Friday, January 27, 2012

::Dunia isteri dan ibu::

Salam'alaik..


Kadang kala dalam melayari kehidupan sehari2, terasa juga keletihan dan kelelahan menguruskan rumahtangga.. Kita perlu renungi kembali sirah kehidupan wanita solehah dahulu.. mereka juga wanita biasa yg tidak terlepas dari rutin rumahtangga.. Hadith Rasulullah ada menyatakan :

"Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." ( Riwayat al Hakim )


Kecekalannya mengurus rutin harian rumahtangga hingga melecet kulit tangan, sakit dadanya mengangkat air, kotor bajunya menguli tepung untuk dijadikan roti dan hitam wajahnya memasak di dapur arang, sudah cukup menjadi contoh kepada wanita akhir zaman ini agar tidak terlalu beralasan dalam melaksanakan kewajipan.

Tidak terbayang sukarnya menggiling tepung dengan pengisar tangan berbanding pengisar eletrik ( blender ) yang ada di setiap rumah pada hari ini. Apalah sangat susahnya membersihkan lantai rumah yang berdebu menggunakan pembersih hampagas ( vaccum cleaner ), membasuh baju menggunakan mesin basuh automatik dan lain-lain lagi.



Berbanding wanita mulia ini, apa lah sangat kepenatan kita! Pernah dengar kan kawan2 kisah Fatimah mengadu pada ayahanda nya Rasulullah saw akan kesempitan hidup yg di laluinya?
Jom kita hayati bersama..

Sabda Baginda:

(أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًاوَثَلَاثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ)
Maksudnya : “Mahukah ayahanda tunjukkan kamu berdua kepada apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu.” ( Riwayat al-Bukhari )

Tidak salah jika kita mampu memiliki pembantu rumah, tp mesej yang ingin disampaikan ialah Rasulullah mengajar kita penawar/ubat untuk kita terus kuat melaksanakan rutin kerja seharian. Berzikir itu sebagai sumber kekuatan dan mampu memberi kita keupayaan luar biasa! Subhanallah! :D

Oleh itu berjuang lah wahai isteri! Kata2 indah dari zaujah Ustaz Zaharuddin yang saya petik dari blognya:

"Seandainya kita tidak mengetahui kebaikan berbakti sebagai suri, nescaya kita menemukan betapa menjemukan rutin sehari-hari.

Seandainya tidak tersisip iman dihati nescaya akan terasa beban menjalankan semua ini. 

Seandainya tidak menggunung harapan kepada permata hati tercinta untuk tumbuh menjadi generasi soleh dan solehah, nescaya kita tidak akan sanggup menjalani hari-hari tanpa upah dan gaji.

Seandainya bukan kerana ingin meraih reda ILAHI, nescaya kita akan mensia-siakan bakti kepada suami. 

Dan, seandainya tiada bidadari syurga yang cemburu kepada isteri yang solehah, nescaya tidaklah seorang wanita itu bersusah payah."

Sekian, salam Jumaat yg penuh barakah!

Wassalam :)









0 comments:

Post a Comment