Wednesday, September 5, 2012

:: Home made pizza ::

Salam'alaik..

Lamanya tak bercerita di blog.. dek kesibukan dgn urusan dunia (ish3..) dan laptop sy yang telah masuk 'bengkel' selama 2 minggu menyebabkan aktiviti bersama laptop terbantut.. huhu..
Maklum la, laptop dh tua.. tp telah byk berjasa! dr zaman belajar hingga keje, tak byk ragamnya.. Akhir2 ini saje ada internal software yg rosak.. Alhamdulillah kembali pulih dan kini berkhidmat untuk tuannya smula.

Oleh sebab hubby gemar mkn roti berbanding nasi, sy pun mula la mencuba resepi membuat pizza.. google je, berlambak resepi ni.. ni pizza version sy.. mari kongsi bersama..

Mula2 kena la buat doh roti..
Apa yg anda perlu kan ialah 500g tepung gandum, 250ml air, secubit garam, 2 sudu besar tepung susu, 3 sudu besar gula, sepaket yis segera, 4 sudu besar butter, 1 biji telur, 1 sudu kecil bread improver. Gaul semua dan uli lah smpai sebati.. bg yg ada breadmaker tu, terbaikk lah! masuk semua bhn dan biarkan BM tu yg buat kerja selama 1 jam..

 Begini lah rupa doh setelah selesai diuli.. Tutup dan biarkan sejam hingga doh naik 2 kali ganda..

Selepas sejam...

Doh dah naik kan... Tumbuk2 bg kuar angin dan uli lg dlm 10 minit.. 

 Jika doh anda lembut dan kenyal, tidak melekat di tangan, bermakna doh roti anda menjadi! *senyum gembira*
Bahan topping pula..

 sos tomato Prego, capsicum, dan hotdog di potong kecil2..

Bulat2 kan doh roti tadi dah canai menjadi leper.. agak2 la bg sama saiz.. letak kan topping sebanyak yg anda suka.. lebih enak jika ditabur kan grated cheese juga..
Bakar selama 20 minit pd suhu 180 darjah Celcius..
Mudah bukan? :)
Gambar pizza selepas dibakar tiada..uhuk,, sungguh enak dimakan hingga lupa untuk ambil gambar..ehehe..

Sekian, selamat mencuba!! 


3 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

miha.. oleh kerana saye baru mahu belajar (tsk tsk) saya nak tny: (soalan seorg murid pada cikgu haruslah ganti nama diri yg sopan), nk tny pasal bahan2 tersebut:

2 sudu besar tepung susu (yg ni adekah susu tepung? haha saya sungguh lurus.jd sya mahu pastikan..)
1 sudu kecil bread improver - yg ni mmg dijual di kedai kek & roti kan?

Ok itu saje. terima kasih dn pizza anda nampak sgt berkhasiat! hehe

SaMihaH said...

iya anak murid.. susu tepung.. terbalik ek sy tulis..ehehe.. apa2 jenama pun x pe.. ops, tertinggal 1 bahan lg.. sebiji telur.. sy akan edit entri ni ye..

Ok, smoga berjaya! ;D

SaMihaH said...

bread improver boleh beli kat mana2 kedai pembekal bakeri.. maybe Giant pun ada..

Post a Comment