Saturday, March 6, 2010

Saya bukan 'anak ikhwah'


salamun'laik..

Saya tertarik dengan entri yang ditulis oleh seorang ikhwah ni.. Tentang pandangannya dari sudut pandang beliau sebagai anak ikhwah.. disini saya quote sedikit kata2nya..


Pandanglah dari kaca mata Al-Quran. Sesungguhnya kemuliaan tidak datang dari hartanya, mahupun kedudukan, kecantikan ataupun keturunan. Ia datang dengan ketakwaan. Hanya dengan ketakwaan datangnya kemuliaan, jika kita menilai segala-galanya dari kaca mata nilaian Allah.

Ketahuilah ikhwah akhwat sekalian. Kita semua sama di sisiNya. Tiada senioriti dalam dakwah, hatta jika anak ikhwah sekalipun. Sifat inferior mu itu tidak ku terima sama sekali.

Sumber: JundulLah

Anak ikhwah mengikut definisi yg difahami sendiri = anak hasil pernikahan ikhwah akhwat, keluarga du'at


Saya bukan anak ikhwah.. cuma anak org biasa yg bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk mengikuti tarbiyah dan berada diatas jalanNya.. [moga terus istiqamah]

Saya bukan anak ikhwah..cuma anak org biasa yang sedang cuba meningkatkan ilmu dan amal menuju ke arah solehah, dan mengharapkan mardhatillah..

Saya bukan anak ikhwah..cuma anak org biasa yang menyedari bahawa saya perlu memikul amanah dakwah, menyambung rantai perjuangan yang telah di lalui oleh para Nabi..

Apa pun, siapa pun diri ini, jom sama2 kita bekerja untuk Islam.. saling memberi peringatan, menegur dengan hikmah kelemahan sahabat dan berkasih sayang kerana Allah Ta'ala.. ^_^

Sesungguhnya anak bukan ikhwah ini berasa semestinya cabaran untuk berdakwah kepada keluarga sendiri adalah lebih susah berbanding mendampingi mad'u di luar sana.. ini juga satu bentuk tarbiyah dari Allah.. ^_^

Semoga Allah kurnia kan saya hati yg kuat, setabah hati Nabi Nuh a.s dan para RasulNya..

::Adakah saya akan menjadi pemula kepada keluarga du'at itu..? Hanya Allah yg lebih Mengetahui..::

1 comments:

Bintu Aizuddin said...

miha, bile nk buat shoutbox?
huhu

Post a Comment