mulut! hee.. dah tak boleh tinggal atas katil sorang2.. kang dia mengengsot sampai hujung katil... huhu..risau!

Arsyad pun dah pandai babble, repeating one syllable.. over and over again.. ap--pa! ap--pa! soo comel he pronounce it! Melihat perkembangan anak di depan mata dari hari ke hari membuatkan hati ummi berbunga2 selalu.. :D

o ye, congratulations to my dear friend, Basyi atas kelahiran cahaya mata pertama.. Iman Zulfa.. moga menjadi qurratul a'yun kepada ibu bapanya.. Moga jadi anak solehah wa muslehah juga! Insya Allah..

em, i'm thinking of starting a business soon.. masih dalam perancangan.. mohon doa kalian, may Allah ease!

Jumpa lg, Wassalam

Saturday, August 27, 2011

Suratku kepada suami muslim yang mulia

Salamun'alaik..

Satu pengisian yang menarik nak dikongsi.. Jom baca bersama, walaupun agak panjang, tapi amat terkesan di jiwa.. sama2 lah sampaikan kepada suami kita, atau bakal suami anda... :) Dipetik dari blog ketua wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, ustazah Maznah Daud

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.


Friday, August 19, 2011

::Prestasi RaMadHanKu::

Salam'alaik..

Sedar tak sedar, dh di pertengahan Ramadhan dah kita.. Bila dikenang semula, prestasi amalan saya pada Ramadhan lepas agak mengecewakan.. Morning sickness dan bdn sgt lemah yg dialami di awal kehamilan amat mengganggu.. patutnya dapat la puasa penuh tp 3 hari gagal.. all the food that I eat goes down to the drain... haiyaaa... -.-"

Dan alhamdulillah, dipanjangkan umur utk bertemu dengan Ramadhan pd tahun ini.. syukur..! ^___^

Walaupun dengan kehadiran si kecil yang kadangkala meragam nak dukung, nangis2, dan perlukan perhatian, saya mampu utk bertilawah, solat tarawikh dan melakukan amalan2 sunat lain.. memang agak mencabar bagi ibu2 muda, tp kita boleh jika kita niat untuk bersungguh2 melakukannya..!

tahun ni x dapat nak solat tarawikh di masjid...hampa.. hanya buat sendiri di rumah.. tu pun selepas si comel Arsyad tido.. tak pelah, Allah mengetahui keadaan hamba2Nya.. Kita beramal dengan kemampuan kita sendiri, biar pun sedikit asalkan ISTIQAMAH... :)

Dikongsikan sedikit peringatan buat diri ini yang sering lupa.. wahai hati, jom banyakkan berdoa di mulia penuh barokah ini..

Doa agar dikurniakan keampunan, hidayah, rezeki dan kebaikan:

“Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.

HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226

Development Arsyad d bulan Ramadhan... at 4-month, dah pandai meniarap.. :)

Arsyad bergaya dengan tuala lepas mandi.. hubby baru terer nk pakai Photoscape, semua gmbr Arsyad nk di editnye.. heheh...
I love to capture pics, but I'm not good in editing photos..huhu


Kek coklat saya buat sempena birthday hubby.. tak lah cantik mane, amateur lah katakan.. tp rasanya sedap, oklah tuh..


Arsyad pegang hadiah.. :) a gift from my best friend in matrics..

semakin menghampiri 10 mlm terakhir Ramadhan...Mari mengejar lailatulQadr!

Wednesday, August 17, 2011

We need Ramadhan..!


Salam'alaik..

Just a thought that I would love to share with others.. Let's muhasabah our amalan/ibadah together, may He lead the way, nsyaAllah.. :) HeppY Ramadhan Kareem everyone!

Ramadhaan is a month of Forgiveness.

Ramadhaan is a month of Rahmah.

Ramadhaan is the month of generosity.

Ramadhaan, the month that Allaah subhaanahu wa ta’ala accepts the Tawbah of the servants, and the month that Allaah blesses His servants.

We are in need of Ramadhaan to correct ourselves, for we have forgotten Allaah tabarak wa ta’ala for the majority of the year.

To correct ourselves for we have been neglectful.

To correct ourselves for we are not upon the remembrance of Allaah.

To correct ourselves because our hearts have gotten hard, some hearts are dead, some hearts are sick, some hearts are stone-cold, some hearts are black, getting no benefit whatsoever. Some hearts are so bad, and so ill that they see a good as a Munkar, (as an evil), and they see an evil as a good. These are not as they should be.

We need a Ramadhaan. We need a Ramadhaan because our connection with Allaah tabarak wa ta’ala is not correct.

We need a Ramadhaan because we do not have any Khushoo or devotion in our Salaah.

We need a Ramadhaan because our Qura’an has dust and is sitting o­n a shelf.

We need a Ramadhaan because we never read the books of Sunnah.

We need a Ramadhaan because we don’t fast, and if we fast physically without food or drink, we don’t fast with our eyes by lowering them and our tongue by not slandering and our tongue by not lying and back-biting. We need a Ramadhaan to get ourselves back in order, to work for the Hereafter, to connect ourselves to Allaah tabarak wa ta’ala.

We need a Ramadhaan because relationships brother to brother and sister to sister is in a miserable condition.

We need a Ramadhaan because we have bad thoughts about o­ne another.

We need a Ramadhaan because of dhulm, injustice to o­ne another.

We need a Ramadhaan because there is backbiting, there is envy, there is jealousy, and there is slander.

We need a Ramadhaan because we are despicable, because we are sick, because we are ill. (All these are diseases of the heart)

We need a Ramadhaan because we don’t believe in the promise of Allaah tabarak wa ta’ala, or if we do, we do not implement it.

We need a Ramadhaan, full of love and the Mercy of Allaah tabarak wa ta’ala..

Credit to: AkuIslam

Wassalam