Wednesday, October 27, 2010

::Tragedi Oktober::

Salam'alaik..

Tajuk entri macam seram je.. hehe.. Bukan lah dasyat sangat peristiwa yang berlaku, sekadar berkongsi moga2 setiap kejadian yang menimpa kita dalam kehidupan sehari2 menjadikan kita hambaNya yang tabah dan kuat mengharungi kehidupan di dunia yang menjadi ladang amal untuk akhirat..

2 minggu lepas, ketika dalam kereta, semasa saya and hubby pulang dari Shah Alam, [gi makan ais kacang! ^__^] secara tiba2 ada bunyi letupan yang sangat kuat! AstaghfiruLLah, terkejut gak dengar.. Apa pulak yang meletup..?? Bunyi macam tayar belakang langgar something tapi tak tau lah apa bendanya... Kereta masih boleh je jalan, nk benti tengok pun, kami kat tengah2 hi-way federal.. aduyai, terus jela jalan hingga la sampai rumah.. [nasib baik dah tak jauh] Tengok2, memang tayar kiri belakang dah flat habis... sah2 bukan kena paku ni, apa benda ntah kat jalan tuh... Esoknya hantar workshop, memang dah tak leh tampal, besar gak lubangnya, so kena tukar tayar terus... Kena lah rm 160... Lepas tu bawak kereta still rasa tak sedap, so pegi workshop lagi n kena ganti break disk yang dah patah.. Bahaya la kalu break bermasalah.. Total cost rm350+..

Syukur Alhamdulillah, kami tak apa2, di buat nya kalu tayar depan, boleh terbabas kot.. kalu kena dlm keadaan pregnant camni, Ya Allah.. Allah dah selamat kan dari bencana yang lebih teruk.. Lebih besar nikmatnya..

Last week pulak, hubby pegi program di Serdang.. Balik sabtu tgh malam, tiba2 tengok keta tingkap sisi kanan [belakang seat driver] kena pecah.. Beg pakaian kat seat belakang pun hilang.. sah2 lah ada orang pecah nk curi barang.. tak de apa pun, beg pakaian+buku usrah n toiletries je dalam beg tu.. Moga orang yang curi tu dapat hidayah bace buku aqidah tuh.. hehehe.. nak wat camne kan,hilang lah semua tu.. Pegi lagi kedai untuk pasang tingkap, nasib baik tak la mahal sangat cermin sisi.. rm 95.. Total semua ada la sampai rm450+ sikit... Effect le jugak saving bulanan untuk bulan nih... Tapi takpelah, semua tu ketentuan yang Allah sudah rancang buat hambaNya.. Kita selaku hamba, perlu ada sifat redha dan berlapang dada atas musibah yang menimpa.. Mungkin rase sesak la sikit, tapi yakin lah, rezeki Allah ada di mana2..

Kelmarin, saya dinner dengan hubby di Kenny Rogers Roaster to celebrate our 4th month anniversary... hihi... Sementara tunggu makanan sampai, hubby share tazkirah sikit so that kami saling menguatkan antara satu sama lain dalam kita sama2 melayari kehidupan rumah tangga.. Bila reflek balik apa yang berlaku pd kita baru2 ni, hubby kata jom kita kena renung kembali kalam suci dari Allah..

[155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Surah Al-Baqarah ayat 155-157.. Next, surah Muhammad ayat 31.

[31]
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Dan yang biasa kita dengar juga surah Al-Ankabut ayat 2.

2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Banyak sekali peringatan dan khabar gembira dari Allah dalam AL-Quran yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.. So lepas ni, moga saya tidak lagi berkeluh kesah dengan ujian, malah bersyukur dengan nikmat2Nya yang lebih banyak melimpah ruah... TQ abg atas peringatan ini..

Makanan sampai dan kami pun makan sebelum bergerak pula ke Wangsa Maju untuk meeting.. Saya merasakan tidak salah untuk kita berasa sedih atas sesuatu musibah, kerana itu tabi'i sifat manusia, cuma bagaimana kita mengawal perasaan tu yang membezakan.. lebih2 lagi kita perempuan yang kaya dengan emosi nih.. huhu..

O ye, 25 Oktober 2010, genap lah siti sarah aisyah basri berusia 23 tahun.. sanah helwah sodiqati.. wah, sudah besar kamu.. huhu.. sejak tahun pertama di U perkenalan kita bermula, hingga lah bekerja sekarang, moga ukhwah kita yang terjalin terus kekal mekar.. Moga kamu terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan mendatang.. Teguran dan nasihat kamu kepada saya tanda kasih syg kita Lillahi Ta'ala semata-mata.. Kamu akhwat yg hebat, moga ketemu ikhwan yang hebat juga, hehehe [satu doa tuh]

Ok, sampai sini dulu coretan di akhir bulan... Wassalam

1 comments:

Merentas Horizon said...

hehe. tq doanya.. amin.

* err tp tak hebat mana pun.. asyik mengelak je tau nye.. ^^,

Post a Comment