Wednesday, June 22, 2011

:: Himpunan Mahasiswa Selangor 2011::

Salam'alaik..

Alhamdulillah, hari Ahad lepas ke Himpunan Mahasiswa Selangor di dewan konvesyen Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang bagi memenuhi jemputan dari wadah mahasiswa PKPIM..

Sejak dah tak bergelar mahasiswa ni, kurang la sikit mengikuti isu2 mahasiswa.. huhu
tapi ok lah, bila datang sana, dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan dari front mahasiswa yang lain..
mereka ni semua anak muda yang bersemangat waja dalam memperjuangkan hak/kebajikan mahasiswa.. antara gerakan yang hadir; GAMIS, KARISMA, AKSI, DEMA, SMM, etc...

Penganjuran yang saya kira hebat kerana turut di hadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan perasmian penutupnya dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Sri Khalid Ibrahim.. Ucaptama dari Dato' Seri Anwar sangat mengujakan dan juga penuh semangat kepada anak muda yang hadir!


Ucaptama dari ketua delegasi mahasiswa, Presiden KARISMA
[zauj ku! Proud of u hubby! :)]

Bersama rakan-rakan front yang lain..

Arsyad pun ikut skali.. Sian dia tido dalam keadaan bising dan panas dekat luar.. tak pelah, mudah2an Arsyad membesar menjadi syabab yang kuat dan berjiwa besar! Makcik2 kat situ sume suke usik dia., hehe..

Moga semua amal kita di kira ibadah..InsyaAllah, wassalam.

0 comments:

Post a Comment