Tuesday, October 19, 2010

MZ Showcase~

Salam'alaik..

ALhamdulillah, cerita sikit, Jumaat lepas saya n hubby berkesempatan ke Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA Shah Alam.. saya pegi on the 2nd day, 15 October.. Orang tersangat lah ramai.. Hubby dah ready kat sana since he is one of the committee for the showcase.. Balik kerja terus ikut Awanis ke Shah Alam, pastu Awanis and her parents tlg hantarkan saya ke Auditorium.. Thanks a lot dear! ^____^ Konsert MZ tahun depan bulan Feb saya pastikan kamu diberitahu tentang tiket ye! heheee..

SubhanaLLah, two thumbs up to Raudhatus Sakinah and team for all the efforts and hard work in making this showcase a success.. Apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat itu yang utama.. Save the Soul.. Melalui showcase MZ ni Raudhatus Sakinah diperkenalkan kepada masyarakat umum tentang peranan institusi ini dalam membantu remaja2 yang terjebak dalam kancah penzinaan.. Awareness tentang isu pembuang bayi, zina, bukan terletak di bahu NGO sahaja semata-mata untuk membanteras masalah ini, tapi masyarakat perlu prihatin dan turut sama berganding bahu membendung gejala tidak sihat ini daripada berlanjutan.. tak sanggup rasanya melihat masa depan remaja2 ni end up dengan mensia2kan masa muda di rumah perlindungan, sedangkan banyak yang mereka boleh terokai dalam hidup dengan perkara2 yang lebih bermakna! Saya petik dari sebuah hadis:

Daripada Ibnu Mas’ud daripada Nabi Saw bersabda : Tidak berganjak kaki anak Adam berdiri di hadapan Allah pada hari Qiamat sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara iaitu umurnya bagaimana ia dihabiskan, waktu mudanya bagaimana digunakan, hartanya bagaimana diperolehi dan bagaimana pula harta itu dibelanjakan dan ilmunya apakah ia telah amalkan ?
[Riwayat At-Tarmidzi ; Hadis Hasan Sohih]

Moga usaha pengislahan ini terus bersama dengan bantuan dari Allah.. sesungguhkan tiada daya dah upaya melainkan dengan kekuatan dariNya... May Allah bless~

Some pictures to share..

Blur la sikit gmbr nih..eheh..

MZ entertain kanak2 dengan lagu Insya Allah.. sweet je budak kecik tuh...huhu

Kak Hajar, Kak Izahana, Ibu Yus (org kuat RS,Pengerusi RS Selangor) dan saya selepas tamat showcase..

Kami.. ^__^ sian abg penat mlm tu sebab jadi runner..anyway, thank you so much dear! had a great time! love u!


Dengan umiroses... Pengarah RS.. Puan Rosmawati Zainal

Ok, tu dulu.. jumpa lagi!

0 comments:

Post a Comment