Thursday, February 18, 2010

::Wacana over the weekend::

salamun'alaik...

sedikit iklan ye.. bg mereka yg berkelapangan hujung minggu ini, let's spare some time untuk ke Wacana Intelektual anjuran Akademi Islah Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kelab Belia JIM (KBJ).. Butiran lanjut seperti di bawah...

TARIKH : 20 FEB 2010 (Sabtu)
MASA : 9am-12.30pm
TEMPAT : Pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati
Tajuk Wacana : Dari Kampus ke Masyarakat

Moderator dan panelis-panelisnya hebat-hebat belaka.. mereka merupakan aktivis yang sangat lah kaya dengan pengalaman dalam arena dakwah..

Moderator : Wan Muhammad Wan Ibrahim
Pernah menyandang jawatan Pemangku Presiden KARISMA. diaktifkan dalam gerakan dakwah student ketika dalam KARISMA. Hj Roslan Mohammad adalah antara Naqib beliau di UiTM Shah Alam. Menghasilkan buku Agenda 07 utk KARISMA. Kini menjadi salah seorang JKP JIM termuda sepanjang sejarah JIM.

Ahli Panel 1 : Hj Zaid Kamaruddin
Pengalaman dakwah ketika student di UK. Bekas pelajar MCKK 1971-1973. belajar di UK dlm bidang civil engineer di Brighton tecnical college (BTC). Berada di UK 1973-1982 - di Brighton dan Cardiff. Ketika umur 20 tahun menjadi spokeman IRC. Umur 19 telah menyampaikan khutbah ketika solat jumaat di BTC. DLm tahun 1986 menjadi slah seorg ahli panel bersama Hj Hadi dan Anwar Ibrahim dlm program musim sejuk MISG US. Sejak kembali ke MAlaysia berkerja sepenuh masa dgn jamaah! Jom kenali peribadi ini dan bongkarkan permata berharga pengalaman hidup beliau.. Beliau tidak suka bersuara. Namun senyum beliau penuh makna. Sekali mengeluarkan kata-kata..bergegar raga, tajam makna menerjah jiwa.... JOM cungkil dan dengarkan pengalaman dakwahnya ketika berstatus PEMUDA..

Ahli Panel 2 : Hj Roslan Mohammad
Pengalaman dakwah di ITM Malaysia . Kecil orangnya tapi besar sumbangan dakwahnya. Membuat perkumpulan KAMI (Kumpulan Al Mujahid Islam) di kampong sendiri dengan menjalankan usrah bila balik bercuti dai ITM. Pernah bergerak aktif dalam Markas Islam di ITM. Beliau pernah gagal dlm pelajarannya tapi itu bukan alasan utk tidak terus mengejar kejayaan di IPT. Beliau ditempatkan lagi sekali di ITM 1985-1988. Beliau bergiat cergas dalam Markas Islam sebagai Tim Pengerusi. Sangat terkenal di kalangan student IPT sehingga ke hari ni.... beliau tidak pernah lelah dgn org muda hingga kini... Jom hayati pengalaman dakwah beliau yg hebat melahirkan insan2 soleh wa musleh!

Ahli Panel 3 : Pn Siti Hamisah Manan
Penulis buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus. Membuat kajian tentang dakwah di kalangan pelajar IPT. Buku tersebut merupakan hasil kajian beliau dlm sarjana sastera (sejarah). Terlibat dlm kegiatan awal KARISMA. Bersama dakwah kampus bermula di UKM dlm tahun 1996 sehingga 2005. Bersama aktiviti tarbiah kampus bermula diperingkat UKM, JIM IPT, JIM IPT Daerah dan JIM IPT Pusat. Pernah ke UK selama 2 minggu dlm tahun 2000 bagi menghayati 'suasana' dakwah di sana.


*************************************************************************************

Mode: Sedang membaca buku K.Misah, Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus... ^_^



0 comments:

Post a Comment