Friday, May 7, 2010

:: Selamat Hari Ibu::




Salamun'alaik..

Sempena Hari Ibu ahad ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya yang tersayang... Ucapan juga ditujukan kepada kakak saya yg telah bergelar ibu, dan tidak di lupakan juga kpd kakak2 ipar yg telah melahirkan anak2 buah yg comel skali...! ^___^

Pengorbanan seorang ibu hanya Allah yg mampu membalas.. walaupun selautan wang dikumpulkan untuk membalas jasa ibu dan ayah mendidik, membesarkan, memastikan anak itu menjadi 'orang', masih tidak cukup untuk membayar nilai pengorbanan dan kasih sayang itu...

Mulia nya insan yg bernama Ibu ini...
Terima kasih Allah atas anugerah seperti ini..
Terima kasih mak untuk semuanya.. untuk segala-galanya.. and I love u with all my heart..[walaupun mak x bace blog ini, saya tau yg mak tau saya syg dia... =p]

[15]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Surah Al-Ahqaf : 15

0 comments:

Post a Comment